“Irama Instrumental Melayu Asli” begitulah judul album yang diriliskan dalam bentuk cakera padat oleh syarikat rakaman Sony Music Malaysia. Album ini menghimpunkan 16 karya Melayu pelbagai gayadan lenggok muzik tanpa vokal.
Terdapat banyak muzik sedap dialun dengan kombinasi pelbagai instrumen seperti akordion, kompang, biola, gendang, gambus dan sebagainya. Mungkin ramai dikalangan kita selaku peminat muzik ekstrim akan memandang ‘enteng’ terhadap muzik sebegini, namun hakikatnya ramai yang masih tercari-cari dimanakah resolusi untuk mendapatkan khazanah melayu yang tidak pernah lapuk dek panas dan lekang dek hujan.
Album kompilasi Irama Instrumental Melayu Asli ini mungkin hanya akan dipasang ketika adanya majlis perkahwinan, kenduri kendara tertentu dan menjadi muzik latar majlis makan malam VIP.Joget Pucuk Pisang, Joget Serampang Laut, Zapin Gambus Budi, Hari Ribut, Inang Kampung, Joget Seri Tanjung, Naan Sidi, Aladom, Canggung, Inang Timang Timang Anak, Inang Bunga-Bunga Ditaman, Rancak Bertemu, Patah Hati, Makan Sireh, Damak dan Nasib Panjang adalah lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini. Saya pasti ramai di kalangan peminat di luar sanayang mencari-cari kompilasi album sebegini khasnya para penyelidik, para guru, para pelajar dan sebagainya.
Perubahan pantas berlaku teknologi berkembang maju, lagu-lagu Melayu telah dirakamkan diatas cakera CD dalam format audio dan berubah format seiring dengan perkembangan teknologi audio digital.
Walau apa bentuk teknologi yang berkembang akan tetapi lagu Melayu terus menjadi topik perbualan masyarakat dewasa ini. Negara kita dibanjiri dengan lagu dari seluruh pelusuk dunia, tetapi lagu Melayu tetap menjadi minat masyarakat kini.
Zaman telah berubah begitu juga minat terhadap lagu Melayu. Daripada lagu keroncong, dondang sayang, melayu asli, melayu deli, zapin hingga masa kini. Tetapi lagu Melayu lama tetap menjadi pujaan ramai
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.