KL Live Jalan Sultan Ismail... Pembelian Tiket
KL Life, Kuala Lumpur & 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah ... Maklumat Konsert
Maher Zain "Forgive Me" Live In Malaysia 16 JuneMaklumat Tiket
Ramli Sarip kini kembali dan bakal mengadakan konsert beliau sendiri yang bercorak amal dan kerohanianMaklumat Konsert



Talent Harvest Sdn Bhd bakal tampilkan dua buah kumpulan dari Amerika Syarikat dalam sebuah konsert yang akan berlangsung pada 30 Mei ini. WE THE KINGS adalah sebuah band yang bergenrekan muzik pop punk manakala WE ARE IN THE CROWD pula berjalurkan muzik alternative. Konsert ini dikenali dengan jenama “ We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012” akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, Car Park A.
Ini merupakan konsert sulung mereka di Malaysia, ianya juga kesinambungan sempena konsert jelajah mereka ke Asia Tenggara. Pastinya persembahan dari dua buah kumpulan ini sentiasa dinantikan oleh para peminat mereka di Malaysia. Mungkin ramai dikalangan peminat yang dahagakan persembahan secara ‘live’ band yang cukup sinonim dengan lagu-lagu seperti ‘Rumor Mill’, ‘Never Be What You Want’, dan lagu baru mereka bersama Alex Gaskarth dari kumpulan All Time Low yang berjudul ‘Kiss Me Again’ dan sebagainya.
Bersempena dengan konsert itu juga, pihak Talent Harvest Sdn Bhd turut mengundang Kumpulan Oh Chentaku, Kyoto Protocol dan Bunkface sebagai ‘opening act’. Apa yang menarik adalah, Oh Chentaku dijangka akan membuka tirai persembahan We Are The In Crowd di Singapura dan Indonesia apabila band tersebut membuat konsert jelajah di negara tersebut.
Tiket-tiket bagi menyaksikan konsert “We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live in Malaysia 2012” kini boleh didapati di Air Asia Red Tix dan kedai-kedai muzik yang disenaraikan di bawah. Harga tiket bermula dari RM68 ke atas. Rock Corner - The Gardens, Mid Valley (03-2283 4893), Mid Valley Megamall (03-2284 1423), KLCC (03-2161 9417), Subang Parade (03-5636 9520), The Curve (03-7729 6313), One Utama (03-7725 5667), Victoria Music Outlets - Sungei Wang (03-2148 7208), Amcorp Mall (03-7956 0592), Tropicana City Mall (03-7722 2955), Bangsar Shopping Centre (03-2093 1093) dan KL Life Centre (03-2162 2570).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket, hubungi Air Asia Red Tix Hotline di 03-8775 4666. Hotline beroperasi pada pukul 9 pagi-6 petang pada hari isnin-jumaat.
... ... ... Teruskan Pembacaan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KAT HASSAN mungkin nama yang agak janggal untuk disebut apatah lagi dikenali sebagai penyanyi, namun apabila berbicara tentang KAT MENTOR pasti ramai yang mengingatinya. Peserta Mentor musim kedua yang mendapat tunjuk ajar dari Datuk Siti Nurhaliza itu kini ‘bagaikan mati hidup semula’ apatah lagi kembalinya kini seolah-olah memberi tamparan hebat kepada industri hiburan tempatan. Penyanyi tinggi lampai kini tampil dengan album sulungnya yang berjudul “Menggoda”, album yang memuatkan 5 buah lagu ini menampilkan sisi lain penyanyi tersebut.
Jika dahulu Siti Khatijah Hassan yang kini genap 25 tahun usianya cukup terkenal dengan imej rockersnya tetapi kini tidak. Penampilannya tampak feminin selari dengan usia dan albumnya yang berjudul “Menggoda”.
“Selama 6 tahun Kat menyepikan diri dari dunia seni hiburan tetapi kehilangan Kat bukanlah bererti Kat sudah meninggalkan kerjaya seninya malahan Kat ‘bertapa’ bagi memantapkan vokal sebagai persiapan untuk tampil “Menggoda”dan mencari wang untuk meriliskan album ini”,ujar Kat sewaktu ketika majlis pelancaran albumnya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Sebelum ini Kat pernah membuat percubaan dengan menghasilkan single yang berjudul ‘Chiki’ namun ianya tidak mendapat sambutan kerana segelintir pihak berpendapat lagu itu terlalu asing dari kehendak pendengar masa kini. Sesudah ‘Chiki’, Kat muncul pula dengan single kedua berjudul ‘Hilang’ juga hasil ciptaan pemain gitar, komposer dan produser terkenal, Edrie Hashim. Lagu itu juga bagai dipandang sepi. Akhirnya Kat telah menemui Manusia Putih untuk mendapatkan karyanya.” Ujarnya lagi.
““Menggoda” menawarkan pelbagai konsep muzik bermula dari R&B sehinggalah balada yang pastinya bersesuaian dengan citarasa pendengar masakini, ianya dilakukan secara teliti bagi mendapatkan hasil yang paling optima dan sudah pasti ianya berbaloi dengan apa yang telah dilaburkan oleh peminat muzik tempatan”, tambahnya.
Kat Hassan bukan sekadar mampu menyanyi dengan baik tetapi mampu beraksi dihadapan kamera, buktinya bakat beliau telah digilap melalui dalam drama “Sayang Cendana” yang turut dibintangi oleh Juliana Evans diikuti “Sudu & Garfu”, “Kasih Marisha” (Misha Omar sebagai heroin), “Kasih Marisa” dan “Rumah Orang Tua Cahaya”. Kat juga turut membintangi sekuel “Lagenda Budak Setan” 2 dan 3.
“Menggoda” turut memuatkan ‘Chiki’, ‘Hilang’, ‘Senjakala’ dan ‘Lepaskan’ telah diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan ianya kini boleh didapati dipasaran tempatan. Istimewanya album ini adalah kehadiran 2 buah Video klip lagu yang berjudul ‘Chiki’ dan ‘Hilang’ yang telah diriliskan dalam bentuk DVD. “Menggoda” juga merupakan terbitan syarikatnya sendiri iaitu Kath Entertainment.
Selepas 27 tahun, penyanyi yang sering digelarkan sebagai PapaRock, iaitu Ramli Sarip kini kembali dan bakal mengadakan konsert beliau sendiri yang bercorak amal dan kerohanian. Diberi nama SADAQA sempena nama album terbarunya yang mengandungi 14 lagu-lagu pilihan lama dan baru yang berala religi, konsert 2-jam anjuran Raistar Entertainment itu nanti akan berlangsung di Dewan Konsert Esplanade pada hari Sabtu, 16 Jun 2012, jam 8.30 malam.
Album SADAQAyang dilancarkan baru-baru ini di Masjid Hasanah, merupakan usaha mengumpul dana bagi pembangunan masjid tersebut yang terletak di Teban Gardens. Konsert SADAQA dianjurkan bagi menyokong penjualan album tersebut sekaligus menjadi satu-satunya konsert amal dan kerohanian di Singapura pada tahun ini.
Menurut ikon musik Singapura Ramli Sarip sendiri, “SADAQA sebagai sebuah album dan konsert sungguh bertepatan dengan masanya. Kita juga sedang menghadapi kedatangan Ramadhan dan sedekah atau sadaqa ini merupakan antara ciri-ciri utama amalan kita sebagai umat Islam khususnya pada bulan yang paling mulia. Lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti, diharap dapat memberi pengertian dan kesan mendalam kepada para penonton terhadap hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia." Kali terakhir Ramli membuat persembahan konsert secara solo ialah “Perjalanan Hidup” pada tahun 1985 di World Trade Centre, Singapura (sekarang dikenali sebagai Harbour Pavilion).
Pada konsertSADAQA nanti, Ramli Sarip akan mempersembahkan lagu-lagu hit beliau seperti “Kau Yang Satu”, “Bukan Kerana Nama” dan “Doa Buat Kekasih”. Selain itu SADAQA juga menghidangkan lagu-lagu baru seperti “Iqra” dan “Kekasih Ku”. Konsert SADAQA juga akan menampilkan artis undangan iaitu kumpulan Raihan. Bagi Raihan, ini juga merupakan persembahan sulung mereka di Esplanade.
Bagi pihak penganjur Raistar Entertainment, pengarahnya Cik Sulaimah Abdul Kadir berkata, "Ini peluang kami untuk meneruskan konsert-konsert sulung kami sambil beramal. Kami berharap masyarakat dapat memberi sokongan hebat kepada SADAQA seperti mana kejayaan konsert-konsert kami yang lalu." Sebelum ini Raistar Entertainment telahmenganjurkan konsert-konsert solo bagi Rossa dan Alleycats, juga bertempat di Dewan Konsert Esplanade.
