Pada 8 November 2017 nanti , akan berlangsungnya Great Amal Fest Konsert di Timbre@The Row di Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur , yang bakal menampilkan Andra And The BackBone sebuah kumpulan band dari Indonesia yang di anggotai oleh tiga orang ahli iaitu Dedy (vokalis), Stevie (gitaris), dan Andra Junaidi (gitaris).
Andra And The Backbone telah di tubuhkan pada tahun 2007 merupakan projek band oleh pemain gitar Dewa 19 iaitu Andra Ramadhan , dan telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .
Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”, “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku” .
Secara eksklusifnya Timbre@The Row akan mempersembahkan buat pertama kalinya Andra And The Backbone LIVE in Malaysia! Sudah pasti buat para peminat dan pengikut kumpulan ini tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan dan bertemu dengan mereka yang telah lama menyepi.
Kini kerinduan para peminat buat Andra And The Backbone pasti terubat. Tujuan utama Great Amal Fest Konsert ini diadakan bagi membantu pesakit-pesakit kanser Malaysia di mana Awi Rafael sebagai penganjur bagi majlis ini ingin membantu mereka serta ingin mencetuskan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk lebih memahami dan terus memberi sokongan kepada pesakit-pesakit kanser.
Justeru, ia juga sebagai amal kebajikan yang ingin beliau salurkan pada National Cancer Society Malaysia (NCSM) sebuah badan pertubuhan non-profit kanser pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan bagi pesakit kanser.
Bukan itu sahaja, Great Amal Fest ini juga turut serta membantu waris-waris serta keluarga tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menjadi mangsa kebakaran dan sebanyak 20 persen dari pembelian tiket akan di salurkan kepada mereka.
Awi telah mengambil inisiatif untuk membuat satu konsert amal melalui muzik di mana ia juga dapat mengeratkan lagi muzik Newsantara antara negara-negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Buat peminat-peminat Andra And The Backbone kini anda dapat menonton persembahan mereka secara LIVE!
Tiket juga amat terhad dan pembelian tiket bole di beli secara online di ticket2U.com.my setiap pembelian tiket lima persen akan di sumbangkan pada NSCM (National Society Cancer Malaysia).
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.