Wings berjaya melakar sejarah peribadi apabila mampu menarik lebih 20,000 penonton ke Stadium Merdeka pada 31 Oktober lalu, ternyata ‘api’ rock n roll tanahair masih kekal menyala di sanubari setiap peminat irama tersebut.
Wings yang sentiasa komited dengan kariernya kini mampu menarik nafas lega kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus menghiburkan peminat wirama rock yang saban hari bertambah bilangannya. Kini semangat yang pernah di cipta di pentas Stadium Merdeka baru-baru ini akan di zahirkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 25 Disembernanti.
Terbang dengan slogan Wings Back To 80’s pastinya akan memberi kejutan buat penggemar yang sama-sama membesar dengan lagu-lagu daripada kumpulan lagenda ini. Apa yang pasti Wings akan menggayakan kembali aksesori yang pernah di pertontonkan kepada khalayak sewaktu mereka hadir memeriahkan persada muzik rock tempatan satu ketika dahulu.
“Alhamdulillah, saya mewakili Wings sangat berpuas hati dengan sambutan yang peminat berikan terhadap konsert Wings 30 Tahun. Sudah tentu sejarah ini akan terus terpahat dalam perjalanan karier kami”,ujar Awie sewaktu sidang media mengenai konsert tersebut baru-baru ini.
“Untuk konsert kali ini kami turut menerima tajaan daripada jenama produk kesihatan Agetech yang akan merialisasikan konsert di Johor itu nanti, dan apa yang menarik mengenai konsert itu nanti ialah gaya pemakaian selari dengan tema Wings Back To 80’s”, ujarnya lagi.
“Lantaran tema tersebut, kami turut menyeru agar peminat yang akan hadir menyaksikan persembahan kami nanti turut menggayakan aksesori serta tampil sebagaimana rockers tahun 80an. Ianya sedikit sebanyak akan menyuntik semangat Wings untuk memberikan persembahan serta mengembalikan nostalgia ketika era rock kapak mewarnai persada hiburan tanahair”, tambah Awie.
Pada majlis sidang media itu, Wings sempat menyerahkan plak penghargaan kepada pihak media bersempena Konsert Wings 30 Tahun atas kerjasama mempromosikan dan menyokong karier seni mereka.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.