MENGAMBIL semangat perpaduan sempena bulan Kemerdekaan yang tahun ini membuatkan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) melancarkan sebuah lagu patriotik untuk seluruh rakyat Malaysia.
IRAMA yang baru setahun ditubuhkan menganggap apa yang dilakukan ini sebagai tanda kasih sayang berpanjangan buat negara dan sudah pasti mengharapkan lagu PATRIOT JAYA-SAYANGI MALAYSIAKU dapat menyemarakkan lagi perasaan cintakan tanah air.
Menariknya lagu tersebut tidak dinyanyikan secara berseorangan sebaliknya menggabungkan berbelas-belas orang artis yang bernaung di bawah IRAMA yang mahukan keamanan yang dikecapi hari ini terus disyukuri.
Antara artis yang menyumbangkan suara termasuklah Bagio Damasutra, Winnie Kok dan Reshma. Selain mereka beberapa artis lain turut terlibat sama terdiri daripada Yana, Zairil, Lobo Panglima, Natasha Saas, Ezra Rahman dan beberapa penyanyi lain.
Mendengarkan bait indah lagu ini, pastinya melodi yang didengar menusuk ke dalam hati. Unsur-unsur patriotik disemat sedikit sebanyak menambahkan lagi semangat untuk terus menghargai kedamaian yang dikecapi hari ini.
Sudah pasti sentuhan emas Broth Rem dan Ezra Rahman Harith tidak boleh dipandang sebelah mata. Lagu PATRIOT JAYA-SAYANGI MALAYSIAKU pasti menusuk ke dalam hati meski kalau pertama mendengarnya.
Bagi Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid menyifatkan apa yang dilakukan pihaknya merupakan satu tanggungjawab sosial dan kerja kemasyarakatan bagi menyemarakkan lagi bulan Kemerdekaan.
Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mereka berbangga apabila menjadi pihak pertama yang menghasilkan lagu patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62.
“Lagu ini adalah hadiah dan tanda kasih sayang IRAMA kepada negara. Hari ini kita melancarkan Patriot Jaya Malaysiaku dan berharap lagu ini akan diterima ramai.
“Beberapa perancangan juga sudah diatur untuk mempromosikan lagu ini ke seluruh negara bermula sekarang sehinggalah Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September.
“Saya berharap ini akan menyuntik lebih semangat kepada ahli masyarakat untuk menghargai nikmat yang dikecapi hari ini. Terus sayangi Malaysia dan tanamkan sifat cintakan negara,”tambahnya lagi.
Menariknya kebanyakan penyanyi yang terlibat menyumbangkan tenaga secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang bayaran.
Lagu PATRIOT JAYA-SAYANGI MALAYSIAKU juga akan dimasukkan ke dalam carta lagu di semua pusat Karaoke NAV seluruh negara. Ini menjadikan lagu tersebut sebagai satu-satunya lagu patriotik yang boleh dinyanyikan bersama pengunjung atau rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana.
IRAMA merupakan sebuah konsortium yang menggabungkan pemilik syarikat rakaman kecil dan ditubuhkan untuk membela nasib penyanyi dan syarikat rakaman tempatan.
Mereka juga banyak membantu ahli-ahli untuk mempromosikan lagu baharu dengan modal yang kecil berbanding harga pasaran yang selalunya menjadi masalah utama kepada segelintir pihak.
Selain itu IRAMA juga giat membantu ahli-ahli di bawah naungannya untuk meneroka pelbagai cabang muzik termasuklah perniagaan bagi mendepani cabaran ekonomi semasa.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.