wings_tawau
Konsert 50 Tahun Orkes Nirwana Di Istana Budaya
Gitaris VIXEN Meninggal Dunia - 16 Oct 2013 14:53
Semangat "SuperMokh The Musical" Bakal Disemarakkan Di Istana Budaya
Oleh nazghoul
29 Oct 2013 17:27

Super-Mokh

Mengangkat kisah hidup tokoh ke pentas teater bukanlah satu perkara baru di Istana Budaya. Sebelum ini, beberapa buah teater muzikal yang berkisar kisah hidup tokoh, baik yang masih hidup mahu pun yang sudah pergi meninggalkan kita diabadikan di pentas berprestij itu.

Terbaru, pelakon, penerbit teater muzikal terkenal Hans Issac bakal menerbitkan sebuah teater muzikal yang diinspirasikan dari kisah hidup legenda bola sepak negara, Dato' Mokhtar Dahari yang bakal diberi judul “Supermokh The Musical”.

Zaman kegemilangan penyarung jersi nombor 10 bola sepak kebangsaan itu bakal dipentaskan di Istana Budaya pada November ini.  Beliau diberikan gelaran SuperMokh kerana kecemerlangan, ketangkasan serta kelicikan beliau ketika beraksi di atas padang.  Kisah kehidupan seorang lagenda ini akan diterjemahkan menjadi sebuah teater muzikal yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 6 hingga 18 November ini.

Mendapat sentuhan kreatif dari pengarah berbakat besar; Hans Isaac, kelainan yang cuba ditonjolkan dalam teater muzikal pada kali ini ialah tentang kisah perjalanan hidup seorang tokoh sukan yang disegani.

Dengan adanya pementasan teater muzikal tentang Mokhtar Dahari ini, generasi muda akan lebih mengenali secara mendalam tentang keperibadian seorang lagenda yang pernah menjadikan Malaysia sebagai kuasa bola sepak dunia pada satu ketika dahulu. Kebenaran untuk mementaskan kisah hidup Mokhtar telah diberikan sendiri oleh isterinya, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim

Teater muzikal Supermokh ini merupakan terbitan syarikat produksi Hans sendiri iaitu Tall Order Productions dengan kerjasama Jugra Publication Sdn Bhd. Manakala Harith Iskander pula memegang peranan sebagai penulis skrip untuk pementas ini.

Teater muzikal ‘SUPERMOKH’ ini dibintangi oleh Awie selaku peneraju utama dan dibantu oleh Maya Karin, Rashidi Ishak, Dina Nadzir, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-4147 8600 atau 019-211 1600.

Teruskan Pembacaan ⇒
MASTODON Bakal Tampil dengan Album "Live At Brixton"
Oleh nazghoul
29 Oct 2013 17:08

Mastodon_live_at_brixton

Mastodon diberitakan bakal tampil dengan album yang berjudul Live At Brixton” pada 10 Disember ini.  Album ini adalah merupakan album ‘live’ yang telah dirakamkan ketika mereka mengadakan persembahan pada awal tahun lalu.

“Live At Brixton” bakal memuatkan 23 buah lagu, mengapakah Mastodon bersungguh-sungguh untuk meriliskan album ini? Ianya adalah kali pertama mereka mengadakan persembahan di O2 Academy, Brixton dan ianya adalah peristiwa yang cukup bermakna buat bassis/vokalis Troy Sanders, gitaris/vokal Brent Hinds, gitaris Bill Kelliher dan drummer/vokal Brann Dailor, selain itu tiket untuk konsert tersebut turut habis dijual. 

Album Live At Brixton yang berdurasi 97 mnit ini akan di masukkan ke pasaran hanya dalam bentuk digital, di antaranya melalui iTunes dan Amazon. Bersama Warner Bros. Records, album yang di terbitkan oleh Ryan Mackfall ini akan memiliki dua versi, iaitu versi audio-only dan versilive video.

Mastodon sendiri telah menyebarkan trailer dari album ini yang dapat disaksikan di lamam YouTube.
Berikut adalah daftar lagu lengkap dari album Mastodon Live At Brixton:
Teruskan Pembacaan ⇒

ALICIA KEYS Gegar Malaysia 27 November 2013
Oleh nazghoul
29 Oct 2013 17:02

Khas untuk peminat setia penyanyi R'n'B terkenal, Alicia Keys, pelantun lagu 'If I Ain't Got You' ini mengumumkan bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur sempena konsert jelajah Set The World On Fire yang akan berlangsung pada 27 November 2013

Pemenang 14 kali Anugerah Grammy yang pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2004 ini bakal menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil dengan diiringi oleh kumpulan muzik termasuk penyanyi latarnya. 

Alicia dijangka akan membuat persembahan selama 90 minit dengan mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular seperti 'Fallin'', 'No One', 'Girl On Fire', 'Unbreakable', 'My Boo', 'Superwoman' dan banyak lagi. 

Tiket konsert yang berharga RM155, RM195, RM295, RM395, RM495 dan RM595 telah mula dijual sejak 12 September dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Ticket Pro  iaitu di www.ticketpro.com.my atau melalui telefon 03-7880 7999.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan konsert Alicia Keys ini di www.prworldwidelive.com.

AliciaKeys

Teruskan Pembacaan ⇒
"Galau" Pertaruhan Terbaru FIVE MINUTES
Oleh nazghoul
27 Oct 2013 18:47
5minutes

Berpaksikan muzik pop rock Five Minute yang dibarisi oleh limaanggota yang berasal dari Bandung Indonesia iaitu Ricky Tjahyadi, Richie Setiawan ,Drie Warnanta,Roelhilman dan Aria Yudhistira.

Five Minutes telah lama ditubuhkan iaitu sekitar tahun 1994 dan ianya adalah hasil grapan idea oleh Drie Warnanta dan Ricky Tjahyadi semata mata untuk menyertai sebuah Festival Music Se-Jabar DKI Bandung.

Bulan Jun 2007 album Rockmantic diterbitkan dan dikuti Rockmantik Repackage (2008),Satu Hati (2010) dan Fivers (2012). Fivers juga merupakan gelaran yang diberikan oleh peminat mereka yang mengenali kumpulan ini.  Meskipun telah lama berada di persada muzik nama mereka tidak begitu dikenali di Malaysia, lantaran itu Five Minutes telah mengambil keputusan untuk ‘mencuba nasib’ di sini.

Di Malaysia mini album Five Minutes akan mula dipasarkan menjelang pertengahan November 2013, antara lagu yang akan dimuatkan didalam album ini seperti Galau,Selalu,Menunggu(merupakan single kedua untuk edaran di Malaysia), Aku dan Kamu,Tambatan Hati,Itukah Dirimu,Selalu Menunggumu(feat Joe & Beeny saintioco) serta Fivers.

Teruskan Pembacaan ⇒
3 Bekas Peserta Akademi Fantasia Ungguli Pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 20
Oleh nazghoul
27 Oct 2013 18:15

Dato Ramli MS-AIM 20 Chief Judge, Rosmin-AIM 20 Chairman, Raqim-Astro

Group Photo-AIM 20 Final 5Senarai calon akhir untuk Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) diumumkan dalam satu sidang media bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada Khamis. Untuk edisi kali ini, senarai calon akhir menyaksikan Amir Jahari, Hafiz Suip dan Hazama mendahului calon-calon lain menerusi empat pencalonan menerusi pelbagai kategori.

