Gegaran Konsert Metal Legend II semakin menghampiri , 8 September di Stadium Perbandaran Pasir Gudang Johor . Kumpulan Thrash Metal , Cromok bakal menguasai pentas . Johor menjadi tempat kedua buat Cromok bersama Konsert Metal Legend , selepas menggegarkan MAEPS di Serdang pada bulan Februari lalu dengan kehadiran lebih 3000 orang .
Sebagai kesinambungan usaha untuk menampilkan kelainan dalam setiap konsert mereka , Kumpulan Cromok bakal memainkan muzik Thrash bersama dengan elemen tradisonal .
“Dalam konsert ini kami ingin membuat kelainan, kami tampilkan seperti satu genre baru . Sebelum ini kami popular melalui lagu ‘Ulik Mayang’ “
“Ghazal sebagai warisan seni Johor , muzik tradisonal ini sebenarnya telah dilupakan orang muda , Jika dahulu kami naikkan muzik Ulik Mayang , kali ini kami akan gunakan Ghazal”
Ujar Karl sebagai pemain gitar kumpulan Cromok , Lagu “Metallurgical” yang mempunyai pengaruh muzik Ulik Mayang adalah daripada album pertama mereka “Image Of Purity” yang dikeluarkan pada tahun 1991 .
“Bagi Cromok ia adalah satu pengalaman yang tak boleh di cari . Elemen muzikal Ulik Mayang kami selama ini hanya boleh didengar di dalam album , kami tak pernah buat live ” sambung Miji
Di Johor nanti Cromok akan bergabung dengan kumpulan Ghazal Sri Aras Johor , ini adalah satu keunikkan yang ingin ditonjolkan oleh Cromok . Kesemua anggota kumpulan Ghazal Seri Aras Johor adalah pemuzik professional . Muzik Ghazal dimainkan dengan peralatan Gambus , akordian , table , violin dan kibod .
“Tentunya ada yang bertanya bagaimana kami nak gabungkan muzik Thrash dan tradisional , ia hanya akan terjawab apabila mereka hadir sendiri ke konsert nanti”
“Kami wujudkan satu benda baru , muzik genre baru yang dinamakan ThrashDitional iaitu gabungan muzik Thrash dan tradisonal khas untuk konsert ini” jelas Karl
Kumpulan Cromok juga mengumumkan , mana-mana pembeli yang membeli 2 keping tiket Metal Legend II , layak untuk menyertai peraduan yang mana hadiahnya ialah merupakan produk premium Cromok , antaranya 4 buah gitar sedia untuk dimenangi oleh peminat bertuah .
Gergasi kumpulan Underground Metal tempatan , Sil Khannaz akan menjadi kumpulan pembuka Konsert Metal Legends II ini nanti , mereka kini dalam rangka promosi untuk album ke – 6 dan terbaru yang bertajuk “Tawanan Dosa” .
Dalam pada itu , penganjur Dreamstage turut menjanjikan kelainan dari segi sistem bunyi , set pentas sehingga ke penataan cahaya yang terbaik . Bagi memastikan konsert ini memberi impak berbeza kepada peminat penggunaan sistem bunyi 5:2 stereo Surround digunakan untuk konsert ini .
Ia adalah julung kalinya sistem bunyi sekeliling yang seumpamanya digunakan untuk konsert tempatan . Gabungan dua nama hebat yang bakal memberikan persembahan yang mantap .
Tiket Konsert Metal Legend II Live In Johor Bahru boleh didapati dengan harga RM48 (Lepak Zone) , RM68 (Thrash Zone) , RM90 (Hardcore Zone) , RM180 (VIP Lepak Zone) dan RM250 (VIP Hardcore Zone).
Tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com atau www.stubapp.com , Untuk pembelian terus sila ke Rock Corner Mid Valley atau muat turun applikasi mudah alih : Stubapp .
Talian Hotline 03 21706333 atau 017 2630473 (Zhar Dreamstage) . Tiket juga boleh dibeli di pintu masuk Stadium Perbandaran PAsir Gudang , Johor bermula 5 , 6, 7 dan 8 September 2018 .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.