Tiket-tiket berharga $58, $78, $98 dan $108 boleh didapatkan di semua cawangan Sistic dan secara online dari lelaman www.sistic.com.sg. Tiket-tiket sudah pun mula dijual sejak 11 Mei 2012. Album SADAQA akan dijual semasa konsert nanti pada harga $30. Bagi tiket-tiket khas yang berharga $148 (termasuk tempat duduk khas $118 dan CD SADAQA yang telah diautograf oleh Ramli Sarip sendiri) boleh didapati secara langsung dari pihak penganjur Raistar Entertainment di talian +6582888982 atau +6593299352. Semua hasil jualan CD SADAQA yang hanya diedarkan di Singapura buat masa ini, akan didermakan kepada Masjid Hasanah.
Stesen radio Mediacorp Warna 94.2 merupakan Radio Rasmi dan Sungguh.com serta Selebriti.sg sebagai media online rasmi. Konsert SADAQA juga disokong saluran MediaCorp Suria dan ditaja oleh MCC Makan Place.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Fahmi Rais
Raistar Entertainment
Emel: fahmi@raistar.com.sg
Telefon: +65 82888982
Pioneer heavy metal dunia, Black Sabbath diberitakan bakal tampil dengan album yang menghimpunkan karya-karya Black Sabbath pada bulan Jun ini. Album yang berjudul “ Iron Man : The Best of Black Sabbath” di rancang bakal menemui para peminat sekitar 4 jun ini.
Sebanyak empat belas lagu lama yang telah dipilih sendiri oleh kesemua anggota kumpulan tersebut bagi memastikan ianya adalah sebuah album kompilasi yang cukup berkualiti. Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album itu nanti adalah seperti ‘Iron Man’, War Pigs’, ‘Changes’, ‘Paranoid’ dan ‘Sabbath Bloody Sabbath’.
Biarpun pelbagai konspirasi yang melanda pemain drum Black Sabbath iaitu Bill Ward, mereka tetap akan melaksanakan ‘tour’ dan mengadakan persembahan serta bakal tampil dengan album baru biarpun tanpa pemain drum. Lommi juga bakal tampil dalam album baru itu nanti.
Black Sabbath juga bakal beraksi di Download Festival dan konsert di Birmingham, selain itu mereka juga akan tampil di Lollapalooza 2012. Namun begitu gitarisnya iaitu Tony Iommi tidak akan turut serta dalam konsert itu nanti. Ini adalah kerana penyakit kanser paru-paru yang memaksanya untuk tidak turut serta bersama Black Sabbath dalam konsert-konsert yang jauh dari tempat tinggalnya selain memberinya rehat.
Sebagai gantinya, Black Sabbath akan tampil dalam format frontman sekaligus vokalis Black Sabbath, Ozzy Osbourne, bassist Geezer Butler, serta dibantu oleh dua gitaris handal, Zakk Wylde yang sudah pernah membantu ketika Ozzy bergerak solo, dan gitaris Guns N’ Roses, Slash. Mereka akan tampil di bawah bendera Ozzy and Friends.
Mungkin ramai yang beranggapan bulan Mei lalu merupakan bulan kebanjiran artis-artis antarabangsa mengadakan persembahan di Malaysia, malah apa yang berlaku pada bulan mei masih lagi menjadi kesinambungan pada bulan Jun. pelbagai persembahan bakal berlangsung dan Kuala Lumpur sudah menjadi lokasi yang strategik untuk para penganjur mengadakan persembahan.
Salah satu kumpulan yang bakal beraksi di KL Live Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012 nanti adalah kumpulan TRAIN. Ini adalah persembahan sulung band yang di asaskan di San Francisco dan berjalurkan muzik pop rock di Malaysia.
Train yang di anggotai oleh Patrick Monahan, Jimmy Stafford dan Scott Underwood mula popular sekitar tahun 2001 apabila mereka melancarkan single ‘Drop Of Jupiter’ yang menguasai carta muzik seluruh dunia dan ianya kekal selama setahun.
‘Drop Of Jupiter’juga menyaksikan Train menjadi kumpulan yang boleh berbangga dengan anugerah Grammy apabila membawa pulang dua gelaran pada tahun 2002.
Selepas ‘hilang’ untuk beberapa tahun, mereka akhirnya kembali pada tahun 2009 dengan single ‘Hey, Soul Sisters’ malah kemunculan mereka mengukuhkan lagi kedudukan setelah meraih kemenangan Grammy buat kali ketiga untuk Best Pop Performance By Group sekitar tahun 2011.
Konsert “Train Live In Malaysia 2012” dibawakan bersama oleh JS Concert Productions dan Fatboys . Kepada peminat yang dahagakan aksi Train bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM 288 (Rock Zone), RM198 ( Upper Tier), RM 138 (Regular) dab bagi pembelian awal anda berhak mendapatkan diskaun sebanyak 20% dan ianya hanya sah sehingga 31 Mei 2012 sahaja.
Tiket-tiket untuk menyaksikan “Train Live In Malaysia 2012” boleh didapati di Rock Corner -KLCC, The Curve, Subang Parade, One Utama, The Gardens, Midvalley, The Curve; Victoria Music Centre –Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, CawanganThe Guitar Store – Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong. Anda juga boleh mendapatkannya di KL Live
Tiket-tiket juga boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline – 03-78807999
... ... ... Teruskan Pembacaan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
TANGGAL 5 Mei yang lalu, satu konsert tempatan bertaraf antarabangsa berjaya dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah iaitu The Legendary Concert 2012 “Dulu, kini dan selamanya”
Konsert yang pertama kali menampilkan genre yang berbeza berjaya menggabungkan nama-nama besar di dalam industri tanah air seperti Raja Rock, Amy Search, Raja Pop, Jamal Abdillah, Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid serta Zainal Abidin.
Sebelum The Legendary Concert 2012 dimulakan, beberapa artis anak negeri turut membuat persembahan bagi menghangatkan suasana. Antara artis yang terlibat ialah Dyanna, Asmin Mudin, dan Clarice John Matha. Masing-masing menyampaikan sebuah lagu sebelum Alan Derick Bligh mengendalikan acara
Kehebatan konsert tersebut diteruskan tepat pada pukul 9.00 malam menerusi persembahan pembukaan oleh Jamal Abdillah. Beliau menyanyikan lagu Azura selepas disusuli gimik video klip Azura bagi mengimbau kembali tayangan video tersebut semasa pembikinan video itu diadakan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah pada suatu ketika dulu.
Jamal meneruskan persembahan beliau dengan menyampaikan beberapa buah lagu seperti Kekasih Awal dan Akhir diikuti medley iaitu Perjalananku, Gadis Melayu dan Ghazal Untuk Rabiah. Apa yang lebih menarik, Raja Pop tersebut berjaya membuat para penonton mendalami konsert tersebut dengan tiupan soprano Jimmy Sax bagi lagu Seniman Menangis yang penuh syahdu.
Salah seorang penyanyi wanita iaitu Datuk Sheila Majid ternyata tidak kekok apabila berdamping dengan tiga lagenda meneruskan giliran selepas Jamal membuat persembahan. Beliau yang kelihatan lebih tenang menyampaikan beberapa buah lagu popular beliau iaitu Warna, Pengemis Muda, Ku Mohon sebelum medley Lagenda dan Sinaran. Ratu Jazz tersebut yang bijak berinteraksi dengan penonton berjaya membuat para penonton terhibur apabila mereka berdiri daripada tempat duduk lantas bernyanyi bersama-sama untuk lagu terakhir beliau.
Para penonton yang sanggup membeli tiket yang berharga RM100, RM200, RM300 dan RM600 demi menyaksikan The Legendary Concert 2012 ternyata puas dengan persembahan yang diberikan kerana ia merupakan satu konsert tempatan yang bertaraf lima bintang diiringi pemuzik-pemuzik yang professional yang di ketuai oleh Mac Chew serta penataan cahaya yang baik.
Konsert tersebut yang mengambil masa lebih dua jam itu diteruskan lagi dengan persembahan bekas vokalis Headwind, Zainal Abidin. Beliau kelihatan berada di kelas yang tersendiri apabila menyanyikan lagu Bongkar dan Khayalan sambil bermain ‘percussion' sebelum menyampaikan beberapa buah lagu daripada kumpulan Headwind iaitu Suraya dan Memori Luka.
Pada masa yang sama, Zainal yang lebih dikenali sebagai salah seorang pencinta alam sempat berjenaka sambil memperkenalkan barisan pemuzik yang mengiringi konsert tersebut sebelum menyanyikan dua buah lagu baru beliau iaitu
... ... ... Teruskan Pembacaan
Perayaan ulang tahun kumpulan MAY yang ke-25 kini tiba ke Singapura pula. Green Media selaku penganjur konsert MAY 25th Anniversary Live In Singapore pada 19 Mei nanti memberi peluang kepada peminat-peminat MAY di sana dan juga bagi mereka di selatan Semenanjung untuk tidak terlepas peluang menyaksikan ikon Rock dan Heavy Metal Melayu tersebut.
Satu sesi “meet and greet” bersama anggota-anggota kumpulan MAY juga telah diatur oleh penganjur dan ianya dijadualkan bermula seawal 6 petang, iaitu 2 jam sebelum konsert bermula. Sesi tersebut dibuka hanya buat 50 pembeli pertama tiket-tiket untuk menyaksikan MAY 25th Anniversary Live In Singapore.
