Pic Credit : Pa Pa Din
Perjalanan seni Dato Hattan terlalu panjang , 35 tahun disimpulkan hanya pada 2 malam sahaja . Konsert solo julung kali oleh Dato Hattan selama bergelumang sebagai penyanyi, pada usia yang meningkat 57 tahun , beliau membuktikan segalanya . Pada tarikh 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre dapat kita melihat keupayaan sebenar beliau , pada usia emas , suara beliau masih berbisa . Semangat ‘rock’ beliau diluahkan segalanya . 2 malam yang hebat, bukan sahaja buat peminat beliau tapi untuk Dato Hattan sendiri.
Konsert yang bermulakan pada jam 9 malam, dimulakan intro oleh kumpulan Matra Delima , penampilan khas daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKN) . Intro yang panjang memukau dengan muzik tradisi Negeri Sembilan , Caklempong dan seterusnya alunan gitar, drum bergabung terus membuka dengan lagu hit beliau “Biso Bonar” , Dato Hattan tampak begitu bertenaga, meluahkan segalanya diatas pentas pada malam itu .
Dato Hattan yang kuat loghat Negeri Sembilan nya, bukan sahaja menghiburkan penonton dengan lagu-lagu beliau tapi dengan celotehnya , Peminat dapat melihat perjalanan seni Dato Hattan daripada seorang anak muda kampung, dengan hanya berbekalkan minat dan usaha serta bantuan ahli keluarga , terutama Ibu beliau yang banyak membantu dalam meneruskan perjalanan sebagai penyanyi sehingga berjaya ke hari ini .
Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah “Gerhana” , “Duit” , “Satu Malaya Dah Tahu” , “Samba Apa Sahaja” , “Kelentong Dol Hancing” .Ia adalah konsert yang padat , tidak semata dengan lagu balada, tapi konsert ini seharusnya diberi kredit kepada semua pemuzik di atas pentas , Aznan Alias (Guitar-I) , Ritz Metalasia (Guitar-II) , Fly Halizor (Bass) , Ujang (Drummer), Pa'ang Zaman (perkusi) Firdaus (keyboard) dan Mohar (seruling)
Tidak dinafikan kesemua lagu Dato Hattan di ‘improvise’ dengan cemerlang , dengan sound gitar lebih keras , permainan gitar padu bersama Aznan Alias dan solo hebat dari Ritz , kedua mereka ini menghidupkan suasana ,solo dan arrangement yang benar benar menusuk kalbu , ketukan drum yang lebih padu ditangan Ujang , kita boleh lihat sentuhan rock dan progresif . Dato Hattan dikelilingi pemuzik handalan terutama perkusi dan juga serunai , begitu menghidupkan setiap lagu beliau , dan kredit buat Rozario Rasul , pengarah muzik . Pengalaman beliau bersama Dato Ramli Sarip digunakan sehabis baik .
Tidak ketinggalan lagu-lagu popular beliau seperti “Meniti Perjalanan” , “Arca”, “Dia”, “Memburu Rindu”, “Sekuntum Mawar Merah” , “Rendang Tak Berbuah” , “Dari Kekasih Kepada Kekasih”, “” “Hujan Berapi Banjaran Asia” dan “Tiara”
Menariknya ialah kisah oleh Dato Hattan , mengenai lagu “Tiara” yang mana beliau pernah meminta lagu ini daripada M. Nasir selepas mendengarnya , namun Dato Hattan berfikir dua kali walaupun M. Nasir sudi berikan terus kepada beliau , yang mana beliau rasa lebih sesuai diberikan kepada kumpulan Kris yang sedang dalam proses rakaman waktu itu. Dan juga menceritakan mengenai album beliau “Ana Permata Timur” yang ketika itu di gam , kerana isu berambut Panjang.
Konsert 35 Tahun Dato Hattan telah membuka segalanya , bagaimana keupayaan vocal beliau telah terbukti walaupun hampir 3 jam , dan juga darah anak seni yang mengalir didalam anak beliau yang menyampaikan lagu hip hop dan berduet Bersama dengan “Gadis Jolobu” . Dato Hattan hanya berhenti apabila jam menunjukkan hampir kepada 12 malam , jika tidak rasanya boleh jejak lagi 3 ke 4 buah lagu lagi malam itu , walaupun beliau keletihan tapi semangat tetap kuat dan vocal beliau membuktikannya , Dato Hattan menutup dengan lagu “Mahligai Syahdu” .
Konsert yang hebat , tahniah buat Dato Hattan dan pemuzik beliau , serta tahniah buat penganjur Mewah Event Management .
Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ
Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall
Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall
28 Buah Lagu Bakal Di Persembahkan Dalam Konsert 35 Tahun Dato Hattan
Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir Di PWTC 27 Mei
Konsert 35 Tahun Dato Hattan Di Planery Hall KLCC Pada 4 Dan 5 Jun
Persembahan Istimewa Majlis Berbuka Puasa Bersama RAMLI SARIP Di Royale Chulan 24 April
4 Selebriti Tanah Air Bakal Lalui Pengalaman Sambut Ramadhan di Kota Makkah
Tiada Penyingkiran Episod Kelima, Semua Bintang Hijrahkan Laguku Terus Ke Suku Akhir
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.