Berniaga sambil menderma melalui #sambilmeniaga #sambilmenderma , itulah objektif dan matlamat yang cuba dicapai didalam Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang bakal diakan di 11 daerah negeri Johor Darul Takzim bermula 29 Januari hingga 23 Disember 2020 .
Bagi mencapai objektif dan matlamat ini , lebih 100 selebriti tempatan bakal menjayakan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 menerusi pelbagai program dan aktiviti yang berbeza , termasuk acara persembahan , berniaga bazar , pertandingan memasak dan pertandingan pentas lawak .
Antara selebriti yang bakal menjayakan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 ini adalah Dato Jamal Abdillah , Dato Afdlin Shauki , Jamal Mirdad , BPR , XPDC , Shidi Data , Poey Sting Gmie Screen , Nizam Laksamana dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia , Zed Zaidi bersama sebahagian ahli-ahlinya .
Turut sama menjayakan acara yang mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Johor adalah Azlan Typewritter , Aweera Pelita Lusoh , Moliano Love Hunters dan Khai Nizam .
Ekspo ini dianjurkan oleh Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam negeri Johor . Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 adalah satu usaha yang dilakukan bagi menyokong kerajaan negeri Johor dan Malaysia dalam mempromosikan tahun melawat Johor 2020 khasnya dan tahun melawat Malaysia amnya . Selain itu , ekspo ini juga diadakan bertujuan memperkenalkan budaya , kesenian dan makanan tradisi disetiap daerah negeri Johor dan mempromosikan produk-produk usahawan IKS di setiap daerah negeri Johor .
Penyelaras program Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 , Encik Hairol Nazli Hamdan berkata , memandangkan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 juga adalah salah satu program utama yang berada di dalam calendar Tahun Melawat Johor 2020 , maka pihaknya perlu mewujudkan sebuah ekspo yang mampu menampilkan keunikan budaya dan cara hidup bangsa Johor pada umum .
Selain itu , ekso ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan IKS dan ahli Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam Negeri Johor untuk memperkenalkan , meluaskan serta meningkatkan taraf ekonomi menerusi produk-produk keluaran tempatan dan sebahagian hasil jualan mereka ini nanti , akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang mengikuti Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 .
Oleh kerana itu , pihak penganjur menamakan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 - #sambilmeniaga #sambilmenderma . Sebab kita juga mahu semua yang terlibat di dalam acara ini untuk menunaikan kewajipan kepada pihak yang memerlukan katanya .
Acara Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 akan bermula di
Muar – 29 Januari hingga 2 Februari
Tangkak – 27 Februari hingga 1 Mac
Segamat – 26 Mac hingga 29 Mac
Mersing – 25 jun hingga 28 Jun
Pasir Gudang – 23 hingga 26 Julai
Batu Pahat – 20 Ogos hingga 23 Ogos
Kluang – 17 September hingga 20 September
Pontian – 1 Oktober hingga 4 Oktober
Kota Tinggi – 29 Oktober hingga 1 November
Kulai – 26 November hingga 29 November
Johor Bahru – 23 Disember hingga 26 Disember
Majlis perasmian Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang akan , disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat , Menteri Besar Johor , Dato Dr Shahruddin Jamal di destinasi jelajah yang pertama di Muar , Manakala acara kemuncak dan penutup akan dilangsungkan di Bandaraya Johor Bahru pada 23 Disember hingga 28 Disember .
Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik antaranya program Ceramah Perdana , persembahan Ghazal & Keroncong serta persembahan artis jemputan disetiap daerah yang dijelajahi .
Manakala aktiviti menarik yang disediakan pula adalah seperti pertandingan Zapin , pertandingan Nasyid , pertandingan Kompang , pertandingan ‘Master Chef Jelajah Johor’ , Taman Cahaya , Zumba & Senamrobik , Fun Ride (Lumba Basikal) , Fun Run (Larian Santai) , Food Truck , King Spontan (Pertandingan Pentas Lawak) serta booth pameran dan jualan .
Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategic seperti Johor Military Force , Yayasan JDT , Yayasan Tunku Laksamana Johor , Tourism Johor , Tourism Malaysia , Radio Best FM , Persatuan Seniman Malaysia dan 15 agensi kerajaan yang lain .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.