Anugerah anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu menyenaraikan sejumlah 85 calon yang disenarai pendek dari 17 buah kategori.

"Penyertaan dari pengamal industri muzik sangat menggalakkan kerana kita telah menerima sejumlah 594 pencalonan pada tahun ini, peningkatan sebanyak 20% berbanding sejumlah 465 pencalonan yang diterima untuk tahun lalu. Kesemua pencalonan-pencalonan yang diterima telah diadili oleh panel juri terpilih yang hanya terdiri dari pengamal-pengamal industri muzik yang berwibawa, mahir dan disegani dalam bidang masing-masing”,menurut En. Rosmin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM20.

Beliau juga mengesahkan penglibatan Macomm Management Services Sdn. Bhd., firma profesional sama yang telah mengendali proses penghakiman untuk AIMtahun lalu sebagai pengendali proses penghakiman untuk AIMtahun ini.

Kategori 'Rakaman Album Terbaik' merupakan kategori anugerah pertama yang diadili pada 29hb. Ogos yang lalu diikuti penjurian untuk sebahagian besar kategori-kategori anugerah yang lain pada 5hb. September di Hotel Istana, hotel rasmi AIM20. Kategori-kategori anugerah 'Lagu Terbaik', 'Album Terbaik' dan 'Video Muzik Terbaik' merupakan tiga kategori anugerah terakhir yang telah diadili di hotel yang sama pada 1hb. Oktober.

Senarai akhir 5 calon teratas menyaksikan Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai. Sementara itu, kategori anugerah yang menjadi tumpuan ramai, ‘Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki dan Wanita)’ melihat kemasukan pendatang baru, Ronnie dari kumpulan Hyper Act dan Najwa Mahiaddin bersaing di kalangan nama-nama besar industri muzik seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Dato' Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor dalam kedua-dua kategori tersebut.

Dengan penambahan kategori baru, ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam Lagu’, senarai calon akhir menyaksikan paduan suara penyanyi-penyanyi ternama tanahir di dalam lagu-lagu popular semasa termasuk “Sedetik Lebih” gandingan Anuar Zain & Dayang Nurfaizah, “In Love With You” dendangan Noh Salleh & Aizat Amdan dan “Lari’ yang dibawa Sleeq & Hazama.

RIM juga telah mendedahkan senarai penuh juri-juri terkemuka yang terlibat dalam proses penjurian yang terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa industri muzik tanahair termasuk Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato’ Ramli Sarip. Pengarah Muzik tersohor tanahair, Dato’ Ramli MS bertindak sebagai Ketua Juri untuk tahun ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad, “Pihak Astro amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur untuk meneruskan lagi usahasama dalam penganjuran AIMyang ke 20. Untuk tahun ini, pihak Astro menerusi rangkaiannya iaitu saluran Astro Ria, Maya HD dan juga ERA FM akan hadir menghulurkan sokongan selaku penyiar dan radio rasmi untuk AIM20”

AIM20 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013 bermula dengan siaran secara langsung acara ‘Karpet Glamor AIM20’ pada pukul 8:30 malam disusuli siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM20 pada pukul 9:00 malam secara eksklusif di Astro RIA (Saluran 104) serta siaran serentak di Maya HD (Saluran 135).

Berikut adalah senarai akhir bagi pencalonan untuk AIM 20:
Teruskan Pembacaan ⇒

Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun Bakal Tampilkan 60 Buah Band
Oleh nazghoul
24 Oct 2013 10:13

urban

tengkorak Sheila-On-7

bunkface

Buat julung-julung kalinya kerjasama serantau Indonesia dan Malaysia iaitu Lian Mipro dan Indigital Sdn. Bhd. akan menganjurkan festival pakaian dan muzik yang pertama serta terbesar di Malaysia.

Lian Mipro adalah antara lima syarikat penganjuran acara yang terbesar di Indonesia dan telah berjaya menganjurkan acara festival besar di negara itu setiap tahun yang dikenali sebagai JakCloth.

Indigital Sdn. Bhd. pula adalah sebuah syarikat pembekal kandungan muzik kepada syarikat telekomunikasi dan juga banyak bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan indie di Malaysia.

Pengalaman dan kekuatan dalam bidang yang berbeza oleh kedua-dua syarikat ini menjadi asas kepada penganjuran festival ini yang diberi nama Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun.

Festival yang akan berlangsung di SpeedCityKuala Lumpur, Kelab Lumba Kuda Selangor akan menggabungkan 120 rangkaian jenama pakaian dari Indonesiadan Malaysia.

Antara jenama yang terlibat ialah Dead Seventies, Cozuma, Hattrick, Rown, Altos, Nushock dan banyak lagi. Sesuai dengan namanya lebih 60 band indie dari kedua-dua negara akan membuat persembahan sepanjang festival itu berlangsung selama tiga hari.

Menariknya festival ini turut membariskan band terkenal seperti Sheila On 7, Go Gerila!, Bunkface, 6ixth Sense, Indie Mice, Drama Band, Hyper Act, Loka, Edane, Love Me Butch, Aryan Band, Pop Konspiracy, Buronan Mertua, The Padangs, Tengkorak dan banyak lagi.

Acara itu akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober ini, bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari. Bayaran masuk hanya RM20.

Bagi memudahkan pengunjung ke tempat festival, terdapat bas perantaraan percuma disediakan antara Stesen LRT Bukit Jalil ke Speed City setiap 15 minit.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Facebook/Urban Clothing Festival dan twitter @urbanclothingfest- kl.

Teruskan Pembacaan ⇒
PROFANCER Mahupun BEHEADED ianya Tetap Lagenda Pulau Temasek
Oleh nazghoul
23 Oct 2013 16:54

Foto: Ehsan Aman

thrashmetalProfancer mahupun Beheaded bukanlah nama yang begitu asing buat peminat muzik bawah tanah samada di Malaysia mahupun di Singapura.  Kewujudannya umpama ledakan nuklear yang berjaya mencetuskan fenomena di dalam scene metal sekitar tahun 80an.

Sejarah kewujudan Profancer telah bermula sekitar tahun 1984, dimana ianya telah diilhamkan di Bedok Reservoir (Sebelah timur Singapura).  Ketika itu Aman selaku vokalis masih lagi berada di tingkatan satu, usia bukanlah halangan buat beliau untuk memiliki sebuah band.  Maka terbentuklah sebuah kumpulan yang diberi nama Overlord.

Saat itu Overlord seringkali melepaskan amarah dengan alunan lagu-lagu yang berteraskan heavy dan thrash metal.  Selain Aman, Overlord turut dibarisi oleh Norsahid selaku gitaris dan Apek selaku pemain drum.  Kewibawaan Overlord terus dipaterikan dengan kehadiran Leylek sebagai gitaris dan Wira selaku pemain bass.

Usia Wira dan Leylek lebih tua daripada mereka bertiga namun itu bukanlah halangan.  Mereka berjaya membuktikan bahawa muzik boleh menyatukan segala-gala.  Lagu-lagu dendangan Venom, Bathory, Metallica, Warlord, Iron Maiden, loudness, Helloween, Running Wild, Destruction, Post Portem dan sebagainya sentiasa menjadi pilihan sewaktu sesi latihan muzik diadakan.  Overlord hanya mampu bertahan sehingga tahun 1988 tanpa menghasilkan sebarang material.

