Ella yang telah melancarkan album terbaru beliau iaitu “Peace.Love.Rindu” pada bulan September lalu , kini dalam promosi jelajah ke beberapa buah negeri untuk mempromosikan album beliau yang ke-10 ini .
“Peace.Love.Rindu” merupakan album yang berentak perlahan daripada Ratu Rock ini , Ella pernah menjelaskan faktor usia beliau yang menjadikan album ini agak ‘melo’ . Namun disebaliknya buat peminat Ella yang sentiasa mengikuti persembahan beliau , vokal Ella masih ditahap yang mantap , kekal pada kelasnya .
Jelajah Peace.Love.Rindu yang telah berjalan di 2 tempat iaitu di Danga City Mall , Johor Bahru pada 27 Oktober dan keesokannya di Tesco Ampang telah berjalan dengan jayanya . Dengan berbaki 3 lokasi , jelajah ini sebenarnya bagaikan telah mencapai matlamatnya .
“Alhamdulillah , banyak juga album yang dah terjual , itu yang penting sekali . Keadaan yang panas (Tesco Ampang) masih ada lagi yang datang , kita looking forward untuk next location” Ella yang ditemui selepas sesi bertemu peminat yang telah membeli CD dan baju beliau .
Ella yang telah membuat persembahan diatas trak dikawasan tempat letak kereta di Tesco Ampang , telah menyampaikan 7 buah lagu antaranya lagu-lagu didalam album terbaru dan lagu lama beliau antaranya “Layar Impian” dan “Retak” .
Ini adalah cara promosi klasik yang telah dibuat artis tempatan pada ketika dahulu dan Ella terus aplikasinya lagi untuk promosi kali ini selepas lebih 10 tahun tidak muncul dengan album terbaru .
“Sebenarnya ramai artis dah buat macam ni , yang mana ia sangat bagus . Kalau jual online tak dapat face to face . Sekarang ini kita dapat jual album fizikal dan dapat berjumpa peminat secara berdepan”
“Ia buat rasa rapat dengan peminat sebenar dan kita boleh nampak peminat baru dan lama , sekali gus ia seimbang yangmana kita ada buat online dan turun padang , Ia sangat bagus ”
“Kedai muzik Rock Corner kat Bangsar pun dah tutup dan banyak kedai CD pun dah taka da , sebab itu kami pakai cara lain dan kami dah jual di Lazada , kami pun ikut arus kemodenan yang mana sekarang semua dah guna streaming , Ella pun dah menyanyi selama 30 tahun dan kita akan ikut macamana muzik itu beredar dan kita pun akan turut dari segi marketing”
Jualan album fizikal yang telah jatuh teruk yang turut efek kepada artis tempatan secara keseluruhan namun album terbaru Ella ini terus mendapat sambutan .
“In term of jualan album fizikal, ramai yang dah tahu kerana sekarang orang tak membeli tapi untuk album Ella ini , first print yang dibuat sebanyak 3 ribu keping dah hampir habis dan sekarang nak masuk untuk 2nd print . Itulah bagusnya kalau kita turun padang ”
Ella pernah menyatakan lagu “Peace.Love.Rindu” sebenarnya ditujukan kepada suami beliau yang mana ia adalah lagu duet bersama suami , malah ketika promosi di di Danga City Mall , Johor Bahru dan Tesco Ampang ,suami beliau iaitu Azhar Husaini Ghazali telah tampil diatas pentas untuk menyanyikan lagu tersebut
“Sebenarnya dia akan cuba untuk datang menyanyi bersama , kalau tak busy dia akan datang , mungkin dia tak dapat buat semua (promosi tour) . Tapi I akan try to push him (gelak) ”
“Im very lucky sebab dia suka muzik , dia juga sporting cuma nak kena tengok masa”
Jelajah Peace.Love.Rindu akan terus ke Autocity , Juru Pulau Pinang pada 5 November nanti , selepas itu ke Alor Setar , Kedah dan berakhir di SACC Mall , Shah alam .
Ella juga akan membuat konsert di Dewan Philharmonic Orchestra , KLCC selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Disember nanti .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.