Setelah mengacah peminat dengan memberikan video lirik kejutan dari salah satu lagu barunya yang berjudul ‘Mambang’ yang juga telah menular di laman media sosial sehingga trending ditempat keiga dalam YouTube, Altimet kini menghadiahkan ‘Bunga’ pula kepada peminat, sebuah lagi lagu baru dari beliau.
‘Bunga’ merupakan hasil kolaborasi Omar K bersama John Jeevasingam di mana ianya dimulai dengan rentak etnik yang dipadankan bersama rentak hip-hop moden beserta kepintaran Altimet mengolah lirik yang bersahaja.
Tajuknya yang pendek dan ringkas mungkin akan disalah erti oleh peminat sebagai sebuah lagu pop yang romantis, namun jangkaan itu meleset sama sekali.
"Bunga memberi beberapa maksud yang berlainan, dan ketika proses penulisan lirik lagu ini, saya dan penggubah lagu ingin menekankan tentang situasi yang kini sering berlaku kepada rakyat kita zaman sekarang. Hasilnya terdapat banyak permainan kata-kata dalam lagu ini, salah satunya saya mengatakan terdapat banyak rumah yang tiada taman yang lengkap, tapi masih ada Bunga (faedah)" kata penulis lirik dan pemenang Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu-32 dengan lagunya, ‘Amboi’.
Muzik video bagi lagu ini pula telah mendapat sentuhan Fluid, di bawah arahan Muit Zulhelmi, dengan kerjasama Cha Azarikh, Muit Zulhelmi dan Afiqa Zahira.
Gandingan yang sama telah menghasilkan muzik video ‘Amboi’ yang merupakan antara lagu terhangat pada tahun 2017. Peminat akan dapat melihat hasil gabungan unsur tradisional seperti wayang kulit dan duit bunga bersama grafik digital moden dalam muzik video ini.
‘Bunga’yang dijangka akan berkumandang tanpa henti di serata Malaysia ini boleh didapati secara digital di iTunes dan semua aplikasi streaming muzik bersama dengan album terbaru Altimet berjudul ‘Air’ mulai 30 Mac 2018.
Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual
FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY
Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah
JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.