Kumpulan BUNKFACE Akan Membuka Cawangan Restoran Miami Grill Milik PIT BULL Di Shah Alam

30 Nov 2016 20:22

2016-12-01_04-21-59

Kumpulan Bunkface yang bakal mengadakan konsert besar ulangtahun ke-10 mereka pada 24 Disember ini bertempat di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur , telah mengumumkan beberapa perkara . Antaranya ialah pelancaran album kompilasi Bunkface “X” dan juga mereka bakal membuka cawangan restoran rangkaian Miami Grill yang dimiliki oleh penyanyi rap dan penerbit yang tidak asing lagi di dalam dunia muzik antarabangsa , Pit Bull di SACC Mall , Shah Alam dan bakal beroperasi pada awal tahun 2017 .

Album kompilasi Bunkface “X” sempena ulangtahun ke 10 mereka yang telah dirancang mereka sebelum ini kini telah dilancarkan secara rasmi dan bakal didapati pada 24 Disember nanti .

Menurut Bunkface , Kompilasi ini adalah himpunan 19 lagu yang dipilih mereka sendiri daripada rilisan pertama mereka lagi iaitu EP “Lesson Of The Season” hinggalah ke lagu-lagu terbaru . Turut dimuatkan ialah lagu yang diberi nafas baru mereka bersama Amir Jahari yang berjudul “Orang Kita” . Lebih menarik lagi album ini akan turut dihasilkan dalam bentuk kaset yang mana begitu terhad dengan hanya 100 keping cetakan sahaja .

Album ini adalah hadiah buat peminat-peminat Bunkface yang sentiasa setia bersama mereka dan merangkumi segala yang terbaik daripada Bunkface . Ia juga adalah sempena ulangtahun ke 10 mereka .

Bila berbicara mengenai perniagaan terbaru mereka , Bunkface kelihatan begitu penuh yakin dengan usaha terbaru mereka ini , dibawah syarikat Bunkfood Sdn bhd & Associates dengan disokong oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd , Bunkface yang sebelum ini telah menceburi perniagaan minyak wangi kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan cawangan Miami Grill .

“Kenapa kami masuk dalam bidang makanan? Kerana orang Malaysia suka makan , ia adalah risiko yang tinggi tapi kalau buat betul-betul , keuntungan dia memang tinggi . Kami nak buat band yang pertama ada restoran” jelas Youk

Menjelaskan lagi mengenai konsep dan rancangan mereka sebagai sebuah band dan memiliki sebuah restoran , Youk begitu positif mengenai usaha terbaru Bunkface ini . Malah menurut beliau cawangan di SACC Mall ini adalah cukup istimewa kerana selain restoran akan ada juga pentas untuk persembahan dan juga sudut yang menjual segala barangan jualan eksklusif Bunkface .

Sambung beliau “Pihak Miami Grill di Amerika sangat teruja dengan idea kami ini dan ia adalah pertama seumpamanya dalam restoran rangkaian milik mereka”

Konsert Bunkface “X” Live In KL yang semakin hampir dengan tarikh sebenarnya terus mendapat sambutan hangat dengan jualan telah melebihi 50%

“Penjualan tiket sekarang telah melebihi 50% , kami sebenarnya sangat berterima kasih kepada Bunkers di seluruh Malaysia yang ada buat on ground promosi tanpa dibayar dengan mengajak kawan-kawan mereka datang sekali ke konsert ini , kami amat berterima kasih kepada peminat”

Menurut Bunkface juga konsert ini pastinya sesuatu yang hebat kerana sound system yang berkualiti digunakan dan Bunkface juga akan membuat footage mengenai perjalanan muzik mereka antara lagu nanti . Ia bukan sesuatu yang biasa dipersembahkan untuk konsert ini nanti . Itulah janji mereka pada 24 Disember nanti .

Konsert Bunkface “X” Live In KL juga telah mendapatkan 2 penaja besar bersama iaitu DoubleMint dengan kempen #KasiChance .  dan juga bersama XOX Mobile iaitu “mobile virtual network operator (MVNO)” pertama di Malaysia turut bersama-sama memeriahkan konsert ini .

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert Bunkface “X” Live In KL  yang dijual dengan harga RM50 , RM70 dan RM140 VIP boleh didapati secara online di www.myticket.asia .




TERBARU

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.