Badai mula menerjah Overlord sejak tahun 1986 lagi dimana ketika itu Leylek dan Wira seakan sudah hilang tumpuan kepada Overload.  Keduanya menarik diri atas alasan peribadi, manakala Apek pula telah dihunus dengan muzik rock melayu.

thrashmetal2Berpegang teguh kepada prinsip “Patah Sayap Terbang Jua”, Aman dan Norsahid terus berkayuh sehingga mereka bertemu dengan Din ‘Boncet’ dan Din ‘Cacat Otak’ yang bertindak sebagai bassis juga pemain drum.  Minat mereka juga sudah berubah jika dahulu berorentasikan heavy metal kini mereka lebih senang dengan irama death/thrash metal.

Semangat untuk membuat demo terus membuak-buak lantaran ketika itu persada muzik bawah tanah dihujani dengan muzik metal yang berkembang pesat di Brazil, Sweden dan Jepun.  Awal tahun 1988, Panji Overlord bertukar kepada Profancer.  Nama ini diambil dari salah sebuah lagu yang terdapat dalam EP kumpulan Pentagram (Chile).  Sekali lagi taufan melanda apabila Din ‘Boncet’ dan Din ‘Cacat Otak’ terpaksa meninggalkan Profancer.

Fajar menyinari Profancer apabila Jali tampil, namun segala aktiviti terpaksa dibekukan buat seketika kerana pada tahun 1988 kesemua mereka terpaksa menjalani ‘National Service’.  Takdir menyebelahi Profancer apabila mereka dipertemukan dengan Iskandar (Dagoth).  Kini lengkaplah barisan penggempur Profancer dimana Aman (vokalis), Norsahid (gitaris), Jali (bassis) dan Iskandar (drummer).  Logo Profancer telah dicipta oleh Micheal Amott (Carnage).

Demo pertama mereka “Rest Without Peace” telah berjaya dihasilkan pada tahun 1989/1990, demo yang menelan belanja sekitar SGD600.00 telah dirakamkan disebuah studio dengan menggunakan 24 trax.  “Rest Without Peace” telah diberi kepada sahabat handai, fanzine dan juga record label samada di Singapura, Malaysia mahupun di luar negara.  Malah ada di antara record label yang berminat untuk mengambil Profancer sebagai ‘artis’ rakaman mereka.

Tidak lama selepas demo pertama diriliskan Profancer sekali lagi menerima tamparan hebat hingga memaksa mereka ‘menguburkan’ Profancer buat seketika, hingga memaksa mereka tampil dengan nama Xasthur yang hanya dibarisi oleh Norsahid, Jali dan Iskandar.

Aman membawa haluan sendiri sehinggalah beliau diketemukan dengan Azizi (Demisor) maka lahirlah sebuah band yang diwarnai muzik dark/death/doom iaitu Beheaded.  Selain Aman dan Azizi, Beheaded turut dibarisi Azni dan Sham (ex Belial).

Selang beberapa bulan Beheaded kembali ke studio untuk merakamkan sebuah demo yang berjudul “Nasrani”.  Nasib Beheaded tidak berapa baik setelah mereka tampil dengan demo tersebut hinggakan sekali lagi ianya terpaksa dikuburkan begitu sahaja.

Sungguhpun begitu, demo Beheaded tetap mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan pencinta muzik underground ketika itu.  Hingga kini nama Profancer dan Beheaded terus menjadi sebutan manakala produk mereka sentiasa menjadi buruan  para peminat muzik metal tempatan.  Tidak berapa lama dahulu produk mereka telah diriliskan semula dalam bentuk cakera padat.  Kesemua demo rilisan Beheaded dan Profancer telah disatukan dalam sebuah cakera padat dan ianya telah diriliskan oleh Baphometal Productions pada tahun 2010.

Teruskan Pembacaan ⇒
"Balance" Himpunkan Karya Terbaik MELLY GOESLAW
Oleh nazghoul
21 Oct 2013 17:59

Melly

“BALANCE” merupakan album yang memuatkan beberapa lagu hits duet oleh Melly Goeslaw yang cukup popular seperti ‘Jika’, ‘AdaApa Dengan Cinta’, ‘Tentang Dia’, ‘Let’s Dance Together’, ‘Ketika Cinta Bertasbih’, dan ‘Butterfly’ yang masih sedap didengar.

Album ini menunjukkan bahawa Melly tidak pernah memilih pasangan duetnya demi untuk menjual lagu-lagunya, bahkan beliau lebih menjurus kepada memilih penyanyi-penyanyi solo yang masih belum dikenali orang ramai. Ini kerana beliau merupakan seniman sejati yang lebih memikirkan idea yang lebih kreatif dan keperluan lagu itu sendiri. Telah terbukti bahawa semua lagu duet beliau telah menjadi hits dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia.

Yang menjadi lebih istimewa menerusi album ini, Melly turut berduet bersama pasangan abadinya iaitu Anto Head juga merupakan suaminya sejak tahun 1995 yang sentiasa berada disampingnya.

Tajuk album “Balance” yang membawa maksud ‘Keseimbangan’ merupakan judul album yang mempunyai falsafah umum dan ia penting di dalam setiap nafas kehidupan. Melly yang sudah hampir 20 tahun terlibat di dalam dunia muzik, yakin bahawa album ini bakal membuatnya lebih kuat untuk bertahan daripada segala sapaan yang mampu menjatuhkan setiap langkahnya, dan ia juga merupakan salah satu sebab yang telah membuat dirinya sentiasa merendah diri pada saat beliau mencapai kejayaan yang mengiringi kerjayanya.

Terdapat 2 buah lagu baru di dalam album ini iaitu “Let’s Talk about Love” duet bersama suaminya Anto Hoed dan “Cinta Hati Hati” feat. BBB (Bukan Bintang Biasa), dan 11 lagu-lagu hit beliau yang pernah popular di Indonesia dan Malaysia.

Peminat kepada Benyamin Sueb, Titik Puspa, Agnes Monica, Nike Ardilla (Almarhumah), Chrisye (Almarhum), Indra Lesmana dan Krisdayanti ini juga tidak kalah dengan orang-orang yang dikaguminya. Bahkan, Melly juga merupakan salah satu penggiat seni yang berani berbicara dan membela hak-hak setiap artis dan pemuzik menerusi komuniti GASS(Gabungan Artis Seniman Sunda). Ini adalah ciri-ciri seorang pemuzik yang mempunyai integriti dan idealis yang tidak perlu disangsikan lagi.

Melly telah mencurahkan lebih daripada separuh umurnya untuk dunia seni, sehinggakan sudah tidak terkira berapa ratus lagu yang telah dicipta oleh beliau dan juga berapa puluh penyanyi yang telah menyanyikan lagu-lagu ciptaannya. Melly juga telah menerbitkan dua buah buku yang berjudul ‘a…aarrgh’(2005) dan ‘Balance’ (2012).

