Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Oleh : nazghoul
28 Dec 2015 10:08

31 Oktober lalu, Wings sekali lagi berjaya mencatat sejarah peribadi apabila lebih 20,000 fanatika kumpulan yang dibarisi oleh Awie, Joe, Eddie dan Black sekaligus merubah ruang litup Stadium Merdeka yang rata-ratanya adalah peminat setia kumpulan rock tersebut.

Kesinambungan aura mania rock itu terus bergema di Padang B Plaza Angsana Johor yang telah berlangsung pada 25 Disember lalu.  Biarpun mereka baru sahaja mengadakan persembahan di Stadium merdeka sebelum ini, ternyata bahang kehangatan konsert itu tidak pernah terpadam, buktinya lebih 8000 peminat terus setia bersama Wings menggegar ruang udara Plaza Angsana.

Bahang kemeriahan “Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s” mula di rasai sekitar jam 8 malam apabila Ucop n Friends, Ito (Blues Gang), Aweera, Mael (XPDC), Azlan dan Ronnie Hussin  terlebih dahulu membuka tirai persembahan pada malam itu.  Tidak ketinggalan penampilan bersahaja daripada Saiful Apek, Yasin, Pak Lah dan adik Amira sedikit sebanyak menghilangkan sedikit keresahan peminat yang cukup setia menanti ikon rock dambaan mereka.

Deruman enjin jentera berkuasa tinggi mula kedengaran memecah kesunyian di dalam lokasi berlangsungnya konsert.  Kedatangan Wings diiringi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menandakan bahawa Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s akan bermula pada bila-bila masa.

Tepat jam 9.30 malam lampu di atas pentas mula terpadam, intro daripada kumpulan Scorpions mula berkumandang, peminat yang sudah terpaku seakan histeria apabila kelibat Joe, Black, Awie dan Eddie mula kelihatan di atas pentas.”Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s” terpateri dengan istrumental ‘Sejati’ sebagai tanda kukuhnya mereka di pentas konsert.

 Wings menyampaikan lebih 22 lagu dalam konsert mereka yang berlangsung selama tiga jam itu. Peminat juga turut sama menyanyi mengiringi persembahan Awie.  Wings membuka tirai persembahan dengan lagu Taman Rasyidah Utama, Opera Hidup danHukum Karma.

"Alhamdulillah, saya mewakili Wings mengucapkan jutaan terima kasih buat anda.  Kami takkan lupa setianya anda semua terhadap perjuangan 30 tahun Wings dalam industri. Terima kasih atas sokongan anda”, ujar Awie

Wings meneruskan persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu seperti Orang Kita, Gemala Saktiku, Bazooka Penaka, Kau Masih Berdegil dan Aku Pun Tahu. Penampilan Awie beraksi bersama gitar mungkin agak janggal kerana beliau lebih agresif jika hadir sebagai vokalis namun kredibiliti Awie harus diberikan pujian kerana mampu membuktikan kehebatan beliau sebagai gitaris.  Satelit Puaka menyaksikan kewibawaannya.

Wings turut menyelitkan segmen istimewa apabila menjemput bekas pemain gitar asal Wings, Sham serta penyanyi Mel.  Jika di Stadium Merdeka Mus Maymenghiasi segmen ini namun atas ketiadaan Mus maka Azlanmenggalas tanggungjawab ini di Johor Bahru.

Jam sudah menunjukkan angka 11.30 malam namun Wings seolah-olah tidak mahu meninggalkan pentas, begitu juga para peminat yang sedari awal ‘terpaku’ dihadapan pentas seakan tidak mahu berganjak malah terus memberikan lontaran vokal selari dengan rangkaian lagu-lagu yang Wings persembahkan. Antaranya ialah RNR Lu Punya Suka, Jerangkung Dalam Almari, Blues Ular Sawa, Nasib Kita dan Tanjung Puteri.

Joe tampil solo dengan lagu instumentalnya yang berjudul Samar Nan Terang. Karismatik, energatik itulah yang mampu diungkapkan apabila menyaksikan kehebatan Joe yang sudah lama berada di platform sebagai gitaris.

Wings kembali bernadi dengan lagu-lagu hit mereka seperti Kota Kemusnahan, Awang Thrasher, Ingatkan Dia dan Sejati. Lagu Peronda Jaket Biru yang menjadi ‘encore’ kepada “Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s” memecah kesunyian malam yang semakin dinihari apabila jarum jam menunjukkan ke angka 1 pagi.  Inilah rock n roll yang tidak boleh di ungkapkan dengan perkataan.

Biarpun rata-rata kesemua anggota Wings sudah berusia melebihi angka 40 an namun kemantapan vokal Awie pada malam tersebut luar biasa, begitu juga dengan Joe yang sentiasa ‘selamba’ memetik gitar kesayangannya.  Eddie seakan melepaskan segala amarah yang terpaku di sanubari dengan lentikan bassnya apatah lagi Black yang cukup setia memukul dan menghentak selari dengan melodi yang di lontarkan.  Ini lah keistimewaan dan nostalgia yang bakal bersemadi dalam jiwa seluruh peminat yang hadir menyaksikan persembahan bersejarah ini.




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.