Persembahan MAY di Singapura sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat mereka di sana. MAY yang pernah merangkul anugerah album Hard Rock Terbaik selama tiga tahun berturut (2004-2006) bagi anugerah berprestij di Malaysia iaitu AIM, sebelum ini tidak pernah membuat persembahan konsert solo mereka di sana. Dengan lagu-lagu hit seperti “Sendiri”, “Cintamu Mekar Di Hati”, “Dari Kacamata” dan “Hakikat Perjuangan” dari album kedua mereka yang terlaris iaitu “Hakikat”, pastinya para peminat mereka di Singapura kian tidak sabar untuk sing-a-long bersama Mus (vokalis) dan rakan-rakannya nanti. MAY akan tampil bersama line-up klasik mereka iaitu Mus selaku vokalis, Man pada posisi drums, Yus selaku bassist dan Abu sebagai gitaris.
Walaupun pernah menggunakan penyanyi lain seperti Oney (Lipanbara) dan Yantzen (Rusty Blade) ketika Mus tidak beraksi bersama MAY dari jangka masa 1993 – 2003, penerimaan para peminat MAY tetap dengan adanya Mus sebagai vokalisnya. Mus mempunyai trademark beliau bersama MAY yang tiada tolok bandingnya, suara yang begitu sesuai dengan muzik berat yang MAY sajikan. Dalam ertikata lain, muzik Rock yang dibawakan oleh MAY adalah unik.
MAY mula muncul pada arena muzik Malaysia selepas menjuarai pertandingan Juara-Juara Rock pada 1996. Kemudiannya MAY bersama kumpulan-kumpulan lain sepert Scandals, D’Febians, Metalian dan Burnmark merakamkan 3 edisi album kompilasi Juara-Juara Rock di mana terdapat lagu-lagu hit mereka “Sketsa Sebuah Cinta” dan “Bayangan Hidup” yang masih menjadi siulan rocker-rocker sehingga kini. Sebelum merakam kan album “Hakikat”, MAY telah mengeluarkan album “Dilema” .
![]() |
| Auras sebagai kumpulan opening |
MAY 25th Anniversary Live In Singapore istimewanya akan berlangsung pada bulan Mei (May), samada satu perancangan yang disengajakan atau tidak. Istimewa bagi para peminat mereka yang kian lama merindukan kemunculan mereka. MAY dijangka membuat persembahan selama dua jam. Konsert tersebut juga akan dibuka tirai oleh sebuah band Singapura, AURAS, yang dianggotai oleh Wawan, Aliff, Nazree, Franz dan Andy. AURAS kini sedang membuat rakaman dan pelancaran album di Malaysia dengan sebuah syarikat rakaman yang ternama di Kuala Lumpur. Mereka akan membawakan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri yang akan dilancarkan buat pertama kalinya semasa konsert ini.
Tiket-tiket MAY 25th Anniversary Live in Singapore berharga S$58 dan S$88 (tidak termasuk yuran tempahan $2) boleh didapatkan dari Ticketbooth hotline di +6562962929, secara online di www.ticketbooth.com.sg,langsung dari 11 cawangan Ticketbooth (seperti Info counter di AMK Hub, Great World City, Tanglin Mall, Century Square, Downtown East, West Mall) dan 650 mesin-mesin AXS merata Singapura.
Hubungi Green Media di talian +6598253570 atau layari website www.green-media.sg untuk sebarang pertanyaan lanjut.
“King Of Pop” itulah ungkapan yang paling tepat untuk di’kalungkan’ kepada Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah. Jamal telah meraikan hari lahirnya yang ke 53 pada 7 Mei lepas beranggapan usia bukanlah penghalang untuk beliau terus berkarya, malah menurutnya beliau tidak akan bersara dari bidang nyanyian yang kini menjadi ‘rezeki’ buatnya.
Bagi meraikan ulangtahun kelahirannya Warner Music telah mengadakannya di Restoran Dareen, Solaris Mont Kiara pada 9 Mei lalu. Pelbagai acara telah di atur bagi memeriahkan majlis tersebut selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penggiat seni dan peminat.
Pada majlis yang sama juga Warner Music telah mengumumkan bahawa lagu “Aku Maafkan Kamu” kolaborasi Jamal Abdillah dan juga Malique telah mencatat jumlah yang cukup mengejutkan industri hiburan tempatan. Klip video yang terdapat di laman Youtube itu telah ditonton melebihi 3 juta penonton.
Di majlis yang sama juga, pihak Warner Music telah melancarkan klip video untuk single kedua Jamal Abdillah yang turut dimuatkan dalam album “Raja Pop 2”. Klip video tersebut berjudul ‘Bahagia Sementara’, hasil kerjasama Jamal dan Razman.
Jamal turut berkongsi rahsia peribadinya, dimana beliau pernah mencipta lagu berinspirasikan marijuana atau lebih dikenali sebagai ganja. Jamal yang pernah menjalani pemulihan dadah selama 5 tahun di Rumah Pengasih telah mengakui bahawa dia ada menyimpan lirik lagu berjudul “Kuhidu Bunga Berbisa”. Walaubagaimanapun, Jamal masih belum berfikir samada lagu itu akan dilancarkan secara rasmi kepada umum atau hanya akan disimpan secara peribadi olehnya.
Sehingga kini Jamal Abdillah masih lagi memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan. Terkini beliau akan beraksi bersama empat figura lain iaitu Zainal Abidin, Amy Search dan Dato’ Sheila Majid dalam “The Legendary Concert”.
... ... ... Teruskan Pembacaan
THE WANTED jenama yang tidak perlu dipertikaikan ini bukanlah kali pertama mereka tampil dengan sebuah album malah album yang berjudul “The Wanted” ini merupakan album ketiga mereka selepas “The Wanted”, “Battleground” dan yang terkini juga menggunakan jenama sendiri. Masih lagi teguh pada paksi elektro pop sebagai platform muzik mereka.
Lagu “Glad You Came” kini telah mula meniti anak tangga carta Billboard Hot 100, apa yang lebih membanggakan lagu tersebut kini berada sebaris dengan LMFAO dan Maroon 5. Malah ianya merupakan ‘killer songs’ untuk album ini. Album yang telah diriliskan diseluruh dunia pada 24 April lalu ini adalah merupakan edisi istimewa. Ianya memuatkan 10 buah lagu menariknya mengenai album ini adalah 7 daripada lagu yang terdapat dalam album ini telah dipilih daripada 2 buah album yang pernah diriliskan sebelum ini.
“The Wanted” telah mendapatkan khidmat penerbit dan penulis lirik Steve Mac yang pernah menghasilkan karyanya bersama Westlife, One Direction dan Kelly Clarkson. Namun begitu mereka masih mendapatkan nasihat Diane Warren dan Claude Kelly, ‘The Wanted’ juga menyaksikan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kelima-lima remaja iaitu Tom Parker, Max George, Nathan Sykes, Jay McGuiness dan Siva Kaneswaran bagi memastikan album ini benar-benar berkualiti.
‘The Wanted’ juga dilihat sesuatu yang cukup berbeza dengan mana-mana kumpulan seumpama mereka. Vokal yang harmoni sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada band itu sendiri. Terdapat banyak lagu yang mengajak pendengar untuk menghayati sehingga ke trax terakhir, lirik yang bermotifkan cinta masih menjadi ‘trend’. ‘All Time Low’ dihiasi dengan wirama elektronik yang cukup rancak biarpun diselangi irama perlahan namun tidak membosankan. Sekiranya anda inginkan lagu yang berjalurkan balada, saranan saya anda dengar lagu ang berjudul ‘Heart Vacancy’. Manakala ‘Warzone’ pula merupakan lagu yang mengimarahkan wirama pop yang sedikit perlahan.
Rumusannya, ‘The Wanted’ pasti akan membuat anda terus setia untuk terus menghayati dan sesuai didengar samada didalam kereta yang dilengkapi sistem audio yang hebat. Album ini sudah berada dipasaran tempatan. Pastikan anda membeli yang asli, kerana terdapat peraduan yang membolehkan anda memenangi barangan ‘istimewa’ daripada THE WANTED.
... ... ... Teruskan Pembacaan
Kumpulan Bumiputera Rockers atau BPR adalah sebuah kumpulan yang cukup dikenali ramai setelah menyertai “Pesta Hiburan Kingsway”. Bumiputra Rockers dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Joey (penyanyi), Awang (gitar), Harun (gitar), Yem Bai (bass) dan Enal (dram) merupakan sebuah kumpulan pop/hard rock yang berasal dari Johor Bahru.
BPR adalah gabungan dari bekas pecahan kumpulan saperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times, kumpulan ini diilhamkan oleh Ramli Sarip dan diurus oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity.