Berbagai penghargaan yang telah diraih oleh Melly dan Aanto Head baik di Indonesia, Malaysia mahupun Singapura. Lebih daripada itu, mereka juga telah menjadi ikon untuk lagu-lagu ‘soundtrack’ untuk filem-filem di Indonesia. Sejak ‘soundtrack’  bagi filem ADAAPADENGAN CINTA’ (2000), sehingga kini sudah berpuluh ‘soundtrack’ filem dan sinetron yang dihasilkan oleh mereke berdua. Hasil kerja mereka memang dicari cari oleh setiap pengarah cerita ini kerana bagi menghidupkan lagi sesebuah cerita dengan soundtrack nukilan mereka.

Sungguh hebat kurniaan Tuhan untuk muzik Indonesia menerusi karya-karya mereka berdua, yang kita yakin bahawa hasil ciptaan mereka akan kekal abadi hingga bila-bila dan akan terpateri di sepanjang perjalanan sejarah muzik Indonesia.

Menurut Melly, album ini dipersembahkan sebagai sebuah bentuk terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat didalam karya-karya album ini, terutama sekali kepada rakan-rakan media yang sering menyokong, dan juga seluruh pencinta muzik dan peminat-peminat Melly tidak kira dimana mereka berada.

Album “BALANCE” ini dihasilkan sepenuhnya oleh Melly sendiri bersama suaminya Anto Hoed. Untuk urusan muzik diolah oleh Anto Hoed dan kesemua lagu-lagu di album ini digubah oleh Melly Goeslaw kecuali “Ketika Cinta Bertasbih” yang digubah oleh Aden dan Melly sendiri.

 Album “BALANCE” daripada MELLY ini sudah berada di pasaran Malaysia dan ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.                                                                            

Senarai Lagu di album “Balance

Teruskan Pembacaan ⇒
Future Music Festival Asia 2014 Akan Kembali Dengan 3 Hari Yang Penuh Meriah
17 Oct 2013 17:08

Selepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada Future Music Festival Asia (FMFA) 2013 dengan kehadiran 2 hari yang mencecah kepada 50000 orang , FMFA 2014 kali ini bakal tampil dengan line up yang lebih mantap . Nama-nama besar seperti Deadmau5 , Armin van Buuren , Wu Tang Clan , Rudimental dan ramai lagi pastinya ia akan lebih meriah .

Turut memeriahkan acara ini tentunya pemuzik-pemuzik tempatan antaranya Yuna , DJ Bunga , Goldfish & Blink dan banyak lagi artis , kumpulan dan DJ tempatan .

Penganjur Livescape Asia dan Future Music Australia , menjangka penonton akan lebih ramai kali ini . Malah buat pertama kalinya FMFA akan diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 13 , 14 dan 15 Mac dan bertempat di The Mines Wonderland . Tiket-tiket boleh dibeli di Rock Corner , Victoria Music atau secara online di redtix.airasia.com. Anda boleh lihat dilaman redtix.airasia.com untuk kategori-kategori tiket yang berlainan .

fmfa

Barisan Penuh Artis Antarabangsa dan Tempatan

Teruskan Pembacaan ⇒
Album Terbaru Kumpulan Rock U2 Bakal Menyusul Pada Tahun 2014
16 Oct 2013 18:15

Kumpulan rock U2 , bakal menghabiskan rakaman album terbaru mereka pada bulan November nanti dan bakal berada dipasaran pada tahun 2014 , album terakhir mereka ialah “No Line On The Horizon” yang dikeluarkan pada tahun 2009 . Mereka kini sedang beruasaha keras untuk menyiapkannya dan memilih lagu-lagu yang sesuai sebelum ketibaan Krismas .

Pemain bass Adam Clayton ketika memberitahu station radio Ireland 98FM , mengatakan “Saya fikir ia adalahsedikit kembali ke U2 lama, tetapi dengan matang, jika anda suka daripada U2 daripada 10 tahun yang lepas. Ia merupakan gabungan kedua-dua perkara dan ia adalah benar-benar gabungan yang menarik” dan beliau menambah “Kami berada distudio. Kami cuba untuk mendapatkan ini 12 lagu yang benar-benar betul dan akan selesaikan pada akhir November, dan kemudian kami boleh menikmati Krismas.”

Ia pastinya adalah sesuatu yang dinantikan peminat mereka selepas lebih 7 tahun U2 tidak mempunyai album baru , mereka telah masuk ke studio semenjak awal tahun dengan rakaman dibuat di New York iaitu di Electric Lady Studios

U2

Teruskan Pembacaan ⇒
Gitaris VIXEN Meninggal Dunia
Oleh nazghoul
16 Oct 2013 14:53

Jan KuehnemundMungkin ramai dikalangan peminat muzik tempatan cukup mengenali band VIXEN, band yang di monopoli oleh wanita dan mengetengahkan genre hard rock sebagai paksinya

Band yang cukup dikenali sekitar tahun 80an ini telah kehilangan anggota dan juga merupakan gitaris asal iaitu Jan Kuehnemund. Jan meninggal dunia pada 10 Oktober yang lalu akibat kanser yang dihidapinya sejak Januari 2013.  

Berita kematiannya telah di umumkan di official Facebook Vixen. Jan Kuehnemund merupakan anggota asal sejak band itu ditubuhkan pada 1980 di Minessota, US. Formasi awalnya sering bertukar ganti akhirnya pada 1987 Jan cukup serasi ketika bersama-sama dengan vokalis Janet Gardner, bassis Share Pedersen dan drummer Roxy Petrucci.  

 Pada tahun 1988 mereka tampil dengan album “Vixen”,nama mereka terus dikenali setelah lagu “Edge Of A Broken Heart” berjaya mendapat tempat di hati para peminat ketika itu.

Jan sebenarnya berencana untuk membuat comeback Vixen pada tahun 2014, namun usahanya kini hanya tinggal impian.  Mendiang meninggal ketika usianya 51 tahun.

Vixen

Teruskan Pembacaan ⇒
Konsert Charly Setia Band Vs Firman Mendendangkan Lagu-Lagu Popular Ciptaan Charly
12 Oct 2013 10:50

setiaband

Kamsol Corporation Kamsol Corporation

IMG_5187Kumpulan Setia Band menjadi medan kembalinya Charly dan Pepeng ke industri seni muzik Indonesia , kumpulan yang telah diasaskan pada tahun 2012 selepas mereka berdua bertindak keluar daripada kumpulan ST12 , tindakan yang menjadi kejutan buat peminat-peminat ST12 . Kerana Charly dilihat sebagai tunjang kepada ST12 dan telah merakamkan 3 buah album yang sememangnya telah menaikkan nama mereka ke tahap yang mereka sendiri tidak menyangka .

Apatah lagi kedatangan untuk persembahan oleh kumpulan Setia Band ke Malaysia dalam Konsert Kehilangan Charly Setia Band Vs Firman pastinya akan menunjukkan Charly akan kekal dengan muziknya . Firman yang tidak asing lagi kerana beliau sebagai finalis Indonesia Idol adalh penyanyi yang telah melonjakkan namanya dengan lagu-lagu ciptaan Charly , konsert ini turut menampilkan penyanyi Malaysia . Adira  . Konsert ini bakal diadakan di KL Live , Jalan Sultan Ismail pada 23 November nanti .

