Konsert Duo Lagenda adalah gandingan antara seorang Raja Pop dan Guru , Datuk Jamal Abdillah menyatakan dalam diri beliau telah lama ada Datuk M. Nasir , permulaan beliau sebagai artis ketika menjadi juara Juara Bintang RTM dengan menyanyikan lagu ciptaan M. Nasir .
Konsert yang akan ada 7 segmen ini bakal diadakan di Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini akan turut menampilkan Cassidy Anderson .
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi penaung untuk konsert ini , jelas Datuk Jamal ia bukan mengenai politik
“Saya dan Tun Mahathir dari sejak beliau menjadi Perdana Menteri , beliau selalu memberi perhatian kepada saya . Mana-mana persembahan saya pun beliau akan hadir tapi yang ketara selepas beliau meletakkan jawatan sebelum ini , setiap konsert saya beliau akan datang , ada yang dijemput malah ada yang beliau datang sendiri”
“Malam VVIP pada 22 haribulan dipilih sendiri oleh Tun Mahathir daripada 4 tarikh yang kami beri”
Persembahan malam VVIP akan turut menampilkan Tun Dr Siti Hasmah yang akan memainkan biola mengiringi lagu nyanyian Datuk Jamal yang bertajuk ‘Gubahanku’ . Beliau sendiri menyatakan agak terkejut kesudian Tun Dr Siti Hasmah apabila beliau menyampaikan hasrat untuk berduet bersama . Ia menjadikan konsert ini unik dan menarik .
Sehingga kini sambutan Konsert Duo Lagenda ini terus mendapat sambutan , malam VVIP telah terjual hingga 80 peratus sehingga hari ini dan pada malam lainnya peminat Datuk Jamal dan Datuk M. Nasir terus memberikan sokongan yang kukuh buat dua penyanyi ikonik ini .
SHAPADU SEBAGAI PENAJA KONSERT
Pengurus Besar The Grand Campbell Hotel yang juga anak syarikat Shapadu , Ahmad Shazly abd Ghafar ketika menyatakan sebab kumpulan Shahpadu memberikan sokongan kepada Konsert Duo Lagenda memberitahu
“Ini adalah konsert pertama yang kami taja , kumpulan Shahpadu mahu mengekalkan seni muzik Melayu dan kami mahu generasi akan datang tahu dan kami mahu muzik dan tradisi Melayu hendaklah ditingkatkan dan dipertahankan seperti Raja Pop , Datuk Jamal”
JAMAL BERDEBAR
“Saya sangat berdebar kali ini sebab malam VVIP , kebanyakkan Menteri dan yang berkedudukan menyatakan akan hadir , kita rasa lebih berdebar kerana melibatkan protocol . Permaisuri Selangor juga menyatakan akan hadir ”
JAMAL SUKA LAGU YANG DISUSUN SEMULA
“M. Nasir ada tanya saya , mungkin akan keluarkan single sebab sekarang ni album fizikal susah nak jual , Cuma kalau kena dengan lagu bagus , saya akan buat”
“Saya ada 200 buah lagu , bagi saya sedap , mungkin pada susunan pada zaman itu , Cuma zaman ni lain sikit . Saya suka lagu-lagu saya disusun semula oleh composer zaman baru ini. Itu rancangan saya pada masa hadapan . Bagi saya ia karya yang menarik tapi kenapa ia tak popular , mungkin susunan tak sesuai pada zaman ini”
“Macam saya buat lagu ‘Kau Lupa Janji’ , dulu lagu ni memang popular tetapi saya bagi pada muka baru , ia jadi balad . Benda tu jadi lain , bila saya nyanyi ia jadi lebih sedap”
LAGU KHAS UNTUK ANAK-ANAK
“Konsert ini saya akan nyanyikan sebuah lagu yang disusun semula tapi ia personal . Untuk anak saya yang kecil , juga yang kedua dan pertama . Sebuah lagu kisah ayah dan ibu , yang cuba dirikan rumah tangga , dirikan mahligai untuk kebahagian tapi agak malang tak berjaya . Lagu bertajuk ‘Kisah Ayah Dan Anak’ ”
“Ia lagu lama , diberi nafas baru oleh Fauzi Marzuki dan digabung dengan melodi saya sendiri , lagu ni jadi beza daripada lagu lama”
“Gambaran lagu , inspirasi yang tak dapat , kekesalan seorang ayah yang mendirikan mahligai , jadi saya tertarik dengan lagu tu”
“Cara inilah saya nak terangkan kepada anak-anak saya , saya bukan berniat nak aniaya sesiapa . Ini takdir yang Tuhan dah tentukan . Jadi dengan cara menyanyi mungkin anak-anak dengar , dia dapat faham . Saya dah cuba nak pulihkan rumahtangga tapi tak berjaya juga”
“Pada saya kita kena hormati isteri kita dan walaupun suami tak berpelajaran dan bawah daripada mereka harus juga isteri hormati suami , jangan pandang rendah . Saya tak salahkan sesiapa , saya salahkan diri saya kerana saya tidak pandai mengemudi sebuah bahtera perkahwinan . Kadang-kadang manusia biasala dan saya bersyukur kerana semua masih berhubung dengan baik”
Tiket-tiket berharga RM1000 (Golden Seat/ VVIP) , RM558 , RM458 , RM358 , RM258 dan RM158 boleh dibeli menerusi wwww.ilassotickets.com atau hubungi 03 217 06333 . Radio Sinar FM sebagai radio rasmi .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.