Datuk Jamal Abdillah semenjak kemunculan beliau yang pertama sebenarnya telah memberi impak kepada dunia seni dan kini dengan masa yang berlalu dengan jatuh dan bangkitnya beliau , Raja Pop ini tidak pernah mengecewakan , apatah lagi bergandingan bersama Datuk M. Nasir yang bagaikan seorang guru kepada beliau dan buat pertama kalinya mereka bergandingan bersama-sama didalam konsert besar , Konsert Duo Lagenda .
Pertemuan bersama Datuk Jamal seringkali menjelaskan bahawa beliau sememangnya amat menantikan kalobrasi ini , ia antara Raja dan Guru , bukan siapa hebat tapi dengan senarai lagu antara mereka yang tentunya cukup mempersonakan .
Datuk Jamal memulakan dengan lagu “Cinta Dan Tangis” dan “Bicara Cinta” , ia sebenarnya memberi impak yang besar kepada hadirin , memberikan memori yang begitu menggamit perasaan , tidak perlu pertikaikan vocal antara kedua penyanyi hebat ini , Datuk M. Nasir yang hadir pada malam itu juga sebenarnya cukup dengan auranya dari segi vocal dan lagu-lagu yang dipersembahkan .
Datuk M. Nasir menyusul selepas 2 lagu daripada Datuk Jamal , kekal di pentas dengan 4 buah lagu iaitu “Keroncong Untuk Ana” , “Hijab Kekasih” , “Mustika” dan “Apokalips” . Walaupun ini baru pemanas badan , hadirin sudah tahu ia adalah konsert yang sangat berbaloi , kedua penyanyi ini berada didalam kelas yang tersendiri .
Datuk Jamal muncul semula bersama anak beliau , Osama . mereka menyanyikan bersama secara medley lagu-lagu terbaik Jamal iaitu “Aku Penghibur” , “Perjalananku” , “Kau Lupa Janji” , “Terharu” dan “Gadis Melayu” .
Osama yang baru sahaja habis menduduki perperiksaan SPM , sempat membuat latihan dan bersama-sama ayah beliau di konsert ini . Malah Osama yang menuntut di Sekolah Seni di Bukit Jelutong sempat memainkan gitar bersama Datuk Jamal dengan lagu “Seniman Menangis”
Penyanyi jemputan yang berasal daripada Australia dan kini tinggal di Malaysia , Cassidy Anderson telah berduet bersama Datuk Jamal dan Datuk M. Nasir dengan lagu “Sandarkan Pada Kenangan” dan “Dua Insan” , beliau juga menyanyikan lagu Jamal iaitu “Derita Cinta” .
Cassidy yang popular di saluran Youtube dan fasih berbahasa Melayu ini sering memuatnaik nyanyian beliau dengan lagu-lagu artis tempatan .
Peminat yang hadir terus terbuai dengan setiap lagu di persembahkan bagaikan tidak sedar tentang masa dan Datuk M. Nasir serta Datuk Jamal Abdillah terus menyanyikan lagu popular masing-masing iaitu “Hati Emas” , “Gerhana” , “Perjuangan” , “Cenderawasih” , “Kerlingan” dan “Senandung Kasih” .
Peminat seronok melihat kedua penyanyi ini cukup serasi bukan sahaja nyanyian mereka tapi juga dengan celoteh mereka ketika di pentas , jauh beza ketika dizaman awal mereka yang amat jarang sekali untuk melihat mereka bergurau .
Konsert Duo Lagenda yang dianjurkan oleh Shahpadu , menyerlahkan bukan sahaja nyanyian tapi peribadi antara mereka yang jelas rapat , dan konsert ditutup dengan nyanyian duet bersama dengan lagu-lagu “Kiambang” , “Malam” , “Kepadamu Kekasih” , “Mantera Semerah Padi” dan “Ghazal Untuk Rabiah” .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.