#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

11 Jan 2020 19:16

2020-01-12_11-02-192020-01-12_11-02-50

Berniaga sambil menderma melalui #sambilmeniaga #sambilmenderma , itulah objektif dan matlamat yang cuba dicapai didalam Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang bakal diakan di 11 daerah negeri Johor Darul Takzim bermula 29 Januari hingga 23 Disember 2020 .

Bagi mencapai objektif dan matlamat ini , lebih 100 selebriti tempatan bakal menjayakan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 menerusi pelbagai program dan aktiviti yang berbeza , termasuk acara persembahan , berniaga bazar  , pertandingan memasak dan pertandingan pentas lawak .

Antara selebriti yang bakal menjayakan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 ini adalah Dato Jamal Abdillah , Dato Afdlin Shauki , Jamal Mirdad , BPR , XPDC , Shidi Data , Poey Sting Gmie Screen , Nizam Laksamana dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia , Zed Zaidi bersama sebahagian ahli-ahlinya .

Turut sama menjayakan acara yang mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Johor adalah Azlan  Typewritter , Aweera Pelita Lusoh , Moliano Love Hunters dan Khai Nizam .

Ekspo ini dianjurkan oleh Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam negeri Johor . Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020  adalah satu usaha yang dilakukan bagi menyokong  kerajaan negeri Johor dan Malaysia dalam mempromosikan tahun melawat Johor 2020 khasnya dan tahun melawat Malaysia amnya . Selain itu , ekspo ini juga diadakan bertujuan memperkenalkan budaya  , kesenian dan makanan tradisi disetiap daerah negeri Johor  dan mempromosikan produk-produk usahawan IKS di setiap daerah negeri Johor .

Penyelaras program Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 , Encik Hairol Nazli Hamdan berkata , memandangkan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 juga adalah salah satu program utama yang berada di dalam calendar Tahun Melawat Johor 2020 , maka pihaknya perlu mewujudkan sebuah ekspo yang mampu menampilkan keunikan budaya dan cara hidup bangsa Johor pada umum .

Selain itu , ekso ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan IKS dan ahli Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam Negeri Johor untuk memperkenalkan , meluaskan serta meningkatkan taraf ekonomi menerusi produk-produk keluaran tempatan dan sebahagian hasil jualan mereka ini nanti , akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang mengikuti Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 .

Oleh kerana itu , pihak penganjur menamakan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 - #sambilmeniaga #sambilmenderma . Sebab kita juga mahu semua yang terlibat di dalam acara ini untuk menunaikan kewajipan kepada pihak yang memerlukan katanya .

Acara Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 akan bermula di

Muar – 29 Januari hingga 2 Februari

Tangkak – 27 Februari hingga 1 Mac

Segamat – 26 Mac hingga  29 Mac

Mersing – 25 jun hingga 28 Jun

Pasir Gudang – 23 hingga 26 Julai

Batu Pahat – 20 Ogos hingga 23 Ogos

Kluang – 17 September hingga 20 September

Pontian – 1 Oktober hingga 4 Oktober

Kota Tinggi – 29 Oktober hingga 1 November

Kulai – 26 November hingga 29 November

Johor Bahru – 23 Disember hingga 26 Disember

 

Majlis perasmian Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang akan  , disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat , Menteri Besar Johor , Dato Dr Shahruddin Jamal di destinasi jelajah yang pertama di Muar , Manakala acara kemuncak dan penutup akan dilangsungkan di Bandaraya Johor Bahru pada 23 Disember hingga 28 Disember .

Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik antaranya program Ceramah Perdana , persembahan Ghazal & Keroncong serta persembahan artis jemputan disetiap daerah yang dijelajahi .

Manakala aktiviti menarik yang disediakan pula adalah seperti pertandingan Zapin , pertandingan Nasyid , pertandingan Kompang , pertandingan ‘Master Chef Jelajah Johor’ , Taman Cahaya , Zumba & Senamrobik , Fun Ride (Lumba Basikal) , Fun Run (Larian Santai) , Food Truck , King Spontan (Pertandingan Pentas Lawak) serta booth pameran dan jualan .

Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategic seperti Johor Military Force , Yayasan JDT , Yayasan Tunku Laksamana Johor , Tourism Johor , Tourism Malaysia , Radio Best FM , Persatuan Seniman Malaysia dan 15 agensi kerajaan yang lain .

A5 Flyer 2 - TAWARAN MENYERTAI PROGRAM EXPO ‘JOM NIAGA JELAJAH JOHOR 2020’ - ABY Kamarul Bin Abu Bakar




TERBARU

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.