Record Store Day 2019 yang di berlangsung di Fenomena Music , Plaza Damaz telah berjalan dengan meriah , pelbagai distro kecil-kecilan telah membuka gerai yang turut menjual CD , kaset dan piring hitam , peminat dan pengumpul juga bertumpu di pelbagai gerai dan membeli pelbagai album artis lama tempatan yang masih dijual dan boleh didapati , jika ia keluaran pada tahun 80an atau 90an pastinya harga akan mencecah ratusan ringgit tapi jika ia adalah rilisan semula harga murah antara RM20 hingga RM50 , tapi jika rilisan semula ini habis di jual dipasaran harganya pasti melambung dalam beberapa tahun .
Atas sebab itu juga Fenomena Music telah mengeluarkan semula 3 album kumpulan indie tempatan yang amat popular iaitu OAG sempena Record Store Day iaitu “Old Automatic Garbage” (1994) , “Melody Mocker” (1999) dan “Opera Radhi-O Friendly” (2002) , ketiga-tiga album ini boleh didapati dengan harga RM100 sahaja .
Tidak ketinggalan juga buat kumpulan Search . Fenomena Music juga telah mengeluarkan piring hitam untuk album “Fenomena” dan dibuat di Jerman , dengan warna merah dan sampul hitam eksklusif .
Fenomena Music juga telah mengeluarkan CD single terbaru daripada The Times sempena “Records Store Day” yang bertajuk “Separa Sedar” . Kumpulan The Times yang kini muncul dengan line-up baru telah membuat persembahan pada hari tersebut dengan menyampaikan beberapa buah lagu popular mereka .
Kehadiran artis seperti The Times , Pitahati , Kopratasa , Shima , Dilla Hussein dan ramai lagi yang turut membuat persembahan dan membuat kemunculan sebenarnya sangat penting , ia bukan sahaja promosi untuk kedai muzik dan distro kecil tapi untuk mereka juga untuk bertemu sendiri peminat yang masih setia membeli dan menyokong barangan fizikal .
Record Store Day menyemarakkan lagi industri muzik , permintaan walaupun tidak berpuluh ribu seperti sebelum ini setidaknya peminat yang membeli CD , kaset dan piring hitam semakin lama bertambah .
Dengan penutupan banyak kedai muzik , sebenarnya semakin bercambah distro kecil-kecilan yang turut mempunyai kedai seperti di Campbell Complex , Taman Tun Dr Ismail dan juga di Subang Jaya . Mereka turut menjual album pelbagai artis yang kini makin susah untuk ditemui dengan harga yang agak tinggi tapi peminat mempunyai pilihan dengan album yang dikeluarkan semula oleh label-label utama seperti Universal Music dan Warner Music .
Peranan artis juga tidak ketinggalan , tidak hanya menunggu jualan , kini artis juga mengambil bahagian untuk terus menjual album mereka sendiri .
Distro Yang Turut Menjual di Perkarangan Fenomena Music antaranya , JP Records , Rock at Large dan juga MusixHub
Antara Artis Yang Membuat Persembahan
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.