Ketika bertemu dengan Charly di Jakartabertempat di pusat karaoke milik beliau ,  beliau dengan padat merumuskan mengenai kumpulan beliau Setia Band , “Tiada yang berbeza , Setia band tiada berubah , Di Indonesia semua tahu ST12 adalah Charly . Beza antara Setia band dan ST12 semua kena tunggu

Ketika mengimbas kembali pengalaman ST12 , beliau menjelaskan “Muzik Melayu pada aku sangat penting , walaupun pada awalnya ramai yang tidak mengambil berat atas usaha kami , tapi itu bukannya penamat , kerana pada awalnya kami bergerak secara ‘independent’ dalam meluaskan peminat kami kerana pada waktu itu amat susah untuk mendapat sokongan , dari asas gerakan independent itu kami telah membina peminat yang tersendiri dan seterusnya kami telah berjaya membuktikan bahwa muzik Melayu itu boleh berjaya

IMG_5185Beliau yang dilihat amat berusaha kuat dalam menyampaikan muzik Melayu yang juga digelar beliau sebagai muzik kampung sememangnya telah membuktikan ia boleh mencapai kejayaan jika kena dengan caranya “ST12adalah pelopor band yang memunculkan Melayu dan selepas itu barulah kita lihat munculnya kumpulan-kumpulan yang berasaskan Melayu seperti Wali Band etc , dan kami menjadi rujukan semenjak itu “ Jelas Charly

Ketika menjelaskan muzik Melayu sebagai muzik kampong beliau menjelaskan “Pada awalnya kami bergerak secara ‘independent’ dan daripada situ peminat-peminat muzik Melayu adalah kita sendiri yang datang daripada kampung-kampung  , kita dan orang dari kampong inilah yang mula menerima lagu-lagu melayu , jika bukan kita yang minat muzik Melayu ni siapa lagi kan?

Charly mula mengimbas perjalanan awal muzik beliau dalam menjelaskan situasi muzik ketika itu “Dulu muzik di Indonesia dikuasai oleh Jazz dan R&B , kelab-kelab dan Kafe semuanya dikuasai dan menjajah Indonesia dengan begitu hebat dengan muzik R&B ini ” lalu sambung beliau “Dan dari situ aku cuba dan membuktikan untuk membuat lagu Melayu , Malah ketika awal ST12 dulu , muzik Melayu itu dicemuh oleh orang dalam Industri sendiri

Charly yang ditemui jelas mengambil berat dan agak komited dengan muzik Melayu yang dikatakan beliau malah kejayaan beliau bersama ST12 dan juga kumpulan baru beliau Setia Band adalah bukti keyakinan beliau .

Penganjur,Pengarah Kamsol Corporation , Ismail Bin Dogol, yang ditemui mengatakan Charly Setia Band bakal membawakan 12 buah lagu , Firman juga akan tampil dengan 5 lagu dan Adira bakal membawakan 3 lagu . Adiran dan Firman bakal tampil duet dalam konsert Charly Setia Band nanti . Pemilihan Adira sebagai penyanyi Malaysia adalah keyakinan beliau dengan popularity penyanyi tersebut .

Tiket-tiket untuk konsert Konsert Kehilangan Charly Setia Band Vs Firman boleh didapati di cawangan-cawangan Rock Corner dan juga Victoria Music atau secara online di www.ilassotickets.com, dengan harga RM258 (ST Zone) / RM158 (Cat 1) / RM78 (Cat 2)

Teruskan Pembacaan ⇒
Konsert SHAHRUKH KHAN Ditangguh
Oleh nazghoul
10 Oct 2013 18:51

Shahrukh Khan

Nampaknya para peminat Shahrukh Khan terpaksa membatalkan janji temu mereka untuk bersua dengan bintang Bollywood itu.  Konsert Temptation Reloaded yang dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Konsert Tempation Reloaded: Live in Malaysia itu sebelum ini ditangguhkan ekoran masalah logistik susulan lawatan Barrack Obama ke negara ini pada 10 dan 11 Oktober. Sungguhpun Presiden Amerika Syarikat tersebut telah membatalkan hasratnya untuk mengadakan lawatan ke Malaysia, pihak penganjur tetap akan menangguhkan konsert tersebut kerana ianya tidak dapat ditarik balik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Obama menangguhkan lawatannya bagi menguruskan krisis penutupan operasi pentadbiran di Amerika.

Konsert Shahrukh Khan, Madhuri Dixit dan rapper Honey Singh kini dijadual akan diadakan sebelum April tahun depan dan tarikhnya akan diumumkan hujung bulan ini.

Pengangguhan itu diumumkan bagi pihak penganjur, 2Spicy Entertainment Sdn. Bhd. dan Hitman Solutions Sdn. Bhd melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman web jualan tiket konsert berkenaan di www.vip.my.

"(Penangguhan) ini adalah kerana isu keselamatan yang telah dibangkitkan ekoran lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia dalam siri kunjungan ke empat negara Aisa yang kebetulan terlalu dekat dengan tarikh konsert," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, lawatan berkenaan menimbulkan beberapa isu logistik yang boleh menjejaskan kelancaran penganjuran konsert berkenaan.

Penganjur konsert berkenaan juga merakamkan kekesalan atas penangguhan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, peminat yang telah membeli tiket boleh mendapatkan wang mereka semula daripada semua cawangan Rock Corner mulai 12 Oktober ini dan proses pembayaran balik akan diproses dalam masa 10 hari bekerja.

Mereka yang ingin terus memegang tiket berkenaan pula dijanjikan satu pakej ekslusif peminat pada tarikh baru konsert.Sebarang pertanyaan lanjut boleh sila hubungi +60123114601(10 pagi hingga 5 petang) atau emel: temptation@vip.my

Teruskan Pembacaan ⇒
Filem Dokumentari AEROSMITH Akan Menjajah Panggung Di US
Oleh nazghoul
09 Oct 2013 18:29

aerorockrisingsunFilem dokumentari bertajuk Aerosmith: Rock for the Rising Sun dijadualkan akan mula ditayangkan di US mulai 17 Oktober ini. Informasi ini telah disebarkan oleh pihak SpectiCast dan Eagle Rock Entertainment, selaku produser dan juga distributor.

Filem dokumentari yang sebelumnya sudah rilis dalam bentuk DVDJulai lalu, menampilkan lagu-lagu  hits seperti “Love In An Elevator”, “Livin’ On The Edge”, “Last Child”, “Walk This Way”, “Draw The Line”, “Sweet Emotion”, “Hangman Jury” dan sebagainya.

Aerosmith: Rock for the Rising Sun sendiri memaparkan penampilan Aerosmith di tujuh lokasi berbeza ketika mereka menjalankan siri jelajah Jepun pada tahun 2011. Tour yang bertemakan  Back On The Road ini digelar pasca tragedi gempa bumi, Tsunami dan krisis reaktor nuklear Fukushimayang melanda Jepun.

 

Teruskan Pembacaan ⇒
Album Terbaru TRIVIUM "Vengeance Falls" Boleh Didengar Melalui Streaming
Oleh nazghoul
09 Oct 2013 18:21

Trivium

Trivium akan segera meluncurkan album baru bertajuk Vengeance Falls yang boleh didengar secara streaming melalui website rasmi mereka, Trivium.org. mulai 15 Oktober ini. Album keenam Trivium ini mempertaruhkan lagu “Strife” sebagai single pertama.

