Dunia sedang menghadapi kebimbangan yang semakin meningkat akibat daripada penularan Covid 19 yang tidak ‘menghormati’ sempadan. Pandemik Covid 19 telah menjejaskan kehidupan di peringkat global. Virus ini tidak mengenali warna kulit dan apa jua kepercayaan mereka.
Ekonomi di seluruh dunia terus merudum. Perniagaan dan sukan turut terjejas teruk. Covid 19 telah hampir melumpuhkan dunia.
Negara kita yang turut menghadapi krisis ini sedang bergelut, mengembeling seluruh tenaga dan usaha menghadapi serangan virus yg ganas ini.
Industri hiburan serta pengiat seni turut terkesan diatas musibah yang sedang berlaku. Banyak persembahan dan aktiviti seni dibatalkan dan ada yang ditangguh.
Saya meminta semua pengiat seni bertenang buat seketika dalam kita melalui waktu yang sukar ini.
In Syaa Allah kita kembali bekerja apabila semuanya selesai.
Kita jangan lupa menitip doa kepada Allah SWT agar rahmat buat negara kita dan seluruh dunia.
Setinggi tinggi penghargaan kepada barisan hadapan atau ‘frontliners’ seperti para doktor dan jururawat, KKM, PDRM, ATM, MKN, RELA serta semua pihak berwajib yg bertukus lumus tanpa mengira waktu menyelamatkan nyawa setiap rakyat. Mereka adalah penyelamat, hero dan heroin anugerah Ilahi yang sebenarnya untuk kita semua.
Saya dan Ahli Majlis Eksekutif serta barisan kepimpinan Musika Malaysia turut merakamkan setinggi tahniah dan sekalung budi kepada hero dan heroin tanahair kita.
Kesihatan orang orang yg kita sayangi, sahabat sahabat kita, jiran tertangga, masyarakat serta seluruh rakyat jelata adalah menjadi perkara paling utama.
Marilah kita memainkan peranan dalam melindungi negara daripada peningkatan kes Covid 19 dengan mematuhi segala arahan dan saranan pihak berkuasa.
Saya percaya rakyat Malaysia adalah bertanggungjawab, mengambil berat dan matang dalam menghadapi ujian ini.
Sekian
Ketua Penasihat Musika Malaysia.
Nasir Search
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.