Pada 4 Februari lalu kumpulan rock psydelic tanahair , Pitahati telah membuat persembahan di Damansara Performing Art Centre (DPAC) , ia adalah anjuran Ruang Hati Kita dengan kerjasama DPAC , Luncai Emas dan Warisan Hall Studio . Kumpulan yang terus diminati oleh peminat muzik tanahair ini menampilkan keunikkan muzik mereka yang telah ditunjukkan melalui sebuah Ep dan 2 buah album , dengan menggelarkan muzik mereka rock nusantara avant garde .
Jika dipandang dari sudut keseluruhan konsert persembahan kali ini telah berjaya memukau para penonton yang hadir pada hari tersebut. Konsert ini juga berjaya menarik perhatian wajah-wajah peminat yang baru mahu mengenali Pitahati.
Ini kerana mereka semakin bijak apabila membuat beberapa penambahan baru untuk persembahan kali ini , termasuk konsep visual yang lebih tepat terhadap penceritaan susunan lagu, begitu juga pencahayaan, lakonan teatrikal yang ditampilkan dan prop yang lebih berbeza.
Seperti kebiasaan di konsert-konsert mereka sebelum ini, terdapat penekanan yang kuat dari Pitahati terhadap kualiti bunyi yang disampaikan. Ternyata, Pitahati mempunyai potensi kerana mereka berani membuat persembahan yang berskala besar walaupun tempat duduk terhad kepada 200 penonton sahaja.
Dengan adunan dan pemilihan repertoire lagu-lagu dari seluruh album yang ada, disertai projection mapping yang diisi dengan reka cerita yang menarik, selain cuba mengisi dan mencipta konsep-konsep yang baru pada setiap lagu yang disampaikan, para penonton nampak terhibur dan melayar bersama.
Pitahati sebenarnya amat menitikberatkan kualiti seni persembahan di mana mereka sering bereksperimentasi dengan citarasa penggemar muzik konsert mereka. Disebabkan itu, mereka menubuhkan Ruang Hati Kita untuk dijadikan platform mereka sendiri untuk mereka terus berkarya.
Pelakon yang turut ditampilkan dan dibarisi oleh Setyo Wibowo, Khairil Ridzuan dan Fath Rodzi, menyelingi beberapa lagu seperti ‘Dari Minda Saorang Sutradara’ dan ‘Kedai Kopi 50-an’ dan ‘Tutup Panggung’ berjaya membuatkan penonton dibuai dengan visual berserta bunyi-bunyian. Suasana auditorium asyik dengan pencahayaan yang tepat ditambah dengan prop-prop teatrikal sebelum tamat persembahan.
Sebelum terlambat, Pitahati juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut berkerjasama dalam menjayakan konsert ini, Luncai Emas, Warisan Hall Studio, DPAC, kumpulan Orang Kuat Pitahati, rakan-rakan artis dan juga media yang berkerjasama melakukan sebaran promosi konsert Panggung Suara Pitahati.
Pitahatiberharap agar diberi peluang lagi untuk melakukan persembahan di masa akan datang. Pitahati kini masih didalam perancangan untuk merangka sebuah tour yang bakal bermula pada Julai tahun ini.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.