Setelah setahun menimba pengalaman menyanyi di fun fair, mereka nekad untuk bergelar artis profesional. Ini bermula apabila BPR menerima tawaran daripada syarikat ItoProds yang dimiliki oleh penyanyi Ito dari kumpulan Blues Gang. Album yang diedarkan oleh syarikat Life Records ini diterbitkan pada tahun 1987 diberi judul Selamat Pagi Malaysia mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Kemudian BPR mula bekerjasama dan mendapat sentuhan berbisa daripada komposer Datuk M Nasir. Menerusi sentuhan M.Nasir, nama BPR mula dikenali dan lagu mereka menjadi popular. M Nasir telah menghasilkan lagu yang cukup bagus bermula dengan album BISA yang diterbitkan pada tahun 1988. Lagu ‘Seribu Tahun Takkan Mungkin’ ciptaan M.Nasir telah melonjakkan nama BPR sebaris dengan kumpulan rock lain.Selain lagu tersebut, BPR turut dikenali dengan lagu-lagu lain yang juga cukup berhantu seperti, ‘Air Mata Jernih’, ‘Aku Hanya Serangga’, ‘Harum Subur Dihati’ dan sebagainya.
Namun setelah hampir 27 tahun bersama mengharungi suka duka sebagai sebuah kumpulan, BPR terpaksa melepaskan penyanyi mereka iaitu Joey apabila beliau mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. Keputusan Joey ini tidak mendapat halangan dari syarikat Life Records yang menaungi BPR selama ini namun Joey hanya boleh menggunakan nama beliau sahaja tanpa melibatkan atau menggunakan nama BPR baik untuk single, album serta sebarang persembahan pentas.
Untuk sementara sebelum BPR mendapat penyanyi pengganti, sekiranya mereka mendapat jemputan untuk membuat persembahan, BPR akan tampil bersama penyanyi jemputan seperti Ijam vokalis kumpulan Medicine ataupun Bagio vokalis Damasutra.
Namun bagi Awang BPR dan anggota yang lain, perjuangan BPR tetap akan diteruskan. Mereka kini sedang mencari penyanyi baru bagi menggantikan Joey. Beberapa sessi uji bakat turut diadakan untuk mencari penyanyi yang sesuai. Life Records dan BPR turut membuka peluang kepada yang diluar sana untuk menghantar demo suara atau mencuba nasib untuk menjadi penyanyi BPR. Demo suara tersebut boleh dihantar ke Life Records, No 66-68 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur atau Studio Awang BPR yang beralamat di No 15-2B, Jalan Pandan Indah 4/32, Taman Pandan Indah Kuala Lumpur.Sesiapa yang berminat juga boleh hubungi Awang BPR untuk temujanji uji bakat di talian 03-89323124.
... ... ... Teruskan Pembacaan
Akhirnya desas desus yang mengatakan bahawa Jason Mraz bakal beraksi Malaysia kini terjawab. Malaysia merupakan persinggahannya bersempena dengan siri jelajah dunia. Konsert yang diberi nama “Love Is A Four Letter Word” ini diadakan bersempena kelahiran album terbaru beliau. Konsert bersejarah ini akan diadakan pada 19 Jun 2012 dan Stadium Merdeka telah dipilih sebagai lokasi konsert berlangsung. Jason Mraz bakal beraksi bersama band pengiringnya dan konsert ini boleh diklasifikasikan sebagai hadiah buat peminatnya di Malaysia.
MIX FM telah dipilih sebagai radio rasmi untuk konsert tersebut dan ianya turut dibantu oleh Hitz FM, ERA FM dan My FM. Pelbagai aktiviti bakal dianjurkan oleh pihak penganjur dengan kerjasama stesen radio tersebut, antaranya ialah peluang untuk memenangi tiket konsert dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Jason Mraz melalui ‘meet and greet’ yang bakal diadakan nanti. Selain itu para pendengar juga berpeluang untuk menemubual Jason Mraz yang berada di Amerika Syarikat secara langsung.
Pihak penganjur juga akan mengadakan peraduan untuk peminat memenagi ‘Backstage Pass’, dimana ianya TERHAD kepada 8 penonton bertuah sahaja. Setiap pembeli tiket untuk menyaksikan konsert “Love Is A Four Letter Word” berpeluang untuk menyertainya. Caranya cukup mudah dimana setiap pembeli tiket ke 200 sehingga 1600 (200, 400, 600, 800, 1000, 1200, 1400 dan 1600) masing-masing bakal memenangi SATU eksklusif ‘Backstage Pass’ serta dapat menemui Jason Mraz dengan lebih dekat. Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert tersebut mula dijual mulai 10 Mei melalui AirAsiaRedTix.
Sekiranya anda adalah peminat fanatik Jason Mraz anda bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM235 dan RM75 (free seating – Terrace) manakala bagi mendapatkan tempat duduk atau Arena anda bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada AirAsiaRedTix Hotline: 03-8775 4666
Tiket-tiket boleh didapati si semua stesen Rock Corner di The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2283 4893), Mid Valley (TEL: 03 - 2284 1423), KLCC (TEL: 03 - 2161 9417), Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520), The Curve (TEL: 03 - 7729 6313) dan One Utama (TEL: 03 - 7725 5667). Selain itu ianya turut dijual di cawangan Victoria Muzik di Sg Wang (TEL: 03 - 2148 7208), Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592), Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955) dan BSC (TEL: 03 - 2093 1093) serta KL Life Centre (TEL: 03 - 2162 2570)
Konsert Jason Mraz “Love Is A Four Letter Word” adalah anjuran Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. and Live Limited dan ianya mendapat kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sony Music Malaysia telah mengadakan sesuatu yang cukup eksklusif, ianya dilakukan kerana Directioners Malaysia adalah 'amaZayn'! Ianya bakal menjadi hari yang penuh keseronokan untuk semua Directioners untuk mendapatkan barangan eksklusif One Directions. Ianya digelar ‘Up All Night: The Live Tour’ DVD pre-sale, imported official 1D merchandise beserta lain-lain permainan dan aktiviti.
Berikut adalah peluang anda untuk mendapatkan satu salinan ‘Up All Night: The Live Tour’ sebelum ia memecah pasaran, DVD tersebut hanya berharga RM40.00 . DVD yang berdurasi 73 minit ini memaparkan konsert 1D yang difilemkan pada Januari tahun ini malah ianya memuatkan semua lagu yang terdapat dalam album mereka “Up All Night” termasuk beberapa lagu cover serta foottage yang cukup eksklusif.
Selain itu, para peminat juga boleh mendapat single CD yang mengandungi lagu ‘One Thing’ dan ‘ I Should Have Kissed You’, CD tersebut hanya berharga RM10 dan ia adalah TERHAD.
Bukan itu sahaja! Pihak Sony Music Malaysia juga mahukan ANDA membuat buku skrap One Direction, 3 buku skrap yang terbaik akan dihantar ke UK. Ini menunjukkan dedikasi anda kepada mereka dan datang dengan buku skrap yang paling kreatif. Pastikan anda menemui wakil Sony Music Malaysia pada hari Sabtu, 26 Mei 2012, jam 3 petang di Cathay Cineplex, E @ The Curve. Untuk keterangan lanjut bolehlah lawati www.facebook.com/sonymusicmy atau http://www.onedirectionmusic.com/my
... ... ... Teruskan PembacaanDengan album terbaru Rihanna “Talk That Talk” mencecah jualan multi platinum dihampir seluruh Eropah dan dengan status Gold untuk lebih 14 negara seluruh dunia . Rihanna yang seringkali diselubungi kontroversi telah terus memukau peminat diseluruh dunia .
Terbaru muzik video beliau yang terbaru iaitu “Where Have You Been” telah mencipta rekod di youtube dengan 4.93 juta tatapan hanya dalam masa 24 jam .
... ... ... Teruskan Pembacaan
WE WOULD LIKE TO INVITE YOU TO THE LEGENDARY CONCERT DATED AS FOLLOWS:
PENANG PISA STADIUM ON 19 MAY 2012
JOHOR BAHRU MPJB STADIUM TERTUTUP ON 26 MAY 2012
KUALA LUMPUR STADIUM MERDEKA ON 30 JUNE 2012
WE ARE OFFERING RM 100 & RM 200 BUY ONE FREE ONE TICKET FOR ALL THE ABOVE CONCERTS.
FOR RM 300 AND RM 600 TICKETS, 15 % OFF DISCOUNT.
CALL US AT 012- 2166873
... ... ... Teruskan Pembacaan
“Love Is A Four Letter Word” merupakan album terbaru dari Jason Mraz, album yang menyaksikan perkembangan konsisten penyanyi yang cukup terkenal dengan konsep popnya, malah ianya lebih hebat berbanding album pertamanya yang berjudul “Waiting For My Rocket”.
Jason masih lagi ingin membuktikan kepada umum bahawa beliau mampu menulis lirik dan menghasilkan melodi melalui lagu-lagu yang diciptanya. Apa yang pasti sandaran beliau terhadap karyanya masih mampu ‘dijiwai’ oleh penggemarnya. Walaubagaimanapun kekuatan lirik terhadap lagu ‘Frank D Fixer’ dan ‘The Freedom Songs’ dirasakan terlalu ringan tanpa unsur-unsur ‘metafora’ tidak seperti lagu-lagu lain.
