Ia seperti sesuatu yang tertunda, namun kini umpama armada membelah samudera, Padi, kumpulan yang cukup dipuja banyak penggemar baik di Indonesia atau Malaysia dan Singapura, kembali mengemudi arah mereka dengan jelas.
Mengguna pakai nama Padi Reborn, sesuai dengan 'siri vakum' tujuh tahun mereka dan kini aktif mengganas semula, kumpulan yang masih tetap pada formasi yang sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (Vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum) mahu 'memeriksa' adrenalin para Sahabat Padi di Malaysia adakah masih antusias terhadap mereka atau sebaliknya.
Mereka seperti terlahir semula. Maka dengan itu, buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997 kumpulan tersebut akan mengadakan konsert perdana mereka Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.
Ia ternyata bukan sesuatu yang asing untuk mereka kembali menguasai pentas dan menghiburkan dahaga Sahabat Padi, namun berdiri semula diatas nama Padi Reborn, dengan usia yang sudah menuai manis matang, kumpulan yang berasal dari Surabaya itu menjanjikan nikmat yang tidak sedikit untuk diraikan.
Deretan hit klasik seperti “Mahadewi” , “Sesuatu Yang Tertunda”, “Menanti Sebuah Jawaban”, “Begitu Indah” atau “Kasih Tak Sampai” pasti akan diperdengarkan. Tidak sekadar itu, Padi Reborn menjanjikan hal yang lebih luar biasa buat Sahabat Padi.
"Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn, sebuah konsert solo kami akan dipersembahkan. Persembahan di Malaysia ini juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami
biar pada saat Padi vakum dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang dan bergembira bersama menyanyikan lagu-lagu Padi"ujar Piyu.
Dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd, Pengarah Urusan syarikat tersebut, Iqbal, lebih berbesar hati kerana lamarannya untuk membawa Padi Reborn masuk ke Malaysia menerima kata sepakat yang baik daripada kumpulan tersebut. Sementelah, ini merupakan konsert sulung dan solo
Padi Rebornyang begitu 'mahal' dan eksklusif sejak penubuhannya untuk beraksi di Malaysia.
Menurut Iqbal, sesuai dengan rangka promosi semula Padi Reborn sendiri di Indonesia, beliau mengambil kesempatan dan berasa adalah amat sesuai dan 'cantik' sekiranya Padi Reborn singgah beraksi di Malaysia juga.
"Kami amat maklum sejak Padi Reborn kembali aktif sekitar Februari lalu, adalah sesuatu yang menarik sekiranya kumpulan ini dapat beraksi di Malaysia.
"Selain begitu sukses dan popular dalam belantika muzik Indonesia, saya percaya Padi Reborn mempunyai pengikut atau Sobat Padi yang setia dan terlalu merindukan aksi pentas secara langsung mereka di sini. Maka, Qew Comm dengan bangganya membawa Padi Reborn Exclusive Live In KL khusus buat anda semua,"ujar Iqbal penuh teruja.
Sementara itu, kumpulan Pitahati akan menjadi band undangan yang pastinya bakal memberi sebuah persembahan tidak kalah hebatnya.
Mengaku membesar bersama karya Padi, Pitahati yang masih ligat mempromosi karya terbaharu mereka, “Selamat Datang Ke Panggung Suara” memberitahu adalah satu penghormatan apabila diberi peluang menjadi band pembuka Padi Reborn yang sudah hampir 10 tahun tidak beraksi di Malaysia.
Pada konsert tersebut, Pitahati yang terdiri daripada Ilham, Yasin, Masrin, Zahar dan Hidayat bakal membuat peminat khayal dengan untaian genre nusantara rock-avant garde mereka.
Sebagai informasi, Padi mempunyai lima studio album iaitu “Lain Dunia” (1999), “Sesuatu Yang Tertunda” (2001), “Save My Soul” (2003), “Padi” (2005) dan “Tak Hanya Diam” (2007). Kumpulan ini juga mempunyai album kompilasi yang berjudul “The Singles” yang dipasarkan pada tahun 2011.
Tidak sekadar mempunyai lima buah studio album yang kukuh dan membariskan hit yang luar biasa, kewujudan Padi tidak sekadar sebuah kumpulan muzik yang 'kosong' apabila menerima banyak pengiktirafan termasuk Best Favourite Group from Indonesia pada MTV Asia 2001, Kumpulan Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2001 selain menerusi album Sesuatu Yang Tertunda, Padi memperoleh Triple Platinum dari Sony Music Malaysia dan pada tahun 2004, album Save My Soul dinobatkan sebagai Album terbaik pada Anugerah Planet Muzik dan Duo/Kumpulan Terbaik dalam anugerah yang sama.
Terdahulu, Padi pernah bergabung dengan beberapa kumpulan tenar dari Indonesia yang lain termasuk Dewa 19 dan Gigi dalam konsert Pesta Malam Indonesia 3.
Tiket-tiket untuk menikmati untaian indah Padi Reborn Exclusive Live In KL pada 30 Jun depan sudah mula dijual dengan harga early bird RM149 atau RM179 untuk standard (Platinum) dan sesi meet and greet pula bagi early birds (RM249) atau RM290 untuk standard.
Semua tiket boleh diperoleh dengan melayariwww.buytickets.com.my.
PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KLdianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd
INFO
Tarikh: 30 Jun 2018, Sabtu
Masa: 8 malam
Lokasi: KL Live Kuala Lumpur
Harga tiket: Meet & Greet RM290 (early bird RM249)- untuk 100 pax
Platinum RM179 (early bird RM149)
Tiket: www.buytickets.com.my
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.