Konsert Ulangtahun Ke 10 BUNKFACE Di Stadium Chin Woo Disember Ini

20 Oct 2016 20:35

2016-10-21_04-34-49

Bunkface adalah antara kumpulan yang telah berjaya daripada dunia indie hingga ke mainstream , malah 2016 bakal mencatatkan ulangtahun ke-10 buat mereka , ia bukanlah kejayaan yang mudah tapi Bunkface berjaya kekal sehingga ke hari ini . Dengan 1 EP dan 3 buah album , ia cukup memberikan kenangan manis yang dilalui mereka .

Mengingati kembali , vokalis mereka Sam mengatakan sebelum itu mereka juga banyak masuk pelbagai pertandingan macam Battle Of The Band , tapi semuanya bermula ketika rancangan Blastoff pada tahun 2006 serta melalui single pertama bersama Astro nama mereka terus melonjak dan menjadikan mereka pada hari ini .

Ulangtahun ke 10 ini bakal disambut dengan Konsert Bunkface “X” di Stadium Chin Woo pada 24 Disember ini , Konsert yang telah dirancangkan pada awal tahun ini akhirnya bakal direalisasikan oleh Bunkface buat peminat mereka yang telah menyokong Bunkface selama ini .

Konsert yang bakal bermula pada pukul 8 malam dan akan berlangsung selama 2 jam akan dipenuhi dengan set-set dan gimik menarik yang belum pernah dipersembahkan sebelum ini .

Bunkface yang ditemui ketika pelancaran konsert ini di Atmosphere 360 , KL Tower mengatakan segala perancanga mengenai lagu dan susunan masih belum diputuskan

“Lagu-lagu lama dan baru akan kami mainkan, mungkin juga akan bawa cover song dan kali ini kami akan pastikan sound system dan lighting yang best buat peminat yang keluar duit ke konsert kami berpuas hati”

“Selepas Kuala Lumpur kami merancang juga untuk membuat konsert di Sabah atau Sarawak kerana kami nak sangat main kat sana”

Menceritakan perkembangan 10 tahun perjalanan sebagai sebuah band , Sam menceritakan “Sebenarnya perkembangan sama macam band yang lain tapi sukar juga buat kami , kami main show diserata tempat dan buat album dan apa yang penting kami tak pandang belakang”

“Kami bertiga telah lama berkawan itu yang mengekalkan kami ke hari ini , kami juga pernah bergaduh lepas tu sambung buat band balik tapi hubungan akrab yang terus mengekalkan kami , Walaupun drummer kami keluar hingga hari ini kami tidak mengambil drummer tetap ,kami akan terus kekal dengan line up yang ada ”

Bunkface kini telah berada dibawak Universal Music , ia adalah kerjasama untuk perkembangan kerjaya Bunkface , malah Konsert Bunkface “X” juga adalah hasil kerjasama bersama Universal Music .

Sempena konsert ini juga album kompilasi ulangtahun ke 10 mereka yang bertajuk Bunkface “X” yang mengumpulkan lagu-lagu terbaik daripada 3 album mereka , malah beberapa lagu daripada Ep , “Lessson Of The Season” akan turut juga dimuatkan .

Malah bersama Universal Music juga Bunkface bakal mengeluarkan album terbaru berbahasa inggeris pada tahun hadapan , menurut mereka album ini telah 70 peratus siap .

“Album ini akan lain sikit , akan lebih pop dan album English ini akan hit market yang lebih besar . Kami nak sound besar macam album Yuna , beliau adalah ikon sebab itu kami akan gunakan produser luar dan dibawah Universal Music mereka sedia membantu hasrat kami ini” jelas Sam

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert Bunkface “X” akan mula di jual pada 21 Oktober bermula dari RM50 . Tiket juga boleh didapati secara online di www.myticket.asia




TERBARU

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.