Malam Kalimah Cinta mewarnai keindahan dalam menyambut Maulidur Rasul . Di Istana Budaya , Opick penyanyi daripada Indonesia yang sememangnya terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan telah dijemput bersama penyanyi undangan Siti Nordiana dan Ronnie Hussein . Opick yang datang bersama kumpulan pemuzik beliau daripada Indonesia yang dikenali sebagai Tombo Ati , beliau terus menguasai Istana Budaya .
Membuka dengan lagu-lagu “Tafakur” , “Ya Nabi Salam” , “Assalamualaikum” , “Rumput Bertasbih” , “Ya Maulana” , “Salam Ya Rosulullah” , “Ya Muhammad Ya Rosulullah” dan “Ya Robbli Mustofa” , tampil dengan persembahan yang cukup memukau dan bertenaga .
Sebenarnya dalam industry Nasyid di Malaysia beliau bukanlah asing , dengan 11 buah album , dan menariknya setiap tahun beliau akan berkunjung ke Malaysia untuk melancarkan album terbaru disini , Malaysia bagaikan rumah kedua beliau dengan persembahan yang sentiasa ada disini .
Sebagai pencipta lagu terkenal , “Dealova” , beliau tidak pernah lupa untuk mempersembahkan lagu tersebut di setiap persembahan . Meneruskan selepas itu ialah lagu-lagu “Cahaya Hati” , dan lagu duet bersama Siti Nordiana dengan lagu “Maha Melihat” .
Bersama kumpulan Tombo Ati , Opick kekal bersemangat , lagu-lagu yang penuh memuji Nabi Muhammad s.a.w dan kebesaran Allah s.w.t serta elemen muzikal yang disuntik pada persembahan pada malam itu cukup bertenaga , ditambah lagi dengan persembahan multimedia diatas pentas yang terus mengekalkan para penonton terpersona dengan persembahan beliau .
Beliau juga berduet bersama Ronnie Hussein dengan lagu “Ya Rosulullah” , meneruskan dengan lagu-lagu “Salam Rindu Ya Mustofa” , “Bila Waktu Telah Memanggil” , “Irhamna” , “Rapuh” serta sebuah lagi lagu duet bersama Siti Nordiana , “Takdir” .
Setiap lagu Opick tidak pernah lekang bercerita mengenai kelebihan dalam berselawat dan memuji kebesaran Allah s.w.t , sememangnya persembahan beliau cukup memukau , lebih 2 jam , keupayaan beliau mempersembahkan lebih 23 buah lagu dengan rehat yang singkat , begitu diharga penonton . Ia adalah malam yang terbaik , dengan lagu-lagu hebat beliau , Opick mempersembahkan lagu-lagu beliau dengan penuh kecintaan , dengan lirik-lirik yang banyak elemen zikir dan berselawat , jelas ia adalah malam kalimah cinta .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.