“Love Is A Four Letter Word” memaparkan muzik dan lirik yang cukup ‘santai’ dan senang untuk dihayati, pendekata gabungan folk dan sedikit elemen jazz memberikan kelainan pada melodi yang diinspirasikan. Manakala untuk lagu ‘ The World As I See It’ dan “Be Honest – feat Inara George’ sedikit berbeza kerana ianya menampilkan akustik gitar. Sekiranya anda suka kepada melodi yang harmoni dengan instrumen organ, saranan saya dengarkan lagu ‘Who’s Thinking About You Now?’ dan ’93 Millions Miles’.
Bagi edisi ‘deluxe’, album ini turut memuatkan lagu ‘The World As I See It’ dan ‘The Women I Love’ yang dirakam secara live begitu juga dengan lagu yang berjudul ‘You Fckn Did It’ serta ‘I Never Knew You’. Kesemua lagu tersebut tidak akan terdapat pada album biasa. Ini adalah antara keistimewaan jika anda memiliki edisi ‘deluxe’. Selain itu ianya juga turut mengandungi ‘I Won’t Give Up’ versi demo.
Secara keseluruhannya, “Love Is A Four letter Word” mempunyai sedikit kelainan daripada album sebelumnya. Bagi peminat yang baru mengenali Jason Mraz dan tidak memiliki album sebelumnya pastinya anda merasa janggal apatah lagi memberikan sebarang komentar untuk album ini namun ‘spirit’ yang mengambarkan bahawa lagu itu adalah milik Jason masih lagi kedengaran. Saranan saya sekiranya anda inginkan sedikit ketenangan dan masih mencari-cari album apakah yang wajar dibeli minggu ini...Jason Mraz “Love Is A Four Letter Word” adalah jawapannya.
Mungkin ramai di kalangan pencinta muzik di Malaysia agak ‘janggal’ apabila nama CHRISTINA PERRI diperkenalkan, namun ironinya itu hanyalah sebilangan kecil sahaja. Christina Perri merupakan seorang penulis lagu dan penyanyi yang sedang mencipta nama, malah lagunya yang berjudul ‘Jars Of Hearts’ kini mula menjajah minda peminat muzik tempatan. Sekiranya anda penggemar filem tegar yang sudang seringkali menyaksikan kehebatan filem “Twilight” pastinya anda dibuaikan dengan lagu yang menjadi tema kepada filem tersebut. Itulah hasil karya Christina Perri, kini bintang yang mula menyinar itu bakal beraksi di KL Life, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Konsert yang bakal berlangsung pada 7 Jun 2012 itu bakal bermula pada jam 8.30 malam.
Karier Christina Perri bermula sekitar bulan Julai 2010, bakatnya mula bersinar setelah singlenya yang berjudul ‘Jar Of Hearts’ telah terpilih menjadi lagu tema untuk program “So You Think You Can Dance”. Karyanya telah mencetuskan revolusi baru dalam arena muzik antarabangsa, apatah lagi ianya telah di muat turun melebihi satu juta. Perri akhirnya diterima untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat Atlanctic Records. Bermula dari detik itulah Christina Perri terus dikenali diseluruh antarabangsa.
“Christina Perri Live In Malaysia” adalah sebuah konsert anjuran bersama dan dipromosikan oleh JS Concert Productions dan Fatboys. Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert tersebut mula dijual sejak 16 April lalu. Harga tiket adalah RM 258 (Rock Zone); RM188 (Upper Tier), RM 98 (Regular).Anda bolehlah mendapatkan tiket-tiket di Rock Corner-KLCC, The Curve, Subang Parade, One Utama, The Gardens, Midvalley, The Curve; Victoria Music Centre-Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, cawangan Kedai Gitar - Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong dan di KL Live. Tiket juga boleh didapati di www.ticketpro.com.my. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian Hotline - 03-78807999.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Gambar oleh:Na-Kimura
Konsert Rock Mania Live in Singapore, konsert outdoor Rock Melayu terbesar pernah diadakan di Singapura, terus hangat persiapannya. Sebulan menjelang berlangsungnya konsert tersebut, pihak penganjur iaitu D’Touchz International telah mengadakan sidang media konsert tersebut bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur. Kecuali Mus (MAY), semua barisan artis lain yang bakal terlibat di dalam konsert tersebut telah menghadirkan diri mereka pada sidang media tersebut.
Pada petang 4 Mei lalu, Nash (Lefthanded), Man Bai (Gersang), Bandi (Amuk), Jmie (Screen), Ally (Axl’s), Rahmat (Mega), Joey (BPR), Bagio (Damasutra), Yantzen (Rusty Blade) dan Ali (Terra Rossa) telah dikumpulkan di Hard Rock Café Kuala Lumpur. Tidak seperti sidang media biasa sesebuah konsert, sidang media tersebut juga turut dihadiri oleh para peminat, mereka yang menjadi ahli kelab VIP D’Touchz International dan telah mengikuti rombongan penganjur dari Singapura.
Sidang media yang diacarakan oleh dua DJ popular iaitu Aura Shai dan RZ dari stesen radio Melayu Singapura - Ria FM, dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah sempena mengingati Allahyarham Bob Kuman yang telah meninggal dunia sehari sebelumnya. Ini disusuli dengan bacaan doa selamat pula yang dibacakan oleh Nash. CEO D’Touchz International, Encik Adi Suhardi kemudiannya membuat ucap mula dan memberitahu sedikit sebanyak mengenai konsert Rock Mania Live in Singapore, mengenai lokasinya, peruntukkan masa bagi setiap artis membuat persembahan serta memberi gambaran tentang konsep santai dan mesra keluarga yang bakal dinikmati para pengunjung konsert itu nanti.
Selainnya,adalah suasana gamat dengan senda gurau, usik-mengusik sesama artis yang ada. Jelas dilihat ikatan persahabatan antara mereka yang kini bergelar rockers-rockers otai begitu mesra sekali. Undian bagi menentukan giliran artis yang akan membuat persembahan pada 2 Jun nanti turut telah diadakan. Menjawab pertanyaan pihak media Ali (Terra Rossa) menjelaskan persembahan beliau kelak adalah di atas tiket Terra Rossa dan bukannya XPDC, namun beliau tidak menolak kemungkinan akan turut menyanyikan lagu-lagu beliau bersama XPDC juga di atas permintaan peminat. Yantzen pula mengesahkan, beliau turut akan menyanyikan juga lagu-lagu beliau bersama Rusty Blade nanti. Di atas permintaan seorang peminat, kesemua artis yang hadir telah menyanyikan beberapa rangkap lagu-lagu hit mereka pada sidang media tersebut, menjadikan suasana bertukar seperti satu show mini-akustik.
Rock Mania Live in Singapore kelak dijadualkan bermula pada 3 petang, dan bukannya 5 petang seperti yang tertera pada poster asal konsert tersebut. Ini bermakna, peruntukkan masa yang lebih telah diberikan kepada setiap artis bagi persembahan mereka. Antara mereka ada yang sudah agak lama tidak membuat persembahan di Singapura dan hasil maklum balas yang diterima, para peminat di Singapura amat rindukan untuk menyaksikan persembahan mereka secara live di sana. Konsert dijadualkan akan dimulakan oleh tiga kumpulan dari Singapura iaitu Revolusi, Klutz dan Rockvival – tiga pemenang dari sesi satu ujibakat yang telah diadakan oleh D’Touchz International baru-baru ini khas untuk menjadi pembuka acara Rock Mania Live in Singapore.
Antara lain maklumat terkini yang diperolehi daripada sidang media tersebut, bagi mereka di Malaysia yang ingin membeli tiket konsert Rock Mania Live in Singapore, mereka boleh menghubungi Triple Network Solutions, iaitu syarikat milik Lan Kristal dengan menghubungi: Farina : 012-3770579 atau Sheila : 017-2332243. Mereka juga boleh datang terus ke pejabat Triple Network Solutions yang bertempat di:-
Bila terlihat nama Man Bai tersenarai antara 11 vokalis Rock bagi konsert Rock Mania Live in Singapore, satu konsert besar-besaran anjuran D’Touchz International yang bakal berlangsung pada 2 Jun nanti di Singapura, adalah menjadi satu impian saya untuk menemui penyanyi tersebut secara personal dan membuat wawancara dengan beliau. Makanya, pada 4 Mei, tatkala berlangsungnya sidang media konsert tersebut di Hard Rock Café Kuala Lumpur, kesempatan sedemikian tidak saya lepaskan.
