23 Tahun Tanpa Album Kumpulan SATIRA Kembali Dengan Paradoks

29 May 2014 18:38
Kumpulan Satira "Paradoks" Kumpulan Satira "Paradoks"
Kumpulan Satira "Paradoks" Kumpulan Satira "Paradoks"
Kumpulan Satira "Paradoks"

Walaupun lebih  2 dekad kumpulan rock tanahair Satira tanpa album baru , tapi semangat dan jiwa rock yang mereka ada terus membara , ia bukanlah satu penamat . Kumpulan Satira telah menghasilkan 2 buah album iaitu “Surat Dari Hiroshima” yang telah diriliskan pada tahun 1989 dan “Desiderata” pula telah menemui peminatnya pada tahun 1991 . Antara lagu popular mereka ialah “Kau Masihku Cinta” dan “Surat Dari Horishima” .

Gitaris mereka , Mus tampak semangat apabila menceritakan kisah-kisah mereka sebagai sebuah band “Kumpulan Satira tak pernah berpecah ! sejak ada studio ni saya terus ajak rakan-rakan lain dan kami buat sikit-sikit , Mungkin ada yang keluar tapi itu bukan penamat , adapun sebab komitmen kerja” jelas beliau

Lalu tambah beliau “Asal kami mula serius untuk rakam semula album ialah lepas dapat tawaran untuk opening kumpulan Loudness pada tahun 2011

Kumpulan rock Jepun terkenal Loudness sememangnya adalah idola mereka , bukan sahaja kekuatan lagu-lagu mereka tapi kehebatan guitarist mereka yang cukup dikenali dunia iaitu Akira , Satira mula membuka mengenai semangat yang dikumpul mereka untuk membuat album baru walaupun dekat 23 tahun mereka tiada album baru .

Mula dari situlaa kami serius , kami pun jumpa Burn Crossfire dan kami ambil 6 bulan lagi untuk berlatih dan tajamkan lagi kemhairan kami untuk bermain bersama” sambung Mus

Tujuan mereka berjumpa Burn Crossfire adalah untuk menyatakan niat merakamkan album mereka di Studio milik Burn iaitu Quantize Studio .

Mus terus menjelaskan mengenai album terbaru ini “Kami terus rearrange lagu lepas main dengan Loudness , konsep kami tetap 70’s . Cuma sound sahaja yang moden , kita tak boleh lari dengan band luar macam Deep Purple , Black Sabbath , Iron Maiden dan lain-lain  .Tapi kami tak ambik laa sebijik dari band luar , kami ambik dengan cara kami yang sendiri . Macam guitarist hanadalan Indonesia bila mendengar lagu kami , Ian Antono , dia sendiri terperanjat , mula-mula di ingat ni luar , dia tak sangka rupanya band Malaysiayang main

Satira yang baru sahaja mengeluarkan album terbaru bertajuk “Paradoks” dan mempunyai 5 buah lagu sememangnya sangat berpuas hati dengan hasil album ini , dari segi sound dan juga susunan muzik

Vokalis mereka iaitu Doran , cubamenjelaskannya makna “Paradoks” yang bagaikan menyongsang , satu bentuk sindiran tentang kehidupan . “Ia seperti kita sangka kita semakin pandai tapi sebenarnya bodoh , kita sangka kita hebat tapi sebenarnya ada yang lebih hebat , maknanya dalam apa-apa bentuk pun kita jangan lupa yang satu iaitu Allah,  sesuai dengan nama Satira , kami menyindir secara halus

Album “Paradoks” ini sebenarnya mengambil masa yang lama untuk dihasilkan oleh kumpulan Satira , menjelaskan perkara tersebut mereka mempunyai pandangan sendiri “Masa kami dengan syarikat rakaman dulu kami ada dateline , kita kena habiskan pada masa yang ditetapkan , tapi bila kami hasilkan sendiri , kami rasa lebih bebas , maknanya kalau kami rasa tak puas hati dengan lagu kami masa nak rakam , kami akan betulkan dulu dan letak idea-idea baru dan kami pun bila buat sendiri ni kami tak laa terkejar-kejar masa . Sebenarnya rakaman ambik masa yang pendek je tapi mixing yang lama , sebab kini kami yang main muzik dan kami juga yang jadi producer . Maka kami terpaksa belajar balik selok belok system dan experiment untuk menghasilkan sound yang terbaik , tu yang ambik masa yang lamaRa-ob , bassist Satira memberi penerangan .

Dengan keadaan dunia muzik yang berkembang dan lebih mudah , Mus memberi penjelasan ketika ditanya mengenai album yang dihasilkan sendiri oleh mereka ini “Dulu kami dah buat album pakai syarikat rakaman , boleh dikatakan masa tu kami memang desperate , kalau kami buat lagu pun belum tentu diterima oleh producer . Dulu pun royalti berapa jee , kami dapat satu album 60 sen kongsi 5 orang . Sekarang dah lain , pemuzik independent dah meningkat dan boleh maju , contoh macam kumpulan Hujan . Dulu kami tak nampak , sekarang kami dah tahu semua , macam dulu pun kami taktahu tentang hak-hak untuk lagu dan lirik , dengan adanya MACP baru kami nampak . Bagi kami lebih baik jual sendiri , buat sendiri , kami nak cuba cara ni

Bassist Satira pula terus menjelaskan mengenai muzik Satira , yang dilihat lebih progresif “Konsep kami bukan komersil , walaupun ingustri muzik teruk dan kami tak tahu kenapa dan taktahu kehendak pendengar , tapi kami main untuk kami . Kami nak cabar diri kami , kami cubamemberi input baru . Walaupun dalam beberapa lagu kami agak progresif dan fusion tapi ada jugak lagu dengan 5-6 kod je , kiranya kami tak complicated sangat , kami pun nak rilek . Jadi kami buat macam tu agar senang sikit . sebenarya walauun dah lama tak buat album , kami tak putut asa untuk terus berkarya” . Dulu dengan syarikat muzik kami di control . Kini kami nak experiment semua dalam situasi yang terkawal , agar kami ni tak syok sendiri

Kumpulan Satira dianggotai oleh Mus – Gitarist , Doran – Vokal , Ra-Ob – Bassist dan Zuld’jian - drummer

CD Satira yang bertajuk “Paradoks” dengan menampilkan 5 buah lagu boleh didapati dengan harga RM16.90 dengan berhubung melalui facebook mereka di www.facebook.com/mus.satira.9 . Mereka juga membuat package combo iaitu t-shirt  rasmi kumpulan Satira + CD dengan harga RM40 . CD Mereka ini hanya dijual oleh mereka dan rakan-rakan sendiri sahaja . Mereka juga akan menjual CD ini di setiap persembahan yang dilakukan  . Mereka akan tampil di Majlis Daerah Kuala Lipis pada 20,21 dan 22 Jun nanti . Show selama 3 hari ini akan menampilkan kumpulan-kumpulan rock lama antaranya Graviti , Handy Black , Sejati , Gamma , Putra , Lela , Babylon dan banyak lagi kumpulan yang akan ditampilkan .




TERBARU

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.