Grup legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.
Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Brian, Eros, Duta dan Adam akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul "SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018". Konsert dengan durasi dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti 'Sephia', 'Pria Kesepian' , 'Melompat Lebih Tinggi', ' Seberapa Pantas ' dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.
Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini bakal berakhir dengan konsert ini pada tarikh 10 Februari 2018.
Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket mula dijual mulai 21 Disember 2017 di www.mytickets.asia.
Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet). Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari www.shirazprojects.com.
SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd.
INFO
Tarikh: 10 Februari 2018
Masa: 8.30 malam
Lokasi: StarXpo, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur
Harga tiket: Meet & Greet RM315, Diamond RM215, Platinum RM165, Gold RM125,
Silver RM85
Tiket: www.myticket.asia
Sila hubungi: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082
Website: www.shirazprojects.com
Instagram: shirazprojects
Facebook: shirazprojects
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.