Man Bai, serta band beliau Gersang lama sudah bertapak di hati saya. Malah, pada awal penglibatan diri saya sendiri dalam bermain muzik secara kumpulan pada lewat 80’an, lagu-lagu hit Gersang seperti “Masih Aku Terasa” mahupun“Suratan Takdir” menjadi lagu-lagu wajib saya mainkan pada sesi jamming. Soalan pertama pada saya pada Man Bai pastinya mengenai status Gersang… Dengan nada yang serius tetapi penuh fokus menghadapi temubual tersebut Man Bai menyatakan bahawa Gersang masih ada! Satu jawapan yang saya dan pastinya para peminat Gersang yang lain sambut dengan rasa gembira. Lebih menggembirakan apabila Man Bai mengatakan reunion Gersang kali ini adalah bersama line-up klasik mereka, bermakna Kid (Search) berada pada posisi gitar utama. Gersang pernah bersatu semula dua tahun yang lalu, beraksi pada satu konsert, namun setakat itu sahaja.
Bercakap mengenai perancangan beliau bagi reunion Gersang tersebut, Man Bai menjelaskan ianya adalah untuk rakaman album. Walaupun sedari bahawa pasaran jualan album mengalami kemerosotan pada era ini, namun Man Bai tidak berapa ambil kisah tentang itu. Rilisnya album terbaru Gersang nanti adalah untuk memberitahu kepada umum bahawa Gersang masih wujud!
Bila diajukan soalan mengenai kemungkinan bermain konsert pula, Man Bai mula berfalsafah, bermadah… meluahkan teori-teori beliau mengenai bukan sahaja diri sendiri dan Gersang, malah industri muzik di Malaysia secara amnya. Topik yang pada awalnya biasa sahaja, menjadi sesuatu yang serius dan diajak kita berfikir tentang benarnya pendapat dari dalaman minda dan naluri Man Bai. “Saya sudah letih” … begitu ujar Man Bai. Sebab utama beliau berkata begitu adalah soal sama ada nama Man Bai itu masih diterima lagi atau tidak di dalam industri muzik kita. Mengenai konsert Rock Mania Live in Singapore nanti Man Bai menerima undangan tersebut kerana keprihatinan beliau bahawa ribuan peminat-peminat beliau di negara repablik tersebut sudah lama ingin melihat beliau beraksi. “Last saya membuat persembahan di Singapura adalah 5 tahun lalu, tapi itu pun show kecil-kecilan sahaja” ujar Man Bai. Bagi Rock Mania Live in Singapore nanti Man Bai mengesahkan bahawa beliau akan menyampaikan lagu-lagu Gersang dan lagu “Kau Ilhamku” dari album solo beliau. Masih bercakap mengenai persembahan secara live dan beberapa kali juga beliau bercakap mengenai keletihan beliau, Man Bai menyifatkan, sebagai seorang penyanyi yang berjaya, seseorang itu harus membuat konsertnya sendiri dan bukan melibatkan diri dalam show-show korporat sambil merujuk kepada seorang penyanyi terkenal. “Show-show memang banyak pada masa ini, tapi banyak free show” jelas Man Bai lagi mengukuhkan kenyataan beliau mengenai faktor letih. Pada tahap yang beliau kini berada, show-show sedemikian mungkin ada baiknya bagi artis-artis realiti TV yang kian ramai berada di dalam industri muzik kita.
Perbualan kami seterusnya adalah mengenai artis realiti TV. Man Bai terus serius berbicara dan menerangkan bahawa realiti TV hanya
Pemenang Anugerah Grammy sebanyak 7 kali, USHER telah mengumumkan kepada umum mengenai single terbarunya yang berjudul ‘Scream’. Single itu bakal dimuatkan dalam album terbarunya “Looking For Myself”. Ianya akan boleh didengar melalui iTunes dan semua pembekal digital. ‘Scream’ telah diilhamkan oleh Usher Raymond dan mendapat kerjasama Max Martin, Shellback dan Savan Kotecha.‘Scream’ adalah kesinambungan daripada single terdahulu ‘Climax’ juga bakal dimuatkan dalam album terbarunya. “Looking For Myself” bakal diriliskan pada 12 Jun melalui RCA Records.
Berikutan daripada prestasi yang cukup membanggakan sewaktu mengadakan persembahan di Coachella bersama David Guetta minggu lepas, Usher turut dicalonkan untuk 3 anugerah di Billboard Music Awards termasuk anugerah Top Streaming Single dan Top Dance Song melalui lagu ‘Without You’ kolaborasi David Guetta dan Top Latin Song, ‘Promise’ duet bersama Romeo Santos. Ianya merupakan kerjasama hebat yang bakal dimuatkan dalam album “Looking For Myself”.
Usher juga telah disenaraikan oleh RIAA sebagai salah seorang artis yang paling laris dalam sejarah muzik Amerika, albumnya telah terjual melebihi 43 juta keping diseluruh dunia. Usher telah memenangi pelbagai anugerah termasuk tujuh Anugerah Grammy dan baru-baru ini telah dinamakan sebagai nombor 1 Hot 100 artis dekad 2000-an. Billboard menamakan beliau artis kedua yang paling berjaya pada dekad 2000-an. Usher telah mencapai 9Hot 100 nombor satu hits (sebagai artis utama) dan 17Hot 100-10 single.
... ... ... Teruskan Pembacaan
ColumbiaRecords telah mengumumkan bahawa album terbaru John Mayer bakal diriliskan pada 22 Mei ini. Penyanyi dan penulis lirik yang pernah memenangi anugerah Grammy ini bakal tampil dengan album yang berjudul “Born and Rise”. Single pertama yang turut dimuatkan dalam album ini, ‘Shadow Days’ kini boleh didapati di iTunes.
John Mayer sendiri akan bertindak sebagai Penerbit untuk album ‘Born and Rised” dimana beliau yang mempunyai pengalaman ketika bekerja dalam kerja-kerja penerbitan untuk album Rolling Stones, BB King dan Bonnie Raitt. Manakala lagenda rock, David Crosby dan Graham Nash pula akan mengisi ruang-ruang dibahagian vokal untuk album ini. Tidak terhenti setakat itu, “Born and Rised” juga turut mendapat khidmat Chuck Leavell selaku kibordis, Chuck juga pernah terlibat untuk pembikinan album Rolling Stones, Eric Clapton dan The Allman Brothers Band. Sean Hurley akan berada diposisi bass dan Harun Sterling akan memikul tanggungjawab selaku pemain drum. Penampilan khas Jim Keltner untuk bermain gendang pada lagu ‘Something Like Oliva” juga merupakan ‘kelainan’ yang cuba dilakukan oleh Mayer. Sebagai persiapan ketika melakukan siri jelajah nanti, John Mayer bakal mendapatkan khidmat David Ryan Harris pada gitar dan vokal, Doug Pettibone gitar dan MichitoSanchez pada perkusi.
Sebelum ini John Mayer pernah tampil dengan album “Room For Squares”, “Heavier Things” dan “Continuum and Battle Studies” telah terjual melebihi 12 juta keping. Setakat ini John Mayer telah menerima tujuh Anugerah Grammy dan tambahan 11 pencalonan. Beliau juga telah dimasukkan dalam Time Magazine dan tersenarai antara 100 pemikir pemimpin yang paling berpengaruh, kontemporari, artis dan penghibur.
Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album “Born and Rised” adalah Queen of California, The Age of Worry, Shadow Days, Speak for Me, Something Like Olivia, Born & Raised, If I Ever Get Around To Living, Love is a Verb, Walt Grace’s Submarine Test, January 1967, Whiskey, Whiskey, Whiskey, A Face To Call Homedan Born & Raised (Reprise)
... ... ... Teruskan Pembacaan
The YouTube Stars merupakan satu festival muzik yang unik yang bakal menampilkan barisan bakat-bakat sensasi yang dicungkil melalui YouTube di atas satu pentas. Ianya merealitikan betapa penyanyi-penyanyi yang sebelum ini hanya dapat dilihat bakat mereka hanya secara online, kini dapat juga dilihat aksi mereka secara live di atas pentas. Festival tersebut akan menggabungkan penyanyi-penyanyi YouTube antarabangsa dan tempatan, mereka telah memperolehi viewership rating yang tinggi di YouTube. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah pun menyaksikan penyanyi-penyanyi sensasi YouTube yang mana bakat mereka telah disaksikan berjuta-juta pengunjung ke laman web tersebut. Mereka juga telah berjaya membina fan base di serata dunia, termasuklah Singapura.
Barisan menarik mereka-mereka yang akan mengadakan persembahan di The YouTube Stars nanti adalah David Choi (USA), Tiffany Alvord (USA), Joseph Vincent (USA), Jason Chen (USA), Ana Free (UK) dan Clo (Singapore). Simon Nasser, Pengurus Warner Music Singapore menjelaskan pihaknya begitu gembira mendapat sokongan dan kebenaran dari YouTube bagi acara itu berlangsung. Beliau mengharapkan, The YouTube Starsakan menjadi satu platform bagi penyanyi-penyanyi yang terlibat untuk pergi jauh lagi untuk beraksi pada konsert-konsert berskala besar dan mengadakan tour samada di serantauan mahupun antarabangsa.