David Draiman juga merupakan vokalis Disturbed telah dipilih untuk bekerjasama dengan Trivium dan menjadi produser di album ini. Mereka telah memulakan proses rakaman album sejak Januari lalu di Texas kini sudah boleh menarik nafas lega.  “Vengeance Falls” bakal diriliskan oleh Roadrunner Records.

Trivium yang ditubuhkan di Orlando, Florida, USpada tahun 2000 kini sudah merilis 5 buah album. Dua album mereka “Ascendancy”(2005) dan “The Crusade” (2006) telah mendapat jualan taraf gold disc. “In Waves” pula telah diriliskan pada tahun 2011, album ini telah terjual sebanyak 22000 keping di Amerika Syarikat pada minggu pertama rilisnya dan berjaya berada di kedudukan ke 13 di carta Billboard 200.

Teruskan Pembacaan ⇒
ERIC CLAPTON ... "Crossroads Guitar Festival 2013"
Oleh nazghoul
09 Oct 2013 18:15

Crossroads_2013_CD_Cover

Biarpun usianya sudah menjangkau 67 tahun, namun keupayaan gitaris yang cukup disegani seluruh dunia ini bukanlah satu titik noktah buat Eric Clapton.  Beliau yang baru sahaja selesai mengadakan persembahan di “Crossroads Guitar Festival” pada 12 dan 13 April lalu telah tampil dengan album khas untuk di dedikasikan kepada para peminatnya diseluruh dunia.

“Crosscroads Guitar Festival” bakal di muatkan dalam dua keping cakera padat selain didatangkan dalam bentuk DVDdan Blu Ray, ianya dijangka akan dipasarkan pada 18 November ini. Ketika acara tersebut diadakan Eric Clapton turut di bantu oleh beberapa pemuzik lain antaranya ialah Doyle Bramhall II (guitar), Steve Jordan (drums), Chris Stainton (piano/ keyboards), dan   Willie Weeks (bass),   Paul Carrack (organ / keyboards)  dan Greg Leisz (pedal steel guitar). Michelle John dan Sharon White  ( backing vocal )

Ini adalah tahun keempat acara “Crossroads Guitar Festival” dianjurkan, dimana buat pertama kali ianya telah dianjurkan pada tahun 2004.  Festical ini telah diadakan di Madison SquareGarden,New York.   Selain Eric Clapton, beberapa pemuzik lain turut terlibat dalam acara ini, antaranya ialah BB King.  Buddy Guy,  Jimmy Vaughan, The Allman Brothers Band,  Keb Mo,  Garry Clark Jr,  Robert Landorph, John Mayer,  Johnny Lang,  Taj Mahal, Sonny Landreth, Jeff Beck  dan lain-lain.

Suatu hal yang cukup menarik dari event Crossroads Guitar Festival adalah peluang untuk pemuzik khasnya gitaris (dengan bandnya) yang belum dikenali umum diseluruh dunia untuk tampil di acaraini. Ianya mungkin dapat dirialisasi melalui pertandingan yang dilakukan oleh Ernie Ball yang turut bekerjasama dengan Reverbnation,  GuitarCenter, Guitar World.comdanUltimate Guitar.com.

Teruskan Pembacaan ⇒
Panic At The Disco Rilis Klip Video "Girls/Girls/Boys"
Oleh nazghoul
09 Oct 2013 18:11

 

Panic! At The Disco telah merilis video klip 'Girls/Girls/Boys' . Lagu ini diambil dari album terbaru mereka yang secara rasminya telah diriliskan pada 8 Oktober lalu. “Too Weird To Live, Too Rare To Die!” adalah merupakan album studio keempat milik mereka selepas “A Fever You Can't Sweat Out (2005)”, “ Pretty. Odd. (2008)” dan “Vices & Virtues (2011)”.

Sebelum ini mereka telah meriliskan single yang berjudul “Miss Jackson (feat Lolo)”, single ini telah berjaya menduduki kedudukan terbaik di iTunes Store’s “Top Singles” dan menjadi pilihan di Modern Rock radio diseluruh dunia. 

Berikut adalah daftar lagu yang turut dimuatkan dalam album “Too Weird To Live, Too Rare To Die!”

Teruskan Pembacaan ⇒
Video Klip Terbaru Penyanyi Indonesia YUKA KHARISMA Sedang Dalam Pembikinan
Oleh nazghoul
05 Oct 2013 08:25
YUKA cd cover & music video photo 129
YUKA cd cover & music video photo 166 YUKA cd cover & music video photo 200
YUKA cd cover & music video photo 082 YUKA cd cover & music video photo 078

Penyanyi antarabangsa daripada Indonesia , Yuka Kharisma yang popular dengan lagu “Kita Harus Percaya” , kini sedang sibuk merakamkan muzik video terbaru beliau .Penyanyi dengan vocal yang kuat ini akan menyanyikan lagu ciptaan , Azlan Abu Hassan dengan lagu yang bertajuk “Dengan Tiada Luka” . penggambaran video clip beliau ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan dengan kos melebihi Rm 100 000 .

Kami sempat bertemu Yuka , beliau yang kelihatan letih kerana penggambaran yang panjang tetap ceria untuk menceritakan video clip terbaru ini “Pihak pengurusan telah mengambil pengarah Virginia Kennedy , iaitu pengarah yang telah memenangi Anugerah dalam AIMuntuk video klip Ning Baizura iaitu ”Awan Yang Terpilu” sambung beliau lagi “Saya suka banget dengan lagu Ning Baizura , malah pemilihan Virginia dilihat pihak management sangat serius apa yang dilakukan dan saya memang ingin sangat bekerjasama dengan beliau , apatah lagi konsep yang ditampilkan sangat detail

 

Menurut Yuka video klip ini bakal dilancarkan pada bulan hadapan di Malaysia , selepas itu baru akan dilancarkan di Indonesia . “Secara keseluruhan saya setuju dengan Virginiakerana beliau sangat detail” ketika beliau ditanya mengenai pendapat beliau mengenai pembikinan video klip  ini

Beliau yang baru sahaja habis membuat persembahan dalam konsert besar Jag Jazz di Indonesia , yang mana konsert besar tersebut hanya menampilkan artis-artis tempatan Indonesia , telah mengulas mengenai aktiviti terbaru beliau “untuk melihat album terbaru kami kena tengok dahulu perkembangan single ini nanti , jika ianya bagus baru kami akan rilis album” . Dengan drama sinetron yang telah berkembang di Indonesia kami telah bertanya adakah beliau pernah menerima undangan lakonan dinegara beliau , “Fokus kepada nyanyian dahulu , kalau ada kesempatan boleh juga , lagipun nyanyian , tarian dan lakonan ni kiranya dalam satu bidang juga” , nyata beliau .

Video Klip “Dengan Tiada Luka” memaparkan kisah cinta 3 segi , yang pastinya akhirnya hanya akan membawakan penderitan .

