PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

12 Dec 2017 19:35

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Konsert Public Distortion 2017 yang merupakan anjuran bersama J&J Rochestra dan Lifespace telah berlangsung di Oasis Square Ara Damansara telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu . Konsert dengan gabungan kumpulan XPDC dan juga Prime Domestic ini akhirnya memberikan satu kenyataan yang padu , iaitu muzik rock akan terus kekal relevan tidak kira zaman .

Sayangnya tapak konsert yang telah dibina didalam kolam yang telah dikeringkan sebelumnya dan dibentang dengan karpet telah basah kerana hujan lebat pada petang sebelum konsert . Tapi itu tidak mematahkan semangat 3000 peminat rock untuk terus datang dan memberi sokongan kepada kedua-dua kumpulan .

Pentas besar yang telah dibina dengan mainan lampu dan alatan audio serba sedikit mengagumkan dengan kenyataan sebelum ini iaitu menjanjikan suatu konsert yang akan memuaskan hati para peminat yang hadir .

XPDC MUNCUL PADU DENGAN IRAMA KERAS

Tepat jam 8.45 malam , konsert telah bermula dengan satu persatu setiap ahli dari kedua kumpulan tampil muncul dari belakang pentas dan memainkan instrument mereka , memberikan lagu ‘intro’ bersama . bermulanya konsert yang akan menggegarkan gegendang telinga anda .

XPDC yang mengambil alih pentas selepas itu , terus memulakan dengan lagu “Ntahapaapantah”  , menggunakan 2 gitaris iaitu Izo dan anak beliau Ariff Izo, telah memberikan lagi sound yang lebih padu . Irama muzik kental XPDC bergema lagi dengan lagu “Talam Dua Muka” , “Sakinah” dan “Kita Peng Yu” .

Yang menarik pada konsert ini XPDC telah membawa 2 buah lagu baru mereka iaitu “DOA” dan “Kata Pepatah” , mengekalkan lagi irama muzik keras dan tentunya lagu-lagu terbaru ini disesuaikan dengan keupayaan vocal Ali . Menurut Ali, album terbaru XPDC ini akan muncul di pasaran dalam masa yang terdekat .

Dua buah lagu yang terus menjadi idola XPDC sejak awal lagi iaitu “Enter Sandman” dan juga “Orion” turut dimainkan oleh mereka . Kehangatan konsert memang tidak boleh disangkal lagi , para peminat kelihatan teruja dengan setiap muzik yang dimainkan XPDC.

XPDC menamatkan persembahan mereka dengan lagu-lagu “Selendang Merdeka” , “Semangat Perjuangan Harmoni” dan “Semangat Yang Hilang” . 10 buah lagu dimainkan oleh XPDC, ia bagaikan tidak cukup kerana mereka masih mempunyai lagi banyak lagu-lagu popular.

JOE MEMBAWA PRIME DOMESTIC KE ARAH BARU

Prime Domestic mengambil alih , ia adalah persembahan yang dinantikan , mampukah Joe bersama Hillary dan juga Fauzi , Ainol dan Aweera berdiri bersama megah bersama kumpulan rock tempatan yang lain yang telah membina legasinya tersendiri . Prime Domestic walaupun di barisi ahli-ahli yang popular tapi muzik mereka yang baru tentunya dinantikan dengan teruja oleh peminat rock tanahair .

Prime Domestic telah membuka dengan lagu cover daripada Iron Maiden iaitu “Hallowed Be Thy Name” ia bagaikan memberi petanda yang begitu sinonim dengan Prime Domestic sendiri yang mana mempunyai 2 gitaris handalan dikiri Joe dan dikanan pula Hillary , ia adalah simbolik menunjukkan kedua mereka akan tampil dengan permainan gitar harmoni dan 2 solo yang saling berlawanan sepertimana Iron Maiden .

