“PJ Fair” atau dikenali sebagai Festival Petaling Jaya akan terus meraikan bandaraya dengan pelbagai program yang bakal diadakan pada 4 hingga 11 September 2018 , bertempat di Dataran Petaling Jaya , Persiaran Barat , Seksyen 52 , Petaling Jaya .
Ini adalah acara tahunan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya , tahun 2018 dilihat lebih istimewa apabila Festival ini kembali dengan tema International Folklore Festival . Tema yang pernah digunapakai pada tahun 2014 ini pastinya menambah kemeriahan apabila ‘PJ Friendship City’ atau Bandar Rakan MBPJ juga akan turut serta seperti Bandar Bandung (Indonesia) , Miyoshi (Jepun) , Asan (Korea Selatan) , Thailand , Filipina , Iran , Finland dan Botswana .
Setiap Bandar daripada Negara tersebut akan menghantar kumpulan kebudayaan mereka dalan membuat persembahan di acara kemuncak iaitu 10 September yang mana turut dimeriahkan oleh perlbagai artis tempatan .
Datuk Bandar Petaling Jaya , Dato Mohd Azizi Bin Mohd Zain yang ditemui ketika pelancaran ‘PJ Fair’ secara rasmi pada jumaat lalu , menyatakan Festival ini bertujuan mempromosikan Bandar Petaling Jaya sebagai Kota Seni dan sebuah destinasi pelancongan antarabangsa melalui kepelbagaian dan keharmonian budaya komunitinya serta persekitaran perbandaran yang mampan
“PJ Fair merupakan program MBPJ untuk mengetengahkan Bandar Petaling Jaya , terutamanya Malaysia . Acara ini telah diadakan selama 6 tahun semenjak tahun 2013 . Pada tahun 2014 kami telah menggunakan tema Folklore Fest buat kali pertama dan kami gunakan lagi untuk kali kedua pada tahun ini ”
“Bila kita dapat penyertaan yang ramai daripada luar Negara , maka mereka akan persembahkan kebudayaan mereka sebab itu dah 4 tahun berlalu dan kami nak ulang balik kemeriahan tersebut dan kami guna tema yang sama pada tahun ini ”
“Kebetulan PJ Fair pada tahun ini jatuh dengan hari Perancangan Bandar Sedunia , kami akan adakan aktiviti menanam pokok , juga dengan makanan daripada Negara asia , tahun ini kelainannya ialah aktiviti yang lebih banyak”
“Pihak kami sasarkan 20 ribu pengunjung , Friendship City akan hantar kumpulan kebudayaan daripada Bandar masing-masing dan juga booth makanan daripada Negara asean , secara keseluruhan 50 booth ”
“Bandar rakan MBPJ , seperti Miyoshi lebih kurang sejam perjalanan daripada Tokyo merupakan sebuah Bandar pertanian , mereka keluarkan ubi keledek dan ia sangat popular disana dan kita juga ada Bandar rakan daripada China tapi mereka tidak dapat hadir . Selalunya apabila mereka datang akan ada timbal balik , kami pernah hantar kumpulan kebudayaan MBPJ kami seperti Bandung , Tokyo , Miyoshi , Ini cara kami adakan hubungan antara Bandar” jelas Dato Mohd Azizi Bin Mohd Zain .
Konsert oleh artis tempatan atau Konsert Evolusi PJ akan dihiburkan oleh Akim & The Majistret , Waris , Ara Johari , Masya Mashitah , Santesh , Ben Laden , Ismail Izzani , Uchop (Vokal Bukan Sekadar Rupa) , Aina Mentor , Kumpulan XPDC dan Maynine Band , manakala Selangor.fm pula sebagai penyiar rasmi .
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANGKAN
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.