Pada 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul “Bikin Wilayah” . Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya, Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings.
Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar) dan Fauzi (bass) menjadikan album “Bikin Wilayah” antara yang terbaik. Ia turut menang kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999.
Kini, selepas 22 tahun, Awie ‘kembali’ lagi bersama Search. Kali ini dalam persembahan Konsert Apologia yang bakal akan diadakan diThe Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2020 jam 9 malam.
Bersama anggota terkini Search iaitu Nasir (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa dan menggegar.
Apatah lagi, Search sudah lama tidak muncul dalam mana-mana persembahan dan Awie pula cukup dikenali sebagai penghibur serba-boleh, pastinya Konsert Apologia ini dinanti-nanti peminat mereka.
Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album “Bikin Wilayah” dan lagu popular Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap.
Mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 lalu.
Dalam segmen itu, Search dan Awie akan menyampaikan lagu “Hello Kawan” yang dipetik dari album ketujuh Search,“Gema Di Timur Jauh” .
Selain keserasian yang ada bersama Search, penampilan Awie adalah bagi menggantikan Amy yang kebetulan sibuk dengan kerjaya solo dan perniagaan yang diusahakan.
Tiket untuk konsert anjuran Imaginex ini berharga RM299 (VIP) dan RM199 (Rock Zone). Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster dan CD serta poster untuk pembelian tiket Rock Zone.
Maklumat mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com. Telefon hotline 03 2170 6333
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.