Meneruskan lagi dengan lagu “Kau Masih Berdegil” , “Malam Berasap” , “Fenomena” dan juga “Nasib Kita” . Tidak terkejut kerana Prime Domestic kerana pastinya bermain banyak lagu-lagu kumpulan Wings kerana majoritinya dicipta sendiri oleh Joe .

Secara perlahan-lahan Aweera menyesuaikan vocal beliau dan terus membawakan antara lagu terbaru Prime Domestic iaitu “2087” , “Tekno Dewata” dan “Kurnia” , meneruskan lagi dengan lagu “Meniti Titian Usang” , “Lena Diulit Intan” dan juga “Mentari Merah Diufuk Timur” .

Bercerita mengenai Prime Domestic sebenarnya apa yang dapat dilihat ialah permainan dua gitaris hebat pastinya akan muncul dengan aksi yang berlawanan solo dan itulah yang sebenarnya terjadi , permainan gitar harmoni banyak di adun mereka , ‘improvised’ terhadap lagu-lagu cover pula lebih keras , riffing lebih padu dan solo lebih panjang dan bermelodi .

Sebagaimana Joe berinspirasi dan membawa arah muzik kumpulan wings ketika beliau bersama dalam konsert mereka sebelum ini , itulah juga dibawakan oleh Joe bersama Prime Domestic . Yang pastinya Prime Domestic mempunyai penambahan pemain gitar yang tidak disangkal hebatnya iaitu Hillary , permainan beliau ‘clean’ dengan aksi yang bersahaja , Fauzi sebagai pemain bass yang berpengalaman dan juga Ainol , tenaga muda yang beliau tonjolkan dan permainan yang kadang-kadang kita boleh lihat teknikal dan progresif boleh dilihat sebagaimana idola beliau drummer hebat Mike Portnoy .

Aweera sebagai ahli hadapan pastinya akan gunakan pengalaman dalam konsert besar ini untuk perbaiki lagi dimasa hadapan . Tapi tenaga yang ditunjukkan dengan 21 buah lagu yang dinyanyikan seharusnya dipuji .

Meneruskan lagi dengan lagu medley “Rozanna” dan “Ranjang Mawar” dan terus dengan penampilan khas Amy Search membawakan lagu “Isabella“ , “Langit Dan Bumi” dan “Kau Pergi” . Tidak boleh disangkal persembahan dan suara Amy , ia memberikan lagi momentum konsert Public Distortion dan meneruskan keterujaan peminat .

Giliran Lola dan Ainol menunjukkan aksi dengan persembahan solo antara mereka dan terus meneruskan lagi dengan lagu “Illusi Antonasi” , “Amaringgo” dan “Sedingin Pluto” .

Konsert yang telah berjalan lebih 3 jam ini telah hampir untuk ditamatkan dengan lagu terakhir iaitu “Alam Barzakh” , “Sejati” dan “Pasti" yang mana ia turut dinyanyikan bersama Amy , Ali dan Aweera sendiri sebagai penamat yang panjang .

KONSERT PUBLIC DISTORTION YANG MENGGEGARKAN

Ini adalah konsert yang pastinya puas hati walau dalam keletihan , bunyi speaker yang bagaikan dipusing ketahap maksimum kadang-kadang memberi kesan bunyi ‘pecah’ pada gitar , tapi jelas sebagaimana tajuk konsert ini yang ingin memberikan sound distortion , distortion gitar benar-benar menggegar gegendang telinga . Jika XPDC memberikan sound distortion yang tebal , Prime Domestic pula lebih lembut tapi sesuai dengan muzik rock yang ditampilkan mereka .

XPDC mempamerkan kelajuan muzik yang stabil dan kekal mantap , Prime Domestic pula tampil dengan ketepatan dengan ‘timing’ antara mereka . Secara asasnya keduanya hebat dengan cara masing-masing .

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017




TERBARU

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

ANUGERAH NASYID 2017 Kembali Dengan 10 Lagu Terbaik

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.