Warner Music Singapore bergabung dengan Music and Movement menganjurkan The YouTube Stars. Menurut Lim Sek, Pengurus Music and Movement pula, YouTube kini menjadi platform baru bagi pasaran muzik di mana seseorang pemuzik itu dapat dilihat dan didengari secara global. Ramai anak muda kini melakukannya dan The YouTube Stars nanti menampilkan beberapa artis popular yang dicungkil melalui YouTube, baik tempatan mahupun antarabangsa. Adalah menjadi harapan beliau, melalui konsert tersebut, lebih ramai warganegara Singapura akan dipengaruhi untuk memperlihatkan bakat mereka melalui YouTube.
YouTube adalah halaman web yang ketiga terbanyak dilayari di dunia dengan 3 juta pengunjung dan video-uploads selama 35 jam setiap hari. Di Singapura sahaja, 1.7 juta pengunjung setiap bulan telah dicatatkan. Ini adalah 60 % daripada komuniti online di sana.
YouTube Singapore telah dilancarkan pada 20 Oktober 2011 yang lalu. Ianya menjadi platfom hiburan secara online yang terbesar di Singapura di mana pengguna dapat menikmati seleksi video yang terbesar serta berkolaborasi sesama sendiri untuk berkongsikan kreativiti mereka.
Anthony Zameczkowski, ketua Music for YouTube APAC berkata, "YouTube merupakan platfom bagi menampilkan artis-artis yang baru naik kepada mata dunia. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Warner Music Singapore bagi penganjuran konsert pertama mereka di Asia dan para pemuzik yang telah menggunakan YouTube dalam membina fanbase mereka secara internasional.”
Syarikat Telco Starhub pula, yang menaja acara tersebut, melalui pengurus pemasarannya, Encik Ng Long Shyang berkata konsert tersebut adalah satu program yang dapat menyuntik semangat anak muda dalam meneruskan impian mereka. Starhub mempunyai ramai pelanggan muda remaja yang menggunakan khidmatnya untuk melalui arus kehidupan yang digital. Objektif utama The YouTube Stars adalah selari dengan
... ... ... Teruskan Pembacaan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Surf Beach, Sunway Lagoon, Kuala Lumpur menjadi saksi utama kehebatan band yang berasal dari California, USA. Avenged Sevenfold lebih dikenali sebagai A7X telah memukau lebih 15 ribu peminat setia mereka di Malaysia pada 29 April lalu. Persembahan tanpa henti selama 1 jam 30 minit itu ternyata cukup energetic dengan aksi-aksi bersahaja daripada A7X. Kumpulan yang ditubuhkan sekitar tahun 1999 ini cukup terkenal dengan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Bat Country’, ‘Afterlife’, ‘So Far Away’ dan sebagainya.
M.Shadows, Zacky Vengeance, Synyster Gates dan Johnny Christ adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan peminat mereka di Malaysia amnya dan peminat muzik metalcore dan heavy metal berpuashati dengan persembahan yang mereka tampilkan. Konsert yang dipersembahkan oleh Tune Talk dan dijayakan bersama oleh JS Production dengan kerjasama Fat boys boleh dianggap satu impian yang menjadi kenyataan. Para peminat mula membanjiri ruang masuk taman tema Sunway Lagoon sejak dari awal petang .Rata rata peminat yang hadir adalah dikalangan anak muda yang begitu teruja dengan kehadiran kumpulan kesayangan mereka. Penantian selama 1 jam cukup bermakna bagi peminat A7X .
Aksi A7X ternyata menarik minat penonton yang hadir dimana petikan gitar dari Synyster Gates serta vokal yang mantap dari M.Shadowns. Tidak kurang dengan itu, kumpulan ini turut menyampaikan beberapa lagu hits mereka dari Album pertama hingga terkini. Antara lagu terbaru kumpulan ini adalah seperti ‘Nightmare’ , ‘Welcome To The Family’ dan ‘So Far Away’ yang dipetik dari album kelima mereka.
Antara detik menarik di Konsert ini adalah penonton yang hadir melakukan “Mosh” yang terbaik pernah dilihat oleh A7X. Keghairahan penonton yang hadir bertambah setelah lagu-lagu yang disampaikan oleh A7X berjaya membuatkan orang ramai terpegun dengan vokal serta musik kumpulan ini. Namun detik gembira penonton itu bertukar sedih apabila A7X menyampaikan lagu berjudul “So Far Away”. Lagu tersebut ditujukan kepada bekas ahli kumpulan A7X yang meninggal dunia beberapa tahun lalu iaitu The Rev (Drummer). Lagu yang dinyanyikan beramai-ramai sambil dihiasi dengan cahaya pemetik api telah mengamatkan lagi suasana di konsert tersebut. Lagu tersebut merupakan diantara single pada album terbaru dan A7X sangat merindui sahabatnya itu.Turut diperkenalkan adalah ahli terbaru yang mengantikan drummer tersebut iaitu Arin Ilejay .
Tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur Tune Talk dan JS production yang berjaya merealisasikan impian peminat muzik rock dengan membawakan Avenged Sevenfold . Tune Talk CEO Jason Lo menyatakan bahawa ini adalah “hadiah” diatas permintaan peminat supaya membawa sebuah kumpulan rock dimana impian setiap peminat kumpulan tersebut telah pun tercapai.
... ... ... Teruskan Pembacaan
Oleh: Aniz Kin
Gambar-gambar ikhsan : Nisham Nishar (Slixshot Photography) dan Raja Bagha Bhai (Bob Hardy Photography)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pelancaran album bagi dua kumpulan Rock hebat berpaksikan Rock dari Singapura iaitu Raven dan Antologi telah pun diadakan pada 14 April 2012 yang lalu di Auditorium RELC International Hotel. Acara dimulakan oleh dua pengacara khas iaitu Amy Kechik dan Izzad Shine yang mengenakan pemakaian beridentitikan “Mat Rock” . Topik-topik mereka yang lucu, membuatkan para penonton tidak kering gusi sementara menantikan acara kemuncak bermula.
Tetamu undangan yang tiba dari jam 5.30 petang berkumpul di ruang khas untuk mereka menjamu selera dengan makanan dan minuman ringan sementara menanti persiapan untuk kesemua penonton sedia duduk. Sekitar 400 penonton keseluruhan memenuhi Auditorium RELC tersebut, antara yang hadir adalah dari pemuzik-pemuzik dari Singapura sendiri dan seberang tambak seperti Jemboo Def-Gab-C selaku pemain gitar undangan Rusty Blade yang akan mengadakan persembahan pada Konsert Lagenda Rock pada keesokkan harinya. Jemboo hadir bersama ahli-ahli kumpulan Rusty Blade. Antara wajah-wajah familiar yang ada,termasuklah mereka yang pernah dan juga sedang mewarnai industri Rock Singapura iaitu Jumat dan Rashid dari kumpulan Rockerz, kumpulan Ascend, kumpulan Ecetera, Madzlan dari kumpulan Masqueraid, kumpulan Ristic, kumpulan Crossover, kumpulan Kraton, kumpulan Wet Appetite, kumpulan Sour Grudge, kumpulan Rampage, kumpulan Rockvival dan Najib Warren. Antara penyanyi-penyanyi utama yang turut hadir bagi acara bersejarah itu adalah Mac, Wawan dari kumpulan Auras, dan Kai Nizam (Sapphire). Rakan-rakan lain-lain seperti
Fadzil (Muzikbox) , Siddque Headkrasher, Sani Jazz dan rakan-rakan media dari malaysia disambut kehadiran mereka.
Sebaik sahaja tirai pentas dibuka, kedengaran bunyian solo gitar yang disambut dengan sorakkan dari penonton. Teka-teki mengenai siapakah pemain gitar disebalik tirai tersebut berakhir hanya seketika kerana apabila bila tirai terbuka sepenuhnya, ternyata ianya adalah petikkan dari pemain gitar termashyur iaitu Man Keedal dari Lefthanded menyajikan alunan instrumental beliau. Sejurus selepas itu, Antologi membuat persembahan mereka dengan lagu pembukaan “Antomystica”. Peminat-peminat Antologi memberikan sambutan yang padu sekali. Antologi kemudian membawakan lagu-lagu asal dari album mereka yang bertajuk “Arah Perjalanan”, “Amuk Si Jebat”, “Tak Bisa ku Terima” dan akhir sekali “Mat Moto”. Kelima lagu ini adalah petikan dari album “Arah Perjalanan” yang kini sudah pun berada di pasaran. Antologi boleh dikatakan kumpulan yang sama beratnya dengan Raven, sesuai menjadi pembuka acara tersebut. Mereka ternyata telah memberikan persembahan yang terbaik pada hari itu.
Pengacara-pengacara kemudiannya mengambil alih pentas untuk menceriakan lagi suasana sementara menanti“Video Screen Play”. Antara kandungan penayangan video tersebut adalah kegiatan sepanjang perjalanan perancangan majlis pelancaran tersebut serta menyampaikan juga mesej dari belia-belia awam di Esplanade, Youth Park, Scape dan sebagainya yang telah dirakamkan oleh pihak penganjur sendiri.