Teruskan Pembacaan ⇒
Malam Yang Panjang Bersama EMMA HEWITT
Oleh nazghoul
26 Sep 2013 08:11
Emma Hewitz Live In KL
Emma Hewitz Live In KL Emma Hewitz Live In KL
Emma Hewitz Live In KL Emma Hewitz Live In KL

Kedatangan penyanyi muda Australia , Emma Hewitz yang meningkat naik dalam dunia muzik Electronic Dance ke Kuala Lumpur pastinya amat menggembirakan peminat-peminat muzik trance di Kuala Lumpur , beliau yang sebelum ini telah menghasilkan kolaborasi dengan pelbagai DJ terkenal dunia antaranya Armin , Dash Berlin etc antara serba sedikit membuka laluan untuk beliau dikenali , malah kerjasama lagu tersebut telah berjaya mendapat tempat dicarta-carta seluruh dunia .

Konsert anjuran KC&Friends , ini bermula dengan beberapa DJ tempatan  MisterAriffin, LFS dan RVD , malam yang masih muda kelihatan penonton masih berkurangan tapi ia semakin lama semakin hangat dengan muzik yang dimainkan oleh DJ tempatan , penonton yang bertambah ramai pada waktu malamnya benar-benar bergembira .

Emma Hewitz muncul tepat pada jam 12.15 malam , para penonton yang menantikan persembahan yang agak lama gembira dengan kemunculan beliau , ia adalah klimax persembahan , ia adalah party yang tanpa henti , Emma Hewitz yang tampil dengan agak simple dan vocal yang merdu  , penonton semakin ‘enjoyable’ , memainkan lagu-lagu popular beliau antaranya “Be Your Sound” , “Waiting” , “Miss you paradise” . Beliau yang tampil dengan 2 set yang mana setiapnya adalah persembahan dalam 20 minit , Dengan penonton yang penuh dan ramai beliau  tetap memberikan perasaan yang personal kepada peminat beliau , yang mana 3 kali beliau turun ke pentas untuk peminat beliau melihat secara lebih dekat lagi .

Persembahan beliau yang turut bersama DJ lain seperti Marlo, Sean Tyas dan Jorn Van Deynhoven adalah penuh tenaga , Emma kekal dengan vocal beliau walaupun dalam persembahan live , lagu yang begitu inspirasi apabila peminat-peminat begitu teruja untuk menyanyi bersama beliau . Ia adalah malam yang sangat panjang , dengan berada dikawasan VIP , beberapa lagu tidak dapat dingati . Emma Hewitt jelas memberikan persembahan yang begitu meyakinkan .

Teruskan Pembacaan ⇒
Konsert 2 Lagenda Satukan SOFEA dan ROCKERS
Oleh nazghoul
18 Sep 2013 17:21

malamglamrockEmpayar rock bakal dicipta malah ianya akan terus mencipta revolusi muzik dalam mengembalikan kegemilangan genre muzik tersebut.  Kali ini ianya bakal dirialisasikan dalam sebuah pentas yang menggabungkan 2 negara iaitu Malaysia dan Singapura.  Apa yang istimewanya ialah kemunculan semula SOFEA / SYJ dan Rockers yang menampilkan pemuzik asal kumpulan tersebut.

Konsert 2 Legenda (Malam Glam Rock) adalah hasil kerja Rock Stone Entertainment yang berusaha keras untuk menjadikannya sebuah konsert yang tidak mungkin dilupakan.  Konsert yang bakal dilangsungkan di Stadium Chin Woo, Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur ini akan diadakan pada 3 November 2013.  Ianya dijangka akan bermula sekitar jam 8.30 malam.

Nostalgia mungkin boleh dicipta tetapi tidak mungkin akan berulang, justeru itu sebagai mengembalikan memori kegemilangan 2 buah kumpulan tersebut. Sedikit informasi dikongsikan untuk tatapan anda. Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail. Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978, manakala penggunaan nama Sofea telah digunakan secara rasmi pada tahun 1983.

Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul “Kembali”. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Pada tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yg ke-2 berjudul “Anak Liar”. Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc,kulit album terbaik,sound sistem yang baik dan sebagainya.

Pada Tahun 1989, mereka sekali lagi tampil dengan album yang berjudul “Boneka Pentas”. Pada tahun 1990 sekali lagi, Sofea telah melancarkan album mereka yg terakhir berjudul “Mimpi & Air Mata”.
1 Mei 2011 merupakan titik bersejarah kerana sofea bergabung semula walaupun bukan sepenuhnya kerana yang hadir untuk comeback 2011 line asal dan merupakan teraju utama SYJ@SOFEA dari dahulu iaitu Amir (vokalis) dan Man Rani (bassist dan 2nd vokalis) kembali aktif ke dunia seni bersama-sama dua anggota baru iaitu Nuwa di posisi gitar dan Yus dibahagian drum.

Ternyata kembalinya mereka ke persada seni muzik hampir melenyapkan kerinduan para peminat setelah hampir 20 tahun tidak beraksi di atas pentas. Sofea akan terus melangkah untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan rock yang semakin dilupakan.

Kumpulan Rockers berasal dari Singapura, ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama asalnya Killing Machine. Kumpulan itu kemudiannya menukar nama band kepada Rockers sebelum merakamkan album. Album pertama Rockers diterbitkan pada tahun 1988 berjudul Kekejaman.

Kejayaan album pertama mereka mendorong Rockers untuk menghasilkan album kedua iaitu Harakah pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, Rockers berjaya menghasilkan album ketiga mereka iaitu AndalusiaDengan hanya 3 album , Kumpulan Rockers kemudiannya menyepi pada tahun 1993 .

Lagu lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rockers adalah seperti Memori, Kekejaman, Harakah, Rayuan syaitan, Dua insan bercinta, bunga bangsa, Musnah Harapan dan banyak lagi.

Kini kumpulan Rockers masih lagi wujud dan masih aktif mengadakan persembahan.

Bagi anda yang ingin menyaksikan “Konsert 2 Legenda (Malam Glam Rock)” bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM65.00 (bagi 300 pembeli awal) dan RM70.00 sahaja (membeli di pintu masuk).  Untuk tempahan tiket bolehlah di buat dengan menghubungi Rock Stone Entertainment di talian 017-616 9855 atau 014-731 6987.  Anda juga boleh melayari facebook di perak real perak real/jefri jaafar

Teruskan Pembacaan ⇒
"The Fox" Tampilkan sisi Berbeza YLVIS
Oleh nazghoul
18 Sep 2013 17:17

thefoxNama Ylvis mungkin agak jarang diperdengarkan di telinga kita selaku peminat muzik di Malaysia, namun begitu duo yang berasal dari Bergan ini cukup popular di Norway. Ylvis merupakan pasangan adik beradik iaitu Bard dan Vegard Ylvisaker.

Mereka merupakan pasangan komedi yang cukup popular di negara asal mereka iaitu Norway, selain itu mereka juga cukup dikenali di TV Norge Network.  Ylvis mula bergiat aktif sekitar tahun 2000.  Baru-baru ini mereka telah tampil dengan sebuah klip video yang berjudul “The Fox” dan ianya telah dimuaturun di laman YouTube pada bulan ini.

“The Fox” telah diinspirasikan untuk siri TV yang berjudul I Kveld med YLVIS dan ianya diterbitkan oleh produksi StarGate.  Klip video ini telah diarahkan oleh Ole Martin Hafsmo dan telah di uploadkan oleh TV Norge YouTube pada 3 september lalu.  Dalam masa seminggu ianya telah ditonton lebih 11.4 juga orang dan lebih 57,000 komen telah diunjurkan oleh pengunjung.

