Jawapan kepada persoalan siapa Ikon Wanita Melayu tahun ini terjawab apabila pengacara majlis Karl Shafek mengumumkan nama Amy Nurtinie Abdul Aziz sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung
Tinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Merapati Tinie sebagai saingan, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00
Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu musim kelima bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice-Watch bermula Januari lalu mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya dating daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman. Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu. Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.
Antara penaja lain yang menyumbang dalam PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.
Berikut senarai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018
Ikon Wanita Melayu 2018 - Amy Nurtinie Abdul Aziz
Naib Juara - Nur Fatihah Sazali
Tempat Ketiga - Alya Iman Abdul
Miss Personality - Huda Saber
Miss Photogenic - Siti Raihana Rahamat
Miss Social Media - Nur Ezzeyanti Natasha Norazman
TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM
Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Nasiron.
TENTANG PLAZA SHAH ALAM
Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.
Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain.
Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.
Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual
FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY
Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah
JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.