Kemunculan Dato Hattan dengan single terbarunya yang berjudul “5 Oktober” memang sangat dinantikan peminat. Kali terakhir Dato Hattan melancarkan album yang berjudul Indrawala pada 2010 yang mengandungi 5 buah lagu.
Seperti yang sedia maklum, Dato Hattan telah popular sebagai penyanyi solo sejak tahun 1991. Beliau juga telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.
“5 Oktober”merupakan single yang ditulis oleh Bob Lokman. “5 Oktober” mengisahkan tentang kerinduan Bob pada anak sulungnya yang bernama Mohd Adam yang telah meninggal dunia dalam usia remaja iaitu 25 tahun. Allahyarham Adam sangat rapat dengan Bob dan menjaga Bob semasa beliau sakit dan juga menguruskan perniagaan Bob. Jasa dan pengorbanan Allahyarham Adam sangat dihargai oleh sahabat-sahabat yang menegenalinya. Semoga arwah Adam ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Manakala senilagu dan penerbit “5 Oktober” ini daripada Jaybon. “Sebagai penerbit, tujuan asal saya ingin menerbitkan single ini adalah kerana minat saya pada suara Hattan yang unik. Justeru itu, saya mencadangkan pada Hattan agar kami berdua berkolaborasi merakamkan sebuah single baru dan Hattan pun memberi idea supaya senikatanya ditulis oleh Bob Lokman. Saya mengenali Hattan sejak tahun 1989 lagi dan sebagai kawan, Hattan bersetuju untuk merakamkan projek single ini. Hattan memilih untuk merakamkan lagu “5 Oktober”. Rakaman telah di buat di Singapura dan vokal di rakam di studio yang terletak di Kuala Lumpur”, jelas Jaybon.
Single terbitan Rasakarya Publishing dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 4 OKTOBER 2019.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.