Teruskan Pembacaan ⇒
THE KILLERS Rilis Album Kompilasi Terbaik Berjudul "Direct Hits"
Oleh nazghoul
18 Sep 2013 17:08

thekillers

The Killers diberitakan bakal tampil dengan album kompilasi hit terbaik mereka berjudul Direct Hits pada 11 November ini. Album ini bakal memuatkan 15 lagu hits mereka serta menampilkan dua lagu baru yang berjudul “Just Another Girl”, di mana The Killers kembali melakukan kolaborasi dengan Stuart Price, dan “Shot At The Night”, yang mendapat sentuhan Anthony Gonzalez.

Versi deluxe dari album ini akan menampilkan demo dari “Mr Brightside”, dan  “When You Were Young” yang di-remix oleh DJ yang cukup disegani, Calvin Harris.

Berikut, daftar lagu yang ada di album Direct Hits:

Teruskan Pembacaan ⇒
Warner Music MalaysiaRiliskan Album Kompilasi "Mega Pesta Indonesia"
Oleh nazghoul
18 Sep 2013 17:03

pestaindonesiaTidak dapat dinafikan kehadiran artis-artis dari Indonesia telah banyak mewarnai dan memeriahkan lagi industri muzik tanah air. Lagu-lagu dari seberang ini sering kali mendapat perhatian dan berjaya memenangi hati para pendengar di negara ini. “Mega Pesta Indonesia” merupakan sebuah album kompilasi terbaru yang mengandungi 2 keping CD serta memuatkan sebanyak 22 buah lagu dari penyanyi solo dan band dari Indonesia.

Seramai 14 artis lama dan baru telah disatukan di dalam album ini. Antaranya adalah Shae yang mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya menerusi lagu “Sayang”. Karakter vokal yang mantap dan tersendiri Once melalui “Hilang Naluri” juga tidak dapat disangkal lagi. Walaupun kali ini bergerak solo, ternyata Once mempunyai kekuatan yang tersendiri melalui lagu tersebut. D’Masiv juga turut menyumbang sebanyak tiga buah lagu di dalam album ini iaitu “Cinta Ini membunuhku”, “Rindu  ½ Mati” dan “Jangan Menyerah”.

Penyanyi muda dari Jakarta, Sheryl Sheinafia  yang baru berusia 16 tahun turut dimuatkan menerusi lagu “Bla…Bla…Bla” dan “Rasa Sunyi” yang ditulis olehnya sendiri. Lagu tema dari sebuah filem yang berjudul “Laskar Pelangi” daripada Nidji sehingga kini masih menjadi siulan para pendengar. Selain itu, sebuah lagi lagu daripada Nidji “Di Atas Awan” turut dimuatkan di dalam album ini. Bait-bait lirik yang indah di dalam lagu “Sebenarnya Cinta” dendangan dari kumpulan Letto pastinya menyentuh perasaan dan itulah yang membuatkan kumpulan ini begitu disenangi dan mudah diterima.

Selain daripada D’Masiv, kumpulan Geisha juga turut disenaraikan dengan tiga buah lagu iaitu “Kamu yang Pertama”, “Jika Cinta Ada” dan lagu hit mereka “Cinta Dan Benci”. Tidak ketinggalan, kumpulan beraliran pop rock Kotak yang popular dengan lagu “Masih Cinta”, kini dengan single terbaru mereka “Pelan-Pelan Saja”. Band yang berasal dari Bandung dan Sukabumi Kesna, juga ditampilkan dengan dua buah lagu iaitu “Pilihlah Diriku” dan “Syukuri”.

Lain-lain artis yang juga terdapat di dalam kompilasi ini adalah Erin, De. Neno, Kangen Band, Astoria dan Mantra feat. Eren. Berikut adalah senarai penuh lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album “MEGA PESTA INDONESIA”

Teruskan Pembacaan ⇒
EMMA HEWITT 'Live At KL Live' 20 Sep Ini
Oleh nazghoul
17 Sep 2013 16:04

emma

Penyanyi nombor 1 trance di dunia, Emma Hewitt bakal mengegarkan KL Live pada 20 September ini untuk "EMMA HEWITT Live In Concert 2013".

Emma Hewitt bukan lagi asing bagi peminat-peminat muzik Electronic Dance Music, ini kerana penyanyi yang berasal dari Australia ini pernah berkolaborasi dengan ramai DJ-DJ terkenal dunia seperti Armin Van Buuren, Dash Berlin, Cosmic Gate, Gareth Emery dan ramai lagi.

Setelah beberapa kali usaha sebelum ini untuk membawa masuk penyanyi berusia 25 tahun ini gagal, dan pada kali ini usaha tersebut berjaya dilaksanakan.

Emma Hewitt dijadualkan akan membuat persembahan selama 40-45 minit dan 2 set persembahan.

Selain Emma Hewitt, turut akan membuat persembahan pada malam tersebut adalah Marlo, Sean Tyas dan Jorn Van Deynhove.

Konsert "EMMA HEWITT Live In Concert 2013" ini dianjurkan oleh KC&Friends ini dijangka akan dihadiri lebih 3,000 peminat.

Tiket-tiket konsert boleh dibeli di semua cawangan Rock Corner di Lembah Klang, berharga RM88, RM128 (Pada hari konsert) dan RM208 (VIP).

Teruskan Pembacaan ⇒
FAIZAL TAHIR Bakal Gegarkan Hard Rock Cafe
Oleh nazghoul
17 Sep 2013 15:55

Bersempena dengan kemunculan album terbarunya berjudul Faizal Tahir, penyanyi rock yang mempunyai aura tersendiri ini bakal menggegarkan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk mempromosikan album tersebut.

Penonton yang hadir ke persembahan Faizal Tahir pada 22 September 2013 nanti bakal dihiburkan dengan beberapa lagu popular dari album berkenaan termasuklah Vortex, Bintang, Biar dan banyak lagi.

Untuk makluman anda, Faizal Tahir memberikan kelainan pada album ketiganya ini apabila dia mengetengahkan genre Rock Electronic yang lebih menarik.

Menurut Faizal Tahir, showcase jelajah ini amat penting buat dirinya untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat yang sering memberi sokongan selama ini. Malah, penyanyi ini juga bakal mengadakan showcase yang sama di Hard Rock Cafe Singapore pada bulan November nanti.

Selain daripada mempromosikan album terbaru saya di Hard Rock Cafe, saya juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya. Saya telah memberikan yang terbaik untuk album ini dan sekarang adalah masanya untuk menjadikan album tersebut diterima ramai.

Apa yang menariknya, band baru yang dianggotai oleh Tomok, Manifesto dikatakan akan membuat persembahan pembukaan pada malam tersebut.

Selain daripada itu, peminat juga berkesempatan membeli album berkenaan dengan harga istimewa sambil mendapatkan barangan eksklusif Faizal Tahir di showcase itu nanti.

Bagi yang berminat untuk menghadirkan diri ke showcase tersebut, anda kini boleh membeli tiket dengan harga RM60 berserta minuman sekali. Sila layari laman web www.hardrock.com/kualalumpur

faizaltahirjpg

Teruskan Pembacaan ⇒