TERBARU
30 Sep 2014 17:15
30 Sep 2014 17:13
30 Sep 2014 17:05
30 Sep 2014 16:52
30 Sep 2014 16:10
30 Sep 2014 15:30
24 Sep 2014 18:08
24 Sep 2014 18:03
18 Sep 2014 17:16
17 Sep 2014 17:01
17 Sep 2014 16:52
10 Sep 2014 17:38
09 Sep 2014 18:56
09 Sep 2014 18:49
03 Sep 2014 18:06
03 Sep 2014 18:02
28 Aug 2014 18:34
28 Aug 2014 11:59
28 Aug 2014 11:43
28 Aug 2014 11:37
26 Aug 2014 08:43
21 Aug 2014 17:11
19 Aug 2014 16:55
19 Aug 2014 16:53
19 Aug 2014 16:47
"Paramore" Trio Yang Tidak Pernah Puas
12 Feb 2014 17:32

paramore

Nama Paramore mula terukir di kalangan pencinta muzik sejak mereka hadir dengan album “Brand New Eyes”, ternyata percaturan mereka terhadap lagu-lagu ‘Brick My Boring Brick’, ‘The Only Exception’ dan ‘All I Wanted’ terus memberi warna yang cerah kepada Paramore.  Tahun lalu, Paramore hadir dengan album ke-4 yang berjudul “Paramore”, biarpun tanpa kehadiran Josh Farro dan Zac Farro mereka tetap hadir.  Api muzik yang dimiliki Hayley Williams, Taylor York dan Jeremy Davis tidak pernah padam.

Semangat kental mereka turut menakluki jiwa Ilan Rubin (pemain drum Angels & Airwaves dan Nine Inch Nails) untuk membantu merialisasikan album ini.  Biarpun jika dilihat di imej yang menghiasi kulit hadapan album ini hanya menampilkan trio Paramore namun itu bukanlah sesuatu yang janggal buat Ilan yang bertindak sebagai pemuzik jemputan.

‘Fast In My Car’telah menjadi ‘opening’ untuk album ini, melodi yang catchy disamping lontaran vokal yang cukup jelas sudah pasti membuat deria dengar pendengar untuk menikmati hasilan Paramore.  Nuansa alternative dapat di rasai setelah mendengar ‘Now’, tidak hairanlah mengapa mereka menjadikannya sebagai single sebelum album perdana diriliskan. Ramuan gitar, bass serta drum menyatakan ianya adalah milik Paramore.

‘Last Hope’ mempertaruhkan melodi yang sedikit perlahan namun ianya telah disusun dengan bait-bait lirik yang cukup mendamaikan jiwa, begitu juga dengan lagu ‘Still Into You’.  Mereka hasilkan dari hati nurani yang ikhlas disamping lirik yang lebih mengajak mendengar hanyut dengan kisah cinta yang cukup romantis.

Biarpun sudah melengkapkan album dengan 17 buah lagu, namun Paramore tetap mahu memberikan sesuatu khas untuk para peminatnya.  3 buah lagu yang diklasifikasikan sebagai Interlude turut di tampilkan dalam album ini.  ‘Moving On’, ‘Holiday’, dan ‘I’m Not Angry Anymore’ diberikan nuansa yang sama iaitu akustik yang turut dimelodikan bersama ukulele.

“Paramore” menampakkan kedewasaan trio yang sentiasa mahukan pembaharuan di dalam muzik namun masih berpaksi pada alternative, ianya dilihat cukup bertenaga sesuai dengan jiwa pendengar yang muda dan energetik. Biarpun disirami dengan kepelbagaian acuan muziknya, Paramore tidak pernah lari dari platform.  Ianya sebuah album yang berviarasi dan wajar dimiliki oleh setiap penggemar PARAMORE.

comments powered by Disqus