Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

11 Oct 2017 19:14

Pemenang anugerah daripada anak kelahiran Brunei Darulsalam , Aziz Harun telah melalui perjalanan sebagai artis semenjak usia beliau 6 tahun lagi dan telah mula terlibat secara aktif dalam industri muzik  ketika menyertai ‘Bintang Kecil’ pada tahun 2009 dan telah menjuarai pertandingan tersebut.

Kejayaan beliau tidak terhenti di situ sahaja, ini kerana pada tahun 2014, Aziz Harun telah melancarkan single pertamanya yang berjudul ‘Senyum’ dan pada tahun 2015 pula, beliau telah melancarkan single kedua yang berjudul ‘Beautiful’. Kedua-dua lagu tersebut mendapat sambutan yang hangat dari peminat beliau dan Aziz juga telah memenangi anugerah bagi Lagu Kolaborasi Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 untuk lagu ‘Beautiful’.

 Selepas kejayaan untuk kedua-dua lagu tersebut, pada Ogos 2016 Aziz telah muncul dengan single ketiga yang berjudul ‘Mama’ iaitu kolaborasi bersama Elizabeth Tan yang merupakan gadis sensasi YouTube yang popular dengan single sulungnya ‘Knock Knock’. ‘Mama’ menjadi lebih istimewa apabila lagu ini dicipta khas untuk para ibu di seluruh dunia. Lagu ‘Mama’ mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Aziz, kerana lagu itu didedikasikan khas untuk ibunya yang telah banyak membantu bukan sahaja dalam kerjaya seninya tetapi di dalam kehidupannya semenjak dari kecil.

 Kini, Aziz Harun muncul dengan single ke-empat beliau yang bertajuk ‘Jangan’. Lagu  ini dipertaruhkan sebagai buah tangan baru bagi Aziz Harun selepas kejayaan ketiga-tiga single beliau yang sebelum ini. ‘Jangan’ merupakan sebuah cetusan melodi pop yang santai serta gubahan muziknya yang mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama. Berentakkan tempo yang ‘catchy’ dan ‘jazzy’ membuatkan pendengar juga senang untuk menerima lagu ini.

Lagu yang dihasilkan oleh Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan, dan Romeo ini juga baru sahaja memuat naik muzik video rasmi di laman YouTube Faithful Music pada 21 September yang lalu dan telah mendapat hampir 300 ribu tontonan dalam masa 2 minggu sahaja. Pembikinan muzik video bagi lagu ini juga telah dirakamkan di negara kelahiran Aziz sendiri iaitu di Brunei Darussalam.

 Lagu ini juga menjadi OST bagi drama 16 episod Awak Suka Saya Tak? terbitan Global Station Sdn.Bhd dan di bintangi oleh barisan pelakon  popular tanah air iaitu Emma Maembong, Alvin Chong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Mustapha Kamal dan ramai lagi. Drama ini sudah pun mula di tayangkan pada 25 September 2017 yang lalu. Sebuah cerita yang diadaptasi dari sebuah novel oleh Melur Jelita di mana drama yang mengisahkan tentang kasih sayang antara Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu dan Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina yang jatuh cinta pada pandangan pertama di sebuah restoran.  Bagi penggemar dan penonton drama sudah pastinya tidak terlepas dari mendengar lagu “Jangan” sebagai runut bunyinya.

 Teristimewa buat peminat Aziz Harun lagu ‘Jangan’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox.




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.