Setelah selesai tayangan tersebut, kumpulan Raven tampil di atas pentas dengan mengenakan pakaian serba hitam dan kemas serta solekkan wajah oleh Make-up artist, iaitu saudari Fai dan professional hairstyling oleh Sam Unossdan Omar Chik. Raven memulakan persembahan dengan lagu “Anugra Intro” oleh pemain keyboard mereka, iaitu Omar Haron. Sorakkan dari penonton kedengaran begitu riuh sekali. Lagu seterusnya “Epic Sang Putra” memberi kesan yang padat dan hebat. Sambungan lagu-lagu asal dari album “Anugra” berjudul “Pentas Lakonan” juga memberi rendisi yang terbaik, selalri dengan persembahan penuh semangat oleh pemain bass, Zed Zaini dan pemain gitar utama Boy Raven. Seorang lagi pemain guitar handal lagi disegani, Addy Rasidi dari kumpulan Cradle turut berkongsi pentas di atas undangan Raven sendiri dengan persembahan lagu “Jangan Macam Paham”. Lagu tersebut juga dipetik dari album terbaru Raven"Anugra". Lagu yang terakhir yang dibawakan, merupakan lagu yang penuh dengan alunan unik, seolah-olah memberi nafas baru kepada Raven iaitu “Nadi Simfonie”. Raven juga membawa lagu “Gelora Jiwa” dan “Kesuma Jiwa” yang dipetik dari album sebelumnya iaitu “Semboyan”.
Apa yang boleh dikatakan, acara ini telah mewujudkan suasana harmoni di kalangan rockers, dengan adanya ramai pemuzik hadir untuk memberi sokongan, bukan sahaja dari segi mengadakan diri, malah membantu dalam penjualan album dan barangan seperti T-shirt Raven dan Antologi. Terdapat juga sudut khas bagi sesiapa yang ingin menempah lukisan karikatur yang dilukis hanya dalam masa 5-10 minit oleh saudara Adios Adagio “Saidi” dari KL. Selain dari itu, setiap penonton yang hadir juga telah menerima hadiah khas. Dengan pembelian tiket berharga $30-$35, mereka menerima juga pakej yang berisi CD Album Raven “Anugra”, landyard Raven, stiker pelekat Raven, poster Raven yang sudah ditanda tangai oleh setiap anggota Raven, poskard karikatur Antologi dan stiker pelekat Antologi.
Penghargaan tinggi buat penganjur NADI R Events kerana memilih tempat yang agak mudah untuk penonton menghadiri acara pelancaran album tersebut. Penyediaan bas shuttle bagi pengunjung ke RELC Int Hotel bagi mereka yang tidak berkenderaan ataupun tidak tahu di mana lokasi RELC Int Hotel juga merupakan planning yang positif dan terpuji bagi pihak penganjur.
Keseluruhannya, penonton tetap terus menyokong setiap persembahan sehingga akhir acara walaupun sistem bunyi tidak begitu memuaskan dengan adakalanya kedengaran bunyi-bunyian yang berdesing atau gangguan teknikal. Kru-kru pentas dilihat dapat menyelesaikan masalah dengan pantas supaya penonton dapat menikmati persembahan seterusnya dengan selesa. Peralatan amplifier gitar dan bass serta set drums yang disediakan kelihatan canggih sekali. Pentaan lampu pentas juga walaupun menarik, tetapi ianya seharusnya boleh jadi lebih baik lagi, jika diadakan juga “Spotlight” untuk ditujukan kepada gitaris sewaktu solo atau vokalis, sewaktu mereka menyanyi. Mungkin juga ada sesetengah penonton yang agak kecewa mengenai aspek tersebut dan tidak merasai kepuasan sepenuhnya.
Di akhir persembahan Raven, NADI R Events selanjutnya menutup tirai acara dengan pembahagian hadiah apresiasi buat kesemua mereka yang terlibat seperti
Universal Music Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa penyanyi dari England iaitu Pixie Lott bakal beraksi di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, Sabah. Persembahan beliau akan diadakan pada 26 Mei 2012 bertempat di KL Life, Kuala Lumpur dan 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mei 2012.
Ini merupakan kali kedua Pixie Lott mengadakan persembahan di Malaysia, kali pertama beliau beraksi adalah pada tahun 2009 di dalam konsert MTV World Stage, pada waktu ia adalah permulaan karier beliau sebagai penyanyi . Persembahan tersebut telah dihadiri lebih 15 ribu peminat muzik dari serata dunia yang meminati muzik.
Konsert yang bakal diadakan pada bulan Mei ini secara rasminya telah dianjurkan oleh Universal Music Malaysia, ianya mendapat sokongan daripada MixFM yang bertindak sebagai Stesen Radio Rasmi dan dibantu oleh MyFm dan EraFM. Manakala portal rasmi bagi konsert tersebut ialah www.msn.com.my dan Astro Hitz bertindak sebagai Stesen TV Rasmi. Hot Magazine pula sebagai Majalah Rasmi.
Pixie Lott mula mencipta nama di Malaysia melalui singlenya yang berjudul ‘Mama Do’ yang dipetik dari album sulungnya iaitu “Turn It Up”. Melalui album terbarunya “Young Foolish Happy”, Pixie Lott telah mempertaruhkan lagu ‘All About Tonight’ dan ‘Kiss The Stars’. Kedua-dua lagu tersebut telah mendapat ‘airplay’ di stesen radio tempatan. Lagu ‘ All About Tonight’ juga turut bertahta di tangga teratas di # 1 UK Chart Sport, album itu juga turut terjual sebanyak 88,000 keping dalam masa seminggu ianya berada dipasaran UK.
Serentak dengan ‘promo tour’ tersebut, pihak Universal Music Malaysia akan menerbitkan album “Young Foolish Happy” dalam versi Asian Deluxe khas buat peminat Pixie Lott di Malaysia. Album tersebut turut menampilkan kolaborasi Pixie dengan artis dari Korea iaitu GD & Top dari Bigbang dalam lagu ‘Dancing On My Own’. Album edisi Deluxe itu bakal berada di pasaran tempatan sekitar 30 April ini.
Anda juga berpeluang untuk menemui Pixie Lott secara peribadi, acara ‘meet and greet’ itu bakal diadakan di Rock Corner, The Curve mulai 2.00 petang pada 27 Mei 2012. Manakala bagi peminat di Sabah pula anda boleh bertemu dengan personaliti kesayangan ramai itu setelah beliau tamat mengadakan persembahan.
Sekiranya anda ingin meyaksikan persembahan Pixie Lott secara ‘live’, apa yang perlu anda lakukan ialah anda hanya perlu membeli album “Young Foolish Happy” Edisi Asian Duluxe dan anda berhak menerima sekeping pass untuk menyaksikan persembahan beliau. Album yang berharga RM45.90 kini boleh didapati di semua stesen Rock Corner bagi yang ingin menyaksikan persembahan di Kuala Lumpur. Bagi peminat di Sabah pula anda boleh dapatkan album tersebut di kedai Speedy.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan bagaimana untuk mendapatkan pas untuk menghadiri persembahan, sila layari www.universalmusic.com.my atau “LIKE” Universal Music Malaysia di Facebook
... ... ... Teruskan Pembacaan
Jason Mraz artis syarikat rakaman Atlantic Records telah memberikan kejutan kepada peminatnya mahupun persada muzik antarabangsa apabila album terbarunya iaitu “Love Is A Four Letter Word” telah dimasukkan ke dalam SoundScan/ Billboard 200 at # 2, dengan jualan melebihi 100,000 keping, tidak ternoktah disitu album tersebut juga di nobatkan oleh Grammy Award Tunesmith dibawah kategori jualan album terlaris setakat ini. Jason Mraz juga di anugerahkan anugerah platinum melalui single yang berjudul ‘I Won’t Give Up’.
Jason Mraz meraikan kegemilangannya dengan jadual yang cukup padat dengan aktiviti seharian termasuklah muncul dalam rancangan VH1, sebuah rancangan yang ditunggu-tungu oleh para peminat VH1 yang cukup popular dikalangan penduduk di New York. Rancangan tersebut bakal dirakamkan dalam minggu ini sebelum ianya disiarkan pada 1 Jun ini.
Pada 15 Mei ini, pelakon "Glee" ini akan tampil dalam versi khas "I won’t Give Up”. rancangan TV itu juga turut menyediakan pentas bagi ‘tour’ Jason Mraz, ianya bakal dikenali sebagai “Tour Is A Four Letter Word”. Konsert tersebut akan bermula pada Jun ini melibatkan seluruh dunia termasuklah Asia. Antara negara-negara yang bakal dikunjungi adalah Korea Selatan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, dan Singapura. Setelah selesai mengadakan ‘tour’ di Asia Jason Mraz akan mengadakan persembahan di New Orleans’ Lakefront Arenapada 9 Ogos 2012. Beliau akan diiringi oleh rakan artis yang juga bernaung di bawah Atlantic Records iaitu Christina Perri .
Tour tersebut bakal di teruskan hingga ke Eropah dan bakal berhenti dibeberapa lokasi iaitu di Perancis, Jerman dan O2 Arena yang cukup terkenal di London.
... ... ... Teruskan Pembacaan