FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

08 Apr 2019 15:37

2019-04-08_03-36-36

Sambutan tahunan “Records Store Day” semenjak tahun 2008 yang hanya diadakan pada bulan April yang bermula di Amerika Syarikat , kini telah disambuat secara besar-besaran di seluruh dunia . Idea asalnya adalah daripada pemilik-pemilik kedai muzik bebas yang pada waktu itu melihat kemerosotan teruk jualan album dan pada hari “Records Store Day” akan diadakan pelbagai acara antaranya kutipan amal , kemunculan artis di kedai-kedai muzik mereka , diskaun istimewa , malah rilisan istimewa untuk hari tersebut juga dihasilkan , secara literalnya ia adalah satu promosi dan hasilnya begitu berjaya . Sehinggakan setiap tahun menunjukkan jualan yang meningkat , malah peminat muzik kembali mencari format format selain CD seperti kaset dan piring hitam .

Malaysia juga tidak ketinggalan , Kompleks Campbell yang semenjak dahulu menjadi tumpuan para peminat muzik bebas dan juga Teenage Head Records di Subang Jaya, seringkali juga melakukan pelbagai aktiviti jualan murah dan promosi sempena “Records Store Day”, kesannya cukup mendalam , kita dapat melihat artis arus perdana kini telah mengeluarkan album mereka dalam bentuk kaset dan juga piring hitam , format yang hampir pupus sebelum ini .

Tidak ketinggalan juga buat Fenomena Music & Dreamstudio yang sebenarnya antara yang aktif mengeluarkan format piring hitam , kaset dan CD daripada artis arus perdana untuk para kolektor yang masih mencari album-album lama tapi tidak kesampaian akibat harga jualan album lama yang semakin mahal . Malah Fenomena Music sendiri yang telah mengeluarkan album Search ‘Katharsis’ apada tahun 2017 dan mereka juga pernah mengeluarkan beberapa album Search sebelum ini dalam format kaset dan piring hitam .

Pada tahun ini juga Fenomena Music yang terletak di M-1-20, Plaza Damas , akan menyambut “Records Store Day” secara besar-besaran pada 13 April bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang , antaranya dengan penghasilan semula 3 album kumpulan OAG iaitu “Old Automatic Garbage” (1994) , “Melody Mocker” (1999) dan “Opera Radhi-O Friendly” (2002) . ketiga-tiga album ini dihasilkan dalam bentuk gold disc dan dijual ketiga-tiganya hanya pada RM100 sahaja .

Fenomena Music juga akan mengeluarkan CD single terbaru daripada The Times sempena “Records Store Day”  yang bertajuk “Separa Sedar” . CD ini juga siap ditandatangan oleh Naza .

Album “Fenomena” yang dihasilkan oleh gergasi rock tempatan Search , akan menyambut ulangtahun yang ke-30 pada tahun ini , malah pihak Fenomena Music juga tidak ketinggalan mengeluarkan piring hitam album “Fenomena” yang diperbuat di Jerman , dengan warna merah dan sampul hitam eksklusif sempena “Records Store Day” ia adalah rilisan yang ditunggu-tunggu , malah ahli kumpulan Search akan turun pada hari tersebut untuk melancarkannya khas buat para peminat .

Sambutan secara besar-besaran oleh Fenomena Music pada 13 April ini juga akan melihat beberapa kehadiran artis untuk sesi bertemu peminat , penampilan istimewa dan juga persembahan jamming session . Antara artis yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Search , Projek Hillary Ang , The Times , Pitahati , Kopratasa , Shima , Dilla Hussein , Lewis Paragasam dan ramai lagi artis yang bakal hadir .

Kemuncak pada hari tersebut ialah pameran Pragasam Designer Drum , satu insiatif oleh oleh lagenda percussion Lewis Paragasam yang dibuat daripada  bahan kitar semula , malah beliau akan berada disana untuk bertemu anda .

“Records Store Day” akan diadakan di Fenomena Music , M-1-20, Plaza Damas pada 13 April bermula jam 10 pagi hingga 7 petang diruang legar Fenomena